Pray For MH370

Pray For MH370

TARIAN PUNYA PASAL....

Malaysia mencuri tarian Pendet dari Bali : Iklan Tarian Pendet dibuat oleh Discovery Channel dan adalah merupakan kesalahan syarikat itu apabila tidak menyebut bahawa tari Pendet berasal dari Indonesia menurut Ketua Pengarah Asean Kementerian Luar Negeri Indonesia, Djauhari Oratmangun. Tarian Reog Ponorogo yang Malaysia pernah dituduh mengaku sebagai miliknya, beliau berkata sebenarnya tarian itu juga diperkenalkan dan ditarikan oleh orang Ponorogo yang sudah menetap di Malaysia selama tiga generasi.


Pemerintah Indonesia Perlu Perbetul Salah Persepsi, Kata Cendekiawan Indonesia


JAKARTA, 9 Sept (Bernama) -- Beberapa cendekiawan Indonesia tampil meminta pemerintah republik ini menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyatnya dan memperbetulkan persepsi yang salah terhadap Malaysia berkaitan berkembangnya budaya warisan bersama di negara itu.

Dekan Undang-undang Antarabangsa Universitas Indonesia Prof Dr Hikmahanto Juwana berkata telah wujud salah pemahaman mengenai penggunaan budaya Indonesia oleh Malaysia dan pemerintah harus menjelaskan kedudukan perkara yang sebenarnya.

Beliau berkata pemerintah harus menghentikan situasi yang boleh membangkitkan kebencian yang lebih mendalam masyarakat Indonesia terhadap Malaysia, dengan memberikan penjelasan yang benar.

Hikmahanto berkata penggunaan tarian Pendet dalam iklan promosi pelancongan Malaysia bukan merupakan tuntutan negara itu ke atas seni budaya Indonesia dan terbaru, promosi pelancongan di Pulau Jemur milik Indonesia juga bukan bermakna Malaysia menuntut hak milik pulau itu.

Banyak tanggapan yang timbul akibat salah persepsi itu, termasuk pegawai yang memberikan tanggapan yang salah sehingga mengakibatkan masyarakat membuat kesimpulan memang ada tuntutan Malaysia itu, katanya seperti dipetik agensi berita Antara hari ini.

Sehubungan itu, Hikmahanto berkata sudah tiba masanya untuk pemerintah Indonesia memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai salah persepsi itu.

Selain itu, katanya pemerintah juga perlu memberikan penjelasan kepada masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sebelah pihak dan pemerintah sendiri jika bermasalah jangan sehingga mengakibatkan setiap warga dari kedua-dua negara bermusuhan.

Beliau mahu pemerintah Indonesia berbincang dengan kerajaan Malaysia mengenai pelbagai isu sensitif dan, "Tunjukkan dialog itu di depan rakyat Indonesia bahawa kedua-dua negara tengah berusaha menyelesaikan perbezaan pandangan."

Katanya dalam dialog antara negara, Indonesia harus mengajak Malaysia untuk mengehadkan masalah tanpa mempengaruhi masalah yang lain, misalnya jangan sampai kes penderaan terhadap seorang pembantu rumah mempengaruhi pelaburan Malaysia di Indonesia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata di Kuala Lumpur semalam kerajaan dan rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas walaupun bendera Malaysia dibakar dan Kedutaan Besar Malaysia dilempari telur busuk serta batu.

Sambil menegaskan bahawa Malaysia ingin terus menjalin hubungan baik dengan Indonesia sebagai negara jiran dan serumpun, beliau menjelaskan bahawa semua tuduhan terhadap Malaysia, yang menimbulkan kebencian rakyat Indonesia, adalah tidak benar.

Mungkin juga pendirian Malaysia yang disuarakan oleh Rais itu turut mengajak pakar antropologi dari Sekolah Tinggi Seni Indonesia (STSI) Padang Panjang, Sumatera Barat, Maulid Hariri Gani mengingatkan semua pihak supaya tidak membesar-besarkan masalah Indonesia dengan Malaysia.

