Pray For MH370

Pray For MH370

NADA SUARA KETIKA DALAM MASJID: BAGAIMANA DI LUAR MASJID



Saudara Ibnuhasaan Al Amin telah bersusah payah menyusun sebahagian dari adab di dalam masjid dari aspek menjaga nada suara ketika berzikir atau membaca Al Quran. TAJUK ini berbangkit ekoran dari aduan penduduk Bandar Kinrara sek5 Puchong perihal kuliah Maghrib dan Subuh yang menganggu keselesaan mereka untuk berehat dek kerana kuliah tersebut diperdengarkan melalui alat pembesar suara (PA system).

Maka SS Mufti Perlis ( dalam kes 3 di tahan di bawah ISA) dan saudara Ibnuhasan (nama pena) telah memberi respons.

Post asal di SINI [.] , SINI [..] , SINI [...]

Jikalau ketika beribadat dalam masjid tidak boleh meninggikan atau mengeraskan suara dengan apa cara sekalipun yang boleh menganggu orang lain, inikan pula wujud gangguan terhadap orang di luar masjid.

GANGGUAN DALAM MASJID SUSUNAN IBNUHASAN
Alhamdulillah, saya telah sempat tulis details mengenai komen-komen ulama mengenai gangguan dari / di masjid. Berikut ialah keterangannya :


(1) Komen dari Pengarang Al-Ibda' Syaikh Ali Mahfuz.

“Di antara perkara-perkara bid’ah ialah membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat dengan suara keras sedangkan orang lain yang sedang berada di dalam masjid ada yang sedang rukuk, ada yang sedang sujud, ada yang sedang berzikir, ada yang sedang bertilawah dan ada yang sedang bertafakur. Hal ini tidak dibenarkan kerana :

(a) Mengganggu orang-orang yang sedang beribadat. Mengganggu orang-orang yang sedang beribadat haram hukumnya dengan ijma’.

(b) Mengangkat suara di dalam masjid tanpa hajat yang dikehendaki syarak dilarang. Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab al-Muwattha’ bahawa Nabi pada satu hari masuk ke dalam masjid sedang sahabat lagi bersolat dengan mengeraskan bacaan, maka Nabi menegur mereka terhadap tindakan mereka yang demikian.

Dan diriwayatkan oleh Ibnul-Hajj dalam al-Madkhal,
Bahawasanya Nabi pernah berkata kepada Ali : ‘Hai Ali janganlah engkau mengeraskan suara bacaan sedang orang lain masih bersolat kerana yang demikian mengganggu orang-orang yang sedang bersolat.”
(Saya belum tahu darjat hadis ini, wallahua’lam, walaubagaimana pun hadis ini semakna dengan hadis lain yang sah.

Ibnu-‘Imad asy-Syafi’i berkata :

“Diharamkan bacaan dengan mengeraskan suara yang dapat mengganggu orang-orang yang sedang bersolat.”


(c) Perbuatan yang demikian menyalahi apa yang berlaku di masa Nabi dan para sahabat.

(Amalan Bid’ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan, Dr. Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris)



(2) Komen dari pengarang Al-Iqna'

Bahawsanya mengumandangkan tasbih, nasyid dan doa dengan suara keras di menara-menara masjid sebelum fajar tidaklah disunatkan sama sekali. Tidak ada seorang ulamak pun yang menyukai demikian. Perbuatan itu termasuk bid’ah yang dibenci kerana yang demikian itu tidak dilakukan di masa Nabi s.a.w. dan tidak pula di masa sahabat-sahabatnya. Oleh sebab itu janganlah kita lakukan dan janganlah memberi upah (gaji) kepada orang yang melakukannya kerana yang demikian beerti menolong bid’ah.

(Pedoman Solat, ms 318, Prof. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy)

(Amalan Bid’ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan, Dr. Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris)


(3) Komen dari Imam Ibnul-Jauzi dalam Talbis Iblis

Di antara pekerjaan-pekerjaan munkar ialah seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang keras lalu mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud.

(Amalan Bid’ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan, Dr. Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris)


(4) Komen dari Imam Asy-Syafi'i' mengenai zikir jahar selepas solat dalam Al-Umm

Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir setelah selesai solat. Hendaklah mereka mengisrarkan (memperlahankan) zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya, maka ketika itu dijaharkan zikir. Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka sesudah itu hendaklah ia israrkan.


(5) Komen dari Syaikh Zainuddin Al-Malibari Asy-Syafi'I dalam Fathul-Mu’in

Dan ada sebahagian ulama yang telah mengungkapkan pendapatnya atas terlarangnya mengeraskan suara bacaan al-Quran secara mutlak. Kerana masjid itu pada dasarnya diwakafkan untuk orang-orang yang solat, bukan untuk para juru dakwah dan para qari.

(Al-Hujajul Bayyinah, ms 358 & 359; K.H. Drs. Ahmad Dimiathi Badruzzaman)


(6) Komen dari Imam As-Saiyid Sabiq, dalam Fiqhus-Sunnah Jilid 1 Bab Mengeraskan

Suara Dalam masjid
Mengeraskan suara sampai menyebabkan terganggu orang-orang yang sedang solat (di masjid) hukumnya haram, walaupun yang dibaca itu Al-Quran.


(7) Komen dari Imam Abdul Rahman Al-Jaziri dalam Al-Fiqhu ‘Alal-Mazahibil-Arba’ah Juz 1

Boleh mengajar ilmu, membaca Al-Quran, memberi ceramah dan memutus sesuatu hukum di masjid dengan menjaga tidak menimbulkan gangguan kepada orang-orang yang sedang solat, dengan kesepakatan pendapat ulama mujtahidin yang empat
.


(8) Komen dari Sayid Al-Bakri Ibnu Saiyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathi Asy-Syafi'I dalam I’anatut-Thalibin Hasyiah Fathul-Mu’in
Ucapan sebahagian ulama “secara mutlak (terlarangnya mengeraskan suara bacaan al-Quran secara mutlak di dalam masjid) artinya sama saja mengganggu kepada orang yang sedang solat atau pun tidak mengganggu, tetap terlarang.

(Al-Hujajul Bayyinah, ms 359; K.H. Drs. Ahmad Dimiathi Badruzzaman)



Berikut adalah DUA dari banyak hadis yang berkaitan ganggu / bising di masjid :

(1) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i, Al-Baihaqi serta Al-Hakim yang menyatakan bahawa hadis ini adalah sah menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim :
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda "Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu MENGGANGGU sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu MENGERASKAN SUARA mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran."

(Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid; As-Saiyid Sabiq)


(2) Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sah :
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. pada suatu ketika pergi ke masjid. Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca Al-Quran, maka sabdanya “Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka sepatutnya ia memerhatikan dengan apa yang dimunajatkan (dipercakapkan) itu. Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara mengatasi yang lain dalam bacaaan Al-Quran.

(Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid; As-Saiyid Sabiq)

Comments :

0 comments to “NADA SUARA KETIKA DALAM MASJID: BAGAIMANA DI LUAR MASJID”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com