Pray For MH370

Pray For MH370

BERITA KEGIATAN KELAB PENYOKONG PAS/ LPN

*Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS
*Kempen 'Jom Sertai PAS' : Seru ahli Umno sertai perjuangan


Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS

Khairul Azlam dan Intan Abdullah / harakah


Kemunculan Kelab Penyokong PAS Terengganu di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan serta di luar dugaan pihak penganjur yang menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Program tersebut yang julung kali diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang di lokasi Tempat Letak Kereta Kampung Tiong, dekat sini, semalam.

Tinjauan Harakah mendapati sambutan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama termasuk di kalangan orang-orang Melayu, Tionghua dan India turut mendapatkan rawatan percuma yang ditawarkan itu.

Seorang warga emas, Ong Herg Ghok, 70, menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS dan sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.

"Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin," ujarnya.

Rakannya, Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini. Image

Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah "nok" (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal," ujarnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rawatan tersebut perubatan secara tradisional atau pengambilan ubat-ubatan herba menjadi pilihan masyarakat tionghua. Wee Merg, 52, menyarankan agar kerajaan tidak menswastakan hospital sebagaimana yang dicadangkan kepada Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, khidmat rawatan di hospital wajar dikekalkan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat di negara ini.

"Saya harap kerajaan tidak jadilah hendak "jual" atau swastakan pusat perubatan jantung (IJN) itu kerana sudah jadi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

"Rakyat yang miskin tidak mampu untuk bayar kos perubatan dan rawatan yang tinggi jika diswastakan kepada pihak lain yang berkepentingan perniagaan," ujarnya manakala, Khoo Mee Wah, 49, mahukan kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.

"Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik. Rakyat berhak untuk dapat apa-apa bantuan kerajaan jika mereka layak walau pun dari kalangan penyokong PAS, DAP, Umno, MCA dan lain-lain," jelasnya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Hanapiaf Mat berpuas hati dengan sambutan penduduk dan masyarakat setempat dengan program yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Katanya, keterbukaan masyarakat tionghua kini semakin baik serta dapat menerima kehadiran PAS tanpa perasaan "takut-takut" lagi.

"Alhamdulillah, saya tengok sambutan sangat baik dan menggalakkan dari masyarakat setempat di Kampung Tiong ini khususnya orang Cina dan berdasarkan sambutan tersebut yakin para pengundi Cina di Kuala Terengganu akan memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Harakah dimaklumkan, seramai tiga orang sukarelawan doktor serta hampir 200 orang penduduk setempat terutama dari kalangan masyarakat tionghua mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan percuma tersebut. - azm
=====================================================================================



Kempen 'Jom Sertai PAS' : Seru ahli Umno sertai perjuangan


Nyza Ayob / Harakah

"Kempen 'Jom Sertai PAS' merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS."

Demikian kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuff yang mengalu-alukan kempen "Jom Sertai PAS" anjuran Pemuda PAS Pusat dan berharap kempen tersebut menggalakkan lagi orang ramai menyertai PAS, iaitu sebuah parti yang pastinya jujur dan bertanggung jawab.

"Kempen Jom Sertai PAS merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS.

"Dalam keadaan Umno yang terumbang- ambing sekarang ini, inilah masanya ahli daripada parti tersebut meninggalkan Umno yang kita tahu penuh dengan korupsi," katanya yang menaruh keyakinan kempen tersebut berjaya mencapai sasaran dan matlamatnya.

Dalam pada itu, Mujahid memberitahu bahawa Kelab Penyokong PAS tekad dan berpadu tenaga bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Katanya Kelab Penyokong PAS telah membuka Pusat Kelab Penyokong PAS di bandar Kuala Terengganu sebagai pusat jentera pilihan raya kelab tersebut.

Katanya, dengan kerjasama skuad Kelab Penyokong PAS Dun Kota Lama di bawah kelolaan Dato' Anwar Tan, pusat khidmat tersebut diadakan khusus bagi menghadapi pilihan raya Kuala Terengganu itu.

"Ia bukan sahaja sekadar satu pusat khidmat. Tetapi kita juga telah menjemput Kelab Penyokong PAS dari seluruh negara untuk sama-sama turun ke Kuala Terengganu. Sepanjang kempen tersebut kita menganggarkan dalam satu hari sekurang-kurangnya terdapat 10 hingga 20 orang petugas daripada ahli kelab.

"Dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu juga kita adakan pejabat kelab di situ termasuklah kemudahan untuk penempatan,"katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua ahli kelab di seluruh negara melakukan perbincangan dengan Lajnah Perpaduan Nasional di setiap negeri serta memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut. - azm

Comments :

0 comments to “BERITA KEGIATAN KELAB PENYOKONG PAS/ LPN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com