Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Perpaduan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Perpaduan Nasional. Show all posts

MELAYU RAMAI YANG MALAS BERFIKIR ISU PERKAUMAN

Satu perspektif tentang dinamisme hubungan antara kaum Cina-Melayu dan Cina-UMNO yang

wujud di Malaysia serta patologi masalah antara kaum Cina-UMNO dapat dilihat di

posting "Orang Cina tidak hargai sedekah Umno" di { SINI}

Kebanyakan kita tidak dapat melihat dan mengarap perbezaan antara hubungan intim

yang simbiosis sesetengah pemimpin UMNO dengan tauke Cina DAN hubungan / sikap yang

ultra nasionalis pemimpin UMNO terhadap kaum Cina bila berdepan dengan kaum (bangsa)

sendiri.

Di sana wujud dualisme watak dan sikap pemimpin UMNO terhadap kaum Cina di Malaysia.

Sebagai contoh, pemimpin UMNO dengan mudah digunakan sebagai boneka yang dilantik

menduduki kerusi Pengerusi Syarikat tersenarai di papan Utama Bursa Kuala Lumpur bagi

pemudahcara dan pembuka jalan untuk berurusan dengan Jabatan Kerajaan seperti Kastam,

JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Contoh yang terbaik ialah bagaimana PKNS telah didedahkan sebagai tidak langsung menolong

kontraktor bumiputra dalam pemberian tender PKNS.

Pemimpin yang sama ini apabila berucap dan beretorik dalam perhimpunan agung UMNO

akan berapi-api meniup semangat kebangsaan Melayu agar anti-Cina.

Pemberian atau keistimewaan yang diberi kepada penduduk kaum Cina secara keseluruhan

tidak sedikitpun dapat menghampiri jumlah dan volum projek serta tender yang

pemimpin UMNO berikan kepada segelintir tauke Cina sama ada atas dasar "ali baba"

atau lainnya seperti sebagai memulangkan "favour" dan menerima duit kopi.

Sebab itu ada sesetengah tauke dan ahli koporat kaum Cina tidak hormat atau

sedikditpun takut kepada bangsa Melayu yang memegang kuasa di Jabatan kerajaan

kerana mereka fikir orang Melayu mudah disuap.

Read More “MELAYU RAMAI YANG MALAS BERFIKIR ISU PERKAUMAN”  »»

PERPADUAN NASIONAL ISU SENSITIF?




Kini 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS - Dr Mujahid


Nyza Ayo/ harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS telah membuka ruang yang lebih luas bagi PAS untuk menambahkan sokongan daripada generasi muda daripada kaum yang lain.

Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh sayap PAS, Dewan Pemuda PAS dengan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS, sebagai kesinambungan kewujudan Kelab Penyokong PAS.

Dalam responsnya kepada Harakahdaily mengenai penubuhan kelab tersebut, katanya, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, keahlian Kelab Penyokong PAS mungkin akan bertambah.

Jelas Mujahid, melalui data yang telah dikemas kini oleh Lajnah Perpaduan Nasional, seramai 20,000 orang telah berdaftar sebgai ahli Kelab Penyokong PAS.

Image"Jika sebelum ini sukar untuk kita mengadakan aktiviti yang hanya melibatkan golongan muda. Bagaimanapun, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, kita boleh fokuskan aktiviti untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun,"katanya, sewaktu dihubungi baru-baru ini

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid dalam kenyataanya turut melontarkan mengenai perkembangan terkini mengenai perpaduan nasional.

Jelasnya, isu seperti kenyataan tentang pertikaian fakta sejarah, tuntutan kuota 30% pemilikan korporat untuk bumiputera dan pelantikan Pengurus Besar PKNS bukan dari orang Melayu menimbulkan berbagai perspektif yang boleh menggugat perpaduan sekaligus kestabilan politik negara.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak mengawal emosi masing-masing dan melihat perspektif yang lebih besar dari kepentingan politik perkauman.

Tegasnya, seharusnya konsensus terhadap kontrak sosial, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi penghayatan yang perlu dinyatakan maknanya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Justeru beliau mengharapkan, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, pengecaman kepada kaum dan identiti budaya masing-masing hanya akan meningkatkan lagi ketaksuban dan sentiment perkauman.

"Seharusnya kita menghindari syak wasangka dan mentaliti ethno-centric yang sentiasa mengundang konflik sosial samada secara sembunyi atau nampak yang melihat kaum lain dengan kacamata kebencian dan permusuhan.

"Rakyat juga seharusnya menghayati kontrak sosial sebagai satu toleransi yang asasnya meletakkan Raja Melayu, Agama Islam dan orang Melayu sebagai asas kepada terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia. Dengan pemahaman ini masing-masing akan lebih peka dalam menyampaikan apa sahaja pandangannya yang membina untuk negara,"tegasnya.

Mujahid berkeyakinan, dengan langkah-langkah ini, keruncingan dari masalah perkauman hari ini dapat diselamatkan apatah lagi selama ini negara diperintah dengan hegemoni BN yang menyalahgunakan kerangka dan asas negara untuk tujuan kepentingan sempit politik perkauman.


TITAH RAJA NAZRIN mengenai INTEGRASI NASIONAL DI [SINI] dan [SINI]

Read More “PERPADUAN NASIONAL ISU SENSITIF?”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com