Sambil menjelaskan beliau juga mempunyai keluarga di Malaysia, Maulid berkata sebagai negara serumpun daripada asas sejarah yang sama tentunya kedua-dua bangsa saling mengamalkan budaya yang merupakan warisan bersama dan tidak boleh dinafikan hak untuk mengamalkan budaya itu.

Memberi contoh rakyat Malaysia yang tidak terpengaruh isu-isu itu, beliau meminta rakyat Indonesia bersikap lebih dewasa dan tidak membiarkan diri mudah terpancing isu-isu yang sengaja ditimbulkan kerana ia mungkin agenda golongan tertentu.

"Sebab tidak tertutup kemungkinan kes hubungan Indonesia-Malaysia ini merupakan sebahagian daripada senario elit untuk menutupi kes-kes besar yang terjadi di peringkat nasional ketika ini," katanya, seperti dipetik Antara, tetapi tidak menyebutkan kes yang dimaksudkannya.

Sebelum ini, Gabenor Kepulauan Riau, Ismeth Abdullah juga meminta seluruh masyarakat Indonesia tidak emosional menghadapi tuduhan kononnya Malaysia menuntut kebudayaan tertentu milik Indonesia.

"Jangan emosional menghadapi permasalahan itu kerana belum tentu kerajaan Malaysia yang bersalah seperti dituduh," katanya, yang menganggap tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet dari Bali itu sebagai janggal.

Ismeth memberi amaran keras kepada masyarakat supaya tidak bertindak sesuka hati terhadap rakyat Malaysia yang masuk ke Kepulauan Riau, kerana perbuatan itu hanya akan menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Asean Kementerian Luar Negeri Indonesia, Djauhari Oratmangun pula berkata sebahagian besar daripada jumlah penduduk di Malaysia yang pelbagai kaum itu berketurunan Indonesia dan mereka membawa budaya nenek moyang mereka ke sana dan mengamalkannya.

Memberi contoh tarian Reog Ponorogo yang Malaysia pernah dituduh mengaku sebagai miliknya, beliau berkata sebenarnya tarian itu juga diperkenalkan dan ditarikan oleh orang Ponorogo yang sudah menetap di sana selama tiga generasi.

Mengenai tarian Pendet pula, Djauhari berkata iklan itu dibuat oleh Discovery Channel dan adalah merupakan kesalahan syarikat itu apabila tidak menyebut bahawa tari Pendet berasal dari Indonesia.

Djauhari kesal dengan sikap media di Indonesia yang membesar-besarkan berita tidak benar yang menuduh Malaysia menuntut pemilikan beberapa tarian sehingga membakar emosi rakyat dan mempengaruhi mereka ke tahap untuk melakukan ganyang terhadap negara jiran itu.

Seperti dilaporkan Antara, beliau meminta media di Indonesia bersikap arif dan bijak dalam menulis serta mengulas berita kerana sebelum timbul sebarang isu dan tuduhan, berita seni dan budaya di Indonesia di media nasional sangat jarang dimuat atau diulas secara meluas.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Da'i Bachtiar mengaku merasa malu dengan sikap rakyat Indonesia jika dibandingkan dengan sikap kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menangani pelbagai isu membabitkan dakwaan budaya memandangkan semua tuduhan itu tidak benar.

Mengenai ancaman 'menyapu bersih' rakyat Malaysia oleh kumpulan yang menggelar diri mereka 'Benteng Demokrasi Rakyat' di sini Selasa, jurucakap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Andi Mallaranggeng mengeluarkan kenyataan mengingatkan kumpulan itu supaya tidak bertindak sesuka hati.

Beliau berkata jika ada pun kemarahan terhadap Malaysia, ia hendaklah disuarakan menerusi saluran yang betul dan tidak bertindak ke atas rakyat Malaysia di sini.

Seorang anggota Parlimen Indonesia yang sebelum ini dikenali sering mengeluarkan kenyataan keras terhadap Malaysia berkaitan tuduhan yang dilemparkan, hari ini dilaporkan memberi peringatan kepada kumpulan itu supaya tidak bertindak sesuka hati kerana di Malaysia sendiri terdapat berjuta rakyat Indