Pray For MH370

Pray For MH370

PERPADUAN NASIONAL ISU SENSITIF?




Kini 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS - Dr Mujahid


Nyza Ayo/ harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS telah membuka ruang yang lebih luas bagi PAS untuk menambahkan sokongan daripada generasi muda daripada kaum yang lain.

Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh sayap PAS, Dewan Pemuda PAS dengan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS, sebagai kesinambungan kewujudan Kelab Penyokong PAS.

Dalam responsnya kepada Harakahdaily mengenai penubuhan kelab tersebut, katanya, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, keahlian Kelab Penyokong PAS mungkin akan bertambah.

Jelas Mujahid, melalui data yang telah dikemas kini oleh Lajnah Perpaduan Nasional, seramai 20,000 orang telah berdaftar sebgai ahli Kelab Penyokong PAS.

Image"Jika sebelum ini sukar untuk kita mengadakan aktiviti yang hanya melibatkan golongan muda. Bagaimanapun, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, kita boleh fokuskan aktiviti untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun,"katanya, sewaktu dihubungi baru-baru ini

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid dalam kenyataanya turut melontarkan mengenai perkembangan terkini mengenai perpaduan nasional.

Jelasnya, isu seperti kenyataan tentang pertikaian fakta sejarah, tuntutan kuota 30% pemilikan korporat untuk bumiputera dan pelantikan Pengurus Besar PKNS bukan dari orang Melayu menimbulkan berbagai perspektif yang boleh menggugat perpaduan sekaligus kestabilan politik negara.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak mengawal emosi masing-masing dan melihat perspektif yang lebih besar dari kepentingan politik perkauman.

Tegasnya, seharusnya konsensus terhadap kontrak sosial, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi penghayatan yang perlu dinyatakan maknanya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Justeru beliau mengharapkan, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, pengecaman kepada kaum dan identiti budaya masing-masing hanya akan meningkatkan lagi ketaksuban dan sentiment perkauman.

"Seharusnya kita menghindari syak wasangka dan mentaliti ethno-centric yang sentiasa mengundang konflik sosial samada secara sembunyi atau nampak yang melihat kaum lain dengan kacamata kebencian dan permusuhan.

"Rakyat juga seharusnya menghayati kontrak sosial sebagai satu toleransi yang asasnya meletakkan Raja Melayu, Agama Islam dan orang Melayu sebagai asas kepada terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia. Dengan pemahaman ini masing-masing akan lebih peka dalam menyampaikan apa sahaja pandangannya yang membina untuk negara,"tegasnya.

Mujahid berkeyakinan, dengan langkah-langkah ini, keruncingan dari masalah perkauman hari ini dapat diselamatkan apatah lagi selama ini negara diperintah dengan hegemoni BN yang menyalahgunakan kerangka dan asas negara untuk tujuan kepentingan sempit politik perkauman.


TITAH RAJA NAZRIN mengenai INTEGRASI NASIONAL DI [SINI] dan [SINI]

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Pas desak kerajaan gubal semula kurikulum BTN
Sinar harian
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mendesak kerajaan menggubal kembali kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini telah dijadikan alat politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, BTN telah menjadi institusi yang menyuburkan fahaman perkauman dan ia perlu dihentikan bagi mengelak daripada agensi itu terus rosak.

“Ambil contoh kekuatan politik yang berasaskan kepada Melayu pada hari ini, kalau mereka (kerajaan) bercakap soal ketuanan Melayu, bagaimana ia patut diperkasakan? Apakah elemen-elemen terpenting yang boleh menjadi nilai tambah kepada pembinaan negara?

“Jangan hanya menjadikan elemen perkauman sempit untuk mengukuhkan Melayu sehingga terpaksa mencerca dan menghina kaum lain, ia sesuatu yang tidak boleh digunakan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Jelasnya, kuasa politik hanya boleh diperkasa melalui beberapa kaedah seperti menerapkan nilai murni, kesaksamaan, perundangan dan ekonomi agar dapat dirasai rakyat.

Salahuddin berkata, beliau akan membuat lawatan rasmi di agensi berkenaan untuk mengadakan dialog dalam tempoh terdekat ini. “Kita tidak mahu lagi agensi ini terus dipergunakan oleh pihak tertentu. Ia perlu diperbetulkan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perbahasan di Parlimen semalam, Salahuddin berkata, BTN juga telah melabelkan beberapa pemimpin pembangkang dengan imej negatif bertujuan memberikan tanggapan buruk kepada mereka yang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh badan berkenaan.

“BTN sering melabelkan beberapa ahli Parlimen termasuk Marang, Permatang Pauh, Ipoh Timur dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebagai subversif yang bertujuan memburukkan imej pembangkang,” katanya.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com