Pray For MH370

Pray For MH370

ISMAIL SABRI KATA TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA



Wa caya lu. Harga petrol tak naik cuma berlaku perubahan harga.

Bila harga minyak mentah dunia turun, harga petrol tempatan kekal, tetapi bila harga minyak mentah dunia naik, harga petrol negara naik.

Apabila harga petrol negara turun harga barangan dan perkhidmatan tak turun, tetapi harga petrol naik, kos barangan dan perkhidmatan melambung naik.

Penjenamaan semula atau perubahan additif suatu jenis petrol dari RON97 ke RON 95, harga turut naik dari harga RM1.75 ke RM1.80 sahaja. Sementara RON 97 yang asal dijadikan petrol premium dan harga naik ke paras RM2.05 sahaja.

Selepas ini, boleh isytihar bekalan petrol tempatan tak mencukupi, ada alasan lagi naikkan harga. Paling tidakpun wujudkan keadaan di mana RON 95 tidak dapat menampung permintaan maka tiada bekalan. Akhirnya hanya petrol premium berharga Rm2.05 sahaja yang wujud di pasaran.

Cukup licik dan hebat.


*Tiada Perubahan Harga Petrol Utama Negara - Ismail Sabri (bernama)

*Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi? (harakahdaily)

*Pump price rises with RON97 at RM2.05 tomorrow( malaysian insider)


Tiada Perubahan Harga Petrol Utama Negara - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok (HARI INI) di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

"Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi," katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini Isnin.

Ismail Sabri berkata produk RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Beliau turut menjelaskan harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lepas kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

BERNAMA
==================================================================================

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin
harakahdaily
===============================================================


Pump price rises with RON97 at RM2.05 tomorrow

KUALA LUMPUR, Aug 31 — The government has hiked up the price of premium fuel RON97 from 1.80 to RM2.05 a litre while the new RON95 petrol replacing RON92 will be sold at RM1.80 per litre.

The prices are effective tomorrow, state news agency Bernama reported.

Although the price of Ron 97 increased substantially — by 78 sen — to become RM2.70 on June 08, the price dropped twice within six months in line with the global drop in crude oil prices to RM1.80 on December 16.

The Domestic Trade Minister Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob did announce on May 12 that the price of RON97 will rise by 20 sen to RM2.00 on Sept 1.

The price of global crude oil was in the US$125 (RM441) neighbourhood before June 2008 when the first major increase was announced last year. Today, crude oil is nestled at US$71 (RM251).
Malaysian insider

Comments :

0 comments to “ISMAIL SABRI KATA TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com