Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Show all posts
Showing posts with label Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Show all posts

GEREJA MENJADI MANGSA: VIDEO DARI MALAYSIAKINI



Camera by Amir Abdulah
Editing by Indrani Kopal

Read More “GEREJA MENJADI MANGSA: VIDEO DARI MALAYSIAKINI”  »»

BUKAN KELAB PENYOKONG MELAYU

Kelab Penyokong PAS akan diserap sebagai Dewan


PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

"Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.

Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.

"Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia," jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.

Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang.

Saidah Hairan/harakahdaily

Read More “BUKAN KELAB PENYOKONG MELAYU”  »»

ORANG BUKAN ISLAM TELAH NAMPAK SIKAP MELAYU DALAM UMNO

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw (foto kanan) berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.

"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam" menurut En Hu.

Ingatlah amaran ALlah "...Dan jika kamu berpaling nescaya Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini" Surah Muhammad :38

Keadilan Islam: Melayu Umno tolak, kaum lain terima

Ketika orang Melayu dalam Umno memperlekehkan keadilan Islam, sebaliknya orang bukan Melayu pula kini semakin terpesona dengan kesyumulan Islam.

Tidakkah ia sesuatu yang ganjil. Namun ia menjadi tidak pelik apabila perjuangan berteras kebendaan berada di hadapan pemimpin Umno sekarang.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, mungkin sesuatu yang agak jangal apabila orang Melayu dalam Umno kurang berminat bercakap tentang politik Islam.

"Tidakkah mereka merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam.

"Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Menurutnya orang bukan Melayu tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan pentadbiran di bawah ulama dibuktikan di Kelantan.

Katanya, PAS merupakan sebuah parti yang mendokong keadilan kepada semua kaum dan tidak mengutamakan orang Melayu semata-mata.

"Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.

"Sebab itulah konsep sebenarnya yang dimahukan rakyat ialah Satu Islam dan bukannya Satu Malaysia seperti yang menjadi citra kepada Perdana Menteri baru sekarang," katanya.

Oleh itu beliau berkeyakinan mesej perjuangan yang dibawa PAS akan terus mendapat sokongan semua pihak kerana keadilan yang diperjuangkan.

Beliau yang juga bekas pendidik dan wartawan berkata, di antara perjuangan dibawa pemimpin PAS dan Umno amat jauh berbeza.

"Bukankah Islam melarang perbuatan mungkar. Saya menyeru kepada Umno, MIC, MCA kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan bersama-sama memartabatkan keadilan.

"Kemungkaran adalah satu dosa dan balasannya neraka. Jangan sampai terhumbang ke dalam neraka dengan sebab memetingkan periuk nasi semata-mata," katanya.

Sementara itu, di PASIR PUTEH, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno kini mengharapkan bantuan institusi kerajaan bagi meneruskan kelangsungan hidup parti tersebut.

Katanya, sekarang mereka begitu mengharapkan bantuan media konvensional bagi menggelirukan rakyat terutamanya krisis politik yang berlaku di Perak sekarang.

"Umno juga menjadikan undang-undang alat tunggangan mereka. Krisis di Perak sudah cukup membuktikan kepada orang ramai wajah Umno di bawah presiden sekarang.

"Tapi peliknya biar pun mereka rempuh undang-undang, hari-hari dalam media, mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang. Saya tidak faham teori rimba mana yang dipakai.

"Malangnya mereka lupa rakyat tidak bodoh dengan tipu daya mereka," katanya pada majlis ceramah di padang Majlis Daerah Pasir Puteh malam tadi.

Hadir sama Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussin dan pimpinan PAS kawasan terbabit.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, pemimpin Umno terpaksa mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan berdepan dengan hakim sebenar dalam sistem demokrasi iaitu rakyat pada pilihan raya kecil Dun Penanti, 31 Mei ini.

"Walaupun tidak bertanding namun proses pilihan raya tetap berjalan. Alasan membazir dan tidak menepati perlembagaan langsung tidak boleh diterima.

"Sedangkan penyelewengan wang rakyat yang berlaku di mana-mana oleh pemimpin Umno tidak pernah pula mereka mahu bercakap," katanya.

Khalil Idham berkata, krisis politik di Perak sekarang sudah menghampiri krisis perlembagaan yang hanya dapat diselesaikan melalui mahkamah rakyat.

mj/Zuharman MN/harakahdaily

Read More “ORANG BUKAN ISLAM TELAH NAMPAK SIKAP MELAYU DALAM UMNO”  »»

PAS PINGGIRKAN MELAYU SEBAB TIDAK DIWUJUDKAN KELAB PENYOKONG MELAYU

Kelab Penyokong PAS, perpaduan nasional tanpa Melayu? PAS memang pinggir Melayu??!!

Seolah-olah isu itu yang ingin di bangkitkan oleh Sdra Hasbullah Pit dalam blognya:
http://hasbullah.pit.my/2009/05/kelab-penyokong-pas-perpaduan-nasional.html

  1. Sdr Hasbullah menyatakan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merupakan platform "bukan Islam" sahaja yang tidak mengintegrasikan kaum Melayu ke dalamnya, maka adakah bertepatan dengan peranan Lajnah tersebut.


    Saya selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan dan sikap ambil berat saudara Hasbullah.. Sikap beginilah antara kaedah yang dapat menyubur serta merangsang perkembangan-pertumbuhan PAS sehingga mampu merentasi semua kelompok massa di Malaysia bagi maksud mencapai matlamat suci PAS.


  2. Ada beberapa isu yang ditimbulkan. Pertama, isu kenapa ada bebarapa jenis Kelab Penyokong PAS (KPP): KPP Cina, KPP India, KPP Iban, KPP Siam dsb TETAPI tidak wujud Kelab Penyokong PAS Melayu.

  3. Semua rakyat Malaysia yang beragama Islam samada Melayu, Tionghua, India, Iban, Siam dll yang berminat untuk bersama dalam organisasi PAS BOLEH TERUS menjadi AHLI PAS dan terlibat dalam semua aktiviti PAS (sila rujuk Perlembagaan PAS).




  4. Ini Berbeza dengan kedudukan Non Muslim. Non Muslim yang sudah bersama dengan PAS belum boleh menjadi ahli PAS yang sepenuhnya kerana belum ada peruntukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru pimpinan PAS mahu meraikan penyokong-penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Melayu belum Islam yang sudi mencurahkan sumbangan bakti kepada PAS dengan lebih berkesan dan meluas. Mereka terpikat dengan perjuangan PAS setelah mengkaji prinsip perjuangan PAS. Mereka faham ideologi perjuangan PAS. Mereka dapat membezakan PAS dengan UMNO yang mana sekian lama UMNO mereka kenali sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional. Mereka sudah kenal siapa itu UMNO, halatuju UMNO serta dasar perjuangannya. Mereka sudah dapat menyelami hati perut orang UMNO/BN. Mereka sudah masak dengan tipu helah UMNO/BN. Mereka sudah muak dengan kepincangan pemerintahan UMNO/BN dan menanti-nanti corak pemerintahan alternatif. Benarkah di sana terdapat “politik bersih”? Boleh wujudkah pemerintahan tanpa rasuah? Mungkinkah menjadi kenyataan di mana kaum Melayu yang memerintah akan berlaku adil kepada semua kaum. Mereka sedia maklum Perlembagaan Malaysia. Mereka tahu konsep Raja Melayu. Namun mereka mahu biarlah pihak yang memerintah itu bersikap adil dan membela semua kaum, bangsa dan agama. Mereka sudah letih dianggap seperti melukut di tepi gantang oleh UMNO / BN. Keperluan asas kaum ini tidak diperjuangkan dan dibela oleh ketua masing-masing yang berada dalam MIC, MCA dll.


  5. Justeru, mereka melihat sinar harapan pada sebuah parti politik yang dilihat konsisten dan berpegang kepada prinsip dan ikhlas berjuang untuk semua kaum dan rakyat di Malaysia. Mereka tertarik dengan slogan PAS FOR ALL, PAS untuk semua yang telah dilancarkan oleh Timb. Presiden PAS pada September 11 2007, satu gagasan perpaduan dan integrasi kaum yang dibawa oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat di bawah Dr Mujahid Yususf Rawa. Saya sendiri selaku Pengarah Program Pelancaran PAS FOR ALL telah dipertanggunjawabkan untuk mengadakan pertandingan logo PAS for ALL yang mana penyertaannya terbuka kepada yang berminat dari dalam dan luar negara.


  6. PAS untuk semua membawa maksud PAS untuk orang kaya, PAS UNTUK ORANG MISKIN, PAS untuk orang bandar, PAS untuk orang desa/bagan/estat, PAS untuk orang Melayu, Cina, India, IBAN, Kadazan dll.


  7. Mereka dapat merasakan kejujuran dan kehangatan kasih sayang serta kemesraan 'orang' PAS. Mereka mula menaruh kepercayaan dan seribu harapan kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) sebagai tunggak dan tempat berteduh mereka. Ada di antara kaum bukan Melayu belum Islam ini yang lebih ke hadapan dan agresif, mahu menyusun strategi bagi meyakinkan seramai mungkin kaum kerabat, sahabat handai serta kenalan mereka untuk bersama-sama menyokong parti yang faham aspirasi serta dapat memperjuangkan nasib / masa depan mereka. Mereka mahu bersama organisasi PAS. Maka, dengan kesedaran ini, PAS menyediakan satu wadah untuk semua yang telah terpanggil untuk bersama-sama PAS melalui KELAB PENYOKONG PAS. Inilah tujuan asal kelahiran Kelab Penyokong PAS.


  8. Bagi kaum Melayu yang sudah sedar kepincangan yang dibuat oleh UMNO/BN mereka boleh terus masuk menjadi PAS. Bukan sebab PAS tidak mahu mewujudkan KPP Melayu tetapi ia tidak menjadi satu keperluan.


  9. Isu Kedua: Lajnah Perpaduan Nasional seolah-olah tidak mampu mengintegrasikan kaum-kaum yang wujud di Negara ini kerana setiap kaum hanya merancang serta melaksanakan program yang berkisar di kalangan kaum masing-masing.


  10. Kita semua perlu faham sejarah Malaysia. Suka atau tidak, terima atau tidak kita harus akur dengan realiti bahawa semenjak zaman penjajah hingga ke hari ini dan akan diteruskan oleh UMNO/ Barisan Nasional (dulu, kini, selamanya) kaum-kaum di Malaysia dikendalikan dengan cara: pecah dan perintah atau divide and rule. Orang Melayu di kampung-kampung, orang India di estate dan ladang, orang Cina di bandar dan lombong bijih timah. Mereka terpisah daripada peringkat awal lagi dan sistem pendidikan telah menyempurnakan pengasingan/ pemisahan ini sehingga timbul gejala saling tidak memahami bahasa, budaya, agama dan pantang larang antara kaum-kaum yang wujud di Malaysia. Timbul syak wasangka, curiga mencurigai serta SALAH tanggapan DI ANTARA satu sama lain. Anak-anak yang berbilang kaum dan bahasa ibunda dihantar ke sekolah yang berlainan sistem pendidikan dan ini menjadi salah satu faktor utama wujudnya polarisasi kaum serta kurangnya perpaduan dan integrasi nasional.. UMNO membawa konsep ketuanan Melayu yang sukar di telan oleh kaum-kaum lain. UMNO cuba, memujuk kaum-kaum lain dengan beberapa taktik seperti menjaga kepentingan peribadi beberapa individu penting yang berpengaruh dalam satu-satu kaum yang mereka mahu kuasai. Taktik itu dapat bertahan berdekad-dekad sehinggalah makin ramai kaum Cina dan India yang menyedari bahawa pemimpin mereka tidak membela hak serta kepentigan majoriti kaum mereka sendiri.


  11. Tarikh keramat 8.3.2008 merupakan titik permulaan lahirnya kematangan non-Malay, non-Muslim: satu ledakan kesedaran bahawa mereka perlu 'mengajar' parti yang telah 'menipu' mereka ( these political parties must be taught a lesson). Sesungguhnya calon PAS menjadi pilihan undi mereka. Bukan Melayu yang tidak beragama Islam sudah tidak boleh lagi di takut-takutkan oleh UMNO/BN dengan 'fear and scare tactics' bahawa mereka akan dipaksa masuk Islam, dihukum dengan sistem hukuman dalam Islam seperti di 'potong' tangan dan sebagainya. Semua maklum "spin doctors" UMNO/BN menggambarkan sekiranya PAS memerintah, PAS akan melaksanakan hukum Islam dan yang paling tertonjol ialah hukum hudud. Ianya diperlihatkan begitu kejam dan ketinggalan zaman. Apabila golongan non-Muslim mengkaji apa itu hukum Islam yang digembar-gemburkan, khususnya apa itu hudud dan kenapa hukum hudud dilaksanakan, apa baik buruknya mereka menemui jawaban kepada soalan-soalan asas ini. Mereka yang pada asalnya takut kepada hukum hudud itu adalah orang yang sekarang mahu membantu PAS menerangkan isu hukum hudud kerana mereka faham falsafahnya serta yakin dengan kemampuannya menangani masalah sosial dan jenayah.


  12. Fenomena ajaib sudah berlaku. Orang bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai satu sistem pemerintahan seperti mereka boleh menerima kewujudan masjid dan bacaan doa sebelum memulakan majlis. Rintihan serta suara hati mereka ialah 'kami wujud, kami juga manusia, Kami juga ada keperluan, kami juga lahir di bumi Malaysia ini'.


  13. Persoalan yang ditimbulkan oleh Sdra Hasbullah di mana beliau ingin melihat ahli KPP dan ahli PAS sama-sama kerja, pasang turun bendera, buat itu dan ini bersama maka barulah diakui perpaduan sebenarnya.


  14. Untuk menjawab soalan tersebut kita harus memahami secara mendalam konsep qudwah, dakwah fardhiyyah, dakwah dan siyasah, Kita harus mengerti sunnah perubahan bahawa ianya satu proses yang mengambil masa, satu evolusi dan bukan revolusi serta perlu melalui langkah-langkah kritikal. Pimpinan PAS yang mahu memimpin kelompok yang lebih besar dan menyeluruh harus mampu menyelami nilai dan paksi hidup pelbagai kelompok, bukan hanya berligar di sekeliling orang-orang yang sudah memahami perjuangan Islam (PAS). Pimpinan PAS di semua peringkat mesti mendekati semua kelompok dan terjun ke kancah masyarakat, menyaksi sendiri denyutan nadi kelompok yang mahu dipimpin, spektrum mad'u dalam jaringan pengaruhnya. Pimpinan PAS harus faham apa yang menggamit hati seorang insan sehingga timbul keinginan untuk bersama PAS, dan apa yang akan membawa mafsadah besar lantaran menutup terus pintu dakwah siyasah. Ini sudah tentu adalah malapetaka yang timbul kerana pendekatan gopoh-gapah dan kurang sabar, kurang cermat dan kurang berhemah sesetengah pihak sehingga timbul kekeliruan yang menyesatkan golongan sasaran non Malay, non Muslim.


  15. Pada pendapat saya yang perlu tampil ke hadapan dalam ertikata memulakan “engagement” serta hubungan yang erat dan berkesan dengan orang non-Malay, Non Muslim ialah orang PAS itu sendiri lebih-lebih lagi pimpinan PAS, bukan sebaliknya. Kita tidak harus samasekali mengharapkan ahli Kelab Penyokong PAS bersama-sama angkat barang, anjur program, pasang bendera dsb. Pertamanya, adakah pimpinan PAS kawasan, Dewan-dewan pernah menjenguk rumah-rumah mereka, mengambil tahu hal ehwal serta menjaga kebajikan mereka? Pendek kata adakah pimpinan PAS yang mendokong Islam yang disebut sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin), di semua peringkat telah memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab menawarkan serta menghidangkan Islam sebagai rahmat, penyelesai masalah kepada orang Melayu, orang Cina, orang India nun di luar sana? Bagaimana orang-orang awam di luar gelanggang / medan akan tahu, memahami dan menerima perjuangan PAS sekiranya kita hanya syok sendiri berlegar dalam zon keselesaan dan mengulangi apa yang kita sudah lakukan bertahun-tahun tanpa menerobos serta menembusi pasaran baru, “the blue ocean strategy” yang lebih luas di luar sana.?


  16. Manusia hanya akan dapat disatukan dengan kebaikan, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa Islam. Rakyat akan merasa nikmat sebenar apabila manusia menghayati prinsip hidup universal yang dibawa oleh Islam tanpa mengira kaum atau bangsa. Pendek kata perpaduan yang sebenarnya hanya akantberhasil dengan 'critical mass' sesebuah masyarakat termasuk non Muslim menerima Islam sebagai panduan hidup bermasyarakat.

  17. AKHIR sekali, saya berpesan kepada diri saya dan semua yang berada dipersada perjuangan “kalimatullah hiya ‘ulya” apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang yang berkesan dan akan menghasilkan impak yang maksima serta output dalam bentuk “rijal” yang berkualiti dalam kuantiti yang semaksimum mungkin??!!

Read More “PAS PINGGIRKAN MELAYU SEBAB TIDAK DIWUJUDKAN KELAB PENYOKONG MELAYU”  »»

BERITA KEGIATAN KELAB PENYOKONG PAS/ LPN

*Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS
*Kempen 'Jom Sertai PAS' : Seru ahli Umno sertai perjuangan


Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS

Khairul Azlam dan Intan Abdullah / harakah


Kemunculan Kelab Penyokong PAS Terengganu di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan serta di luar dugaan pihak penganjur yang menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Program tersebut yang julung kali diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang di lokasi Tempat Letak Kereta Kampung Tiong, dekat sini, semalam.

Tinjauan Harakah mendapati sambutan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama termasuk di kalangan orang-orang Melayu, Tionghua dan India turut mendapatkan rawatan percuma yang ditawarkan itu.

Seorang warga emas, Ong Herg Ghok, 70, menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS dan sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.

"Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin," ujarnya.

Rakannya, Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini. Image

Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah "nok" (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal," ujarnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rawatan tersebut perubatan secara tradisional atau pengambilan ubat-ubatan herba menjadi pilihan masyarakat tionghua. Wee Merg, 52, menyarankan agar kerajaan tidak menswastakan hospital sebagaimana yang dicadangkan kepada Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, khidmat rawatan di hospital wajar dikekalkan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat di negara ini.

"Saya harap kerajaan tidak jadilah hendak "jual" atau swastakan pusat perubatan jantung (IJN) itu kerana sudah jadi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

"Rakyat yang miskin tidak mampu untuk bayar kos perubatan dan rawatan yang tinggi jika diswastakan kepada pihak lain yang berkepentingan perniagaan," ujarnya manakala, Khoo Mee Wah, 49, mahukan kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.

"Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik. Rakyat berhak untuk dapat apa-apa bantuan kerajaan jika mereka layak walau pun dari kalangan penyokong PAS, DAP, Umno, MCA dan lain-lain," jelasnya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Hanapiaf Mat berpuas hati dengan sambutan penduduk dan masyarakat setempat dengan program yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Katanya, keterbukaan masyarakat tionghua kini semakin baik serta dapat menerima kehadiran PAS tanpa perasaan "takut-takut" lagi.

"Alhamdulillah, saya tengok sambutan sangat baik dan menggalakkan dari masyarakat setempat di Kampung Tiong ini khususnya orang Cina dan berdasarkan sambutan tersebut yakin para pengundi Cina di Kuala Terengganu akan memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Harakah dimaklumkan, seramai tiga orang sukarelawan doktor serta hampir 200 orang penduduk setempat terutama dari kalangan masyarakat tionghua mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan percuma tersebut. - azm
=====================================================================================



Kempen 'Jom Sertai PAS' : Seru ahli Umno sertai perjuangan


Nyza Ayob / Harakah

"Kempen 'Jom Sertai PAS' merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS."

Demikian kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuff yang mengalu-alukan kempen "Jom Sertai PAS" anjuran Pemuda PAS Pusat dan berharap kempen tersebut menggalakkan lagi orang ramai menyertai PAS, iaitu sebuah parti yang pastinya jujur dan bertanggung jawab.

"Kempen Jom Sertai PAS merupakan satu tawaran kepada orang ramai khususnya daripada ahli Umno untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS.

"Dalam keadaan Umno yang terumbang- ambing sekarang ini, inilah masanya ahli daripada parti tersebut meninggalkan Umno yang kita tahu penuh dengan korupsi," katanya yang menaruh keyakinan kempen tersebut berjaya mencapai sasaran dan matlamatnya.

Dalam pada itu, Mujahid memberitahu bahawa Kelab Penyokong PAS tekad dan berpadu tenaga bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Katanya Kelab Penyokong PAS telah membuka Pusat Kelab Penyokong PAS di bandar Kuala Terengganu sebagai pusat jentera pilihan raya kelab tersebut.

Katanya, dengan kerjasama skuad Kelab Penyokong PAS Dun Kota Lama di bawah kelolaan Dato' Anwar Tan, pusat khidmat tersebut diadakan khusus bagi menghadapi pilihan raya Kuala Terengganu itu.

"Ia bukan sahaja sekadar satu pusat khidmat. Tetapi kita juga telah menjemput Kelab Penyokong PAS dari seluruh negara untuk sama-sama turun ke Kuala Terengganu. Sepanjang kempen tersebut kita menganggarkan dalam satu hari sekurang-kurangnya terdapat 10 hingga 20 orang petugas daripada ahli kelab.

"Dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu juga kita adakan pejabat kelab di situ termasuklah kemudahan untuk penempatan,"katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua ahli kelab di seluruh negara melakukan perbincangan dengan Lajnah Perpaduan Nasional di setiap negeri serta memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut. - azm

Read More “BERITA KEGIATAN KELAB PENYOKONG PAS/ LPN”  »»

"PERPADUAN NASIONAL" SASARAN BERGERAK

Foto Wira Perpecahan Nasional Datuk Ahmad Ismail

Dalam

sebuah

negara

yang berbilang kaum, agama, bahasa, adat

resam dan berbagai lagi kelainan, perpaduan

kaum di peringkat nasional amatlah penting dari pelbagai sudut seperti ketenteraman

awam, keselamatan negara, kestabilan sosiopolitik dan sebagainya. Di sana mesti


wujud satu titik tolak kesatuan yang dapat melahirkan perpaduan nasional yang diidam-

idamkan.

Perpaduan nasional tidak berlaku tanpa dirancang dan diusahakan. Semua pihak yang

terlibat hendaklah memainkan peranan masing-masing. Sensitiviti kaum perlu dijaga.

Citarasa,aspirasi, kehendak dan kemahuan setiap individu yang menganggotai sesuatu

etnik atau kaum sentiasa berubah mengikut faktor-faktor seperti persekitaran, tahap

pendidikan,pendedahan kepada dunia luar dan lain-lain. Sebagai contoh, citarasa,

aspirasi dan kemahuan kaum Pribumi atau Orang Asli hari ini berbeza dengan apa yang

datuk nenek mereka impikan sepuluh lima belas tahun yang lalu. Perkara yang sama

berlaku kepada kaum Cina, India dan lain-lain. Tidak hairan jika pada suatu hari

terdapat satu kaum di Malaysia yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap

sesuatu polisi atau tindakan pihak-pihak tertentu. Sebab itu dikatakan "perpaduan

nasional" atau integrasi kaum di Malaysia khususnya merupakan satu yang tidak statik

tetapi sentiasa bergerak atau dinamik.

Islam menawarkan formula perpaduan nasional bertitik tolak dari maksud firman ALlah

" TidakKu (ALlah) jadikan Jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKU"

(51:56), seterusnya maksud ayat Al Quran "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya

(ALlah) ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu..........."

(30:22). ALlah menegaskan lagi " Hai manusia, sesungguhnya Kami (ALlah) menciptakan

kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa

dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia

di antara kamu........" (49:13). ALlah juga menyarankan agar kita " tolong menolonglah kamu

dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa

dan permusuhan/pelanggaran.." (5:2) .

Kita diarahkan ALlah agar menegakkan keadilan dan menghancurkan segala bentuk

kezaliman (5:8 dan 3:135) dapat memastikan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk

dapat ditegakkan dan dipelihara.

Tentang perbezaan darjat dan kekayaan, ALlah mengingatkan kita dalam maksud ayat ke

32 surat Az Zukhruf " Apakah mereka yang membagi-bagikan rahmat Tuhanmu? Kami (ALlah)

membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan

dunia ini (setengahnya kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita), dan

kami menjadikan darjat setengah mereka tinggi daripada darjat setengah yang lain

supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya

daripada bantuan setengahnya yang lain." Sila rujuk ISLAM Keadilan Membebaskan

Manusia muka surat 29 tulisan Dato' Dr Haron Din, PTS.

Setelah melakukan segala yang perlu bagi mencapai perpaduan nasional, kita

diingatkan dengan Firman ALlah yang bermaksud "Walaupun kamu membelanjakan

semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan

hati mereka ,akan tetapi ALlah telah mempersatukan hati mereka..
" (8:63)


Foto AJK Kelab Penyokong PAS serta sebahagian dari AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat


Berita selanjutnya di [sini]

Kepimpinan tertinggi PAS telah membincangkan secara mendalam kemungkinan membuka

keahlian bersekutu kepada bukan Islam dalam PAS. Ia merupakan antara dua

agenda utama yang dibincangkan sesi permukiman pimpinan PAS selama tiga hari di

Langkawi pada hujung minggu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang turut

menghadiri sesi permukiman tersebut. Menurut Mohamed Daud lagi, sesi permukiman itu

dihadiri oleh anggota Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mereka termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul

Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar. Menurut beliau lagi,

pimpinan PAS juga turut membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan kerjasama

dengan Pakatan Rakyat.

"Kita perhalusi lagi syarat-syaratnya. Kita akan memanggil pimpinan pelbagai

peringkat, duduk sekali. Kita fikir masak-masak (bagaimana) untuk memperkukuhkan

Pakatan."

Read More “"PERPADUAN NASIONAL" SASARAN BERGERAK”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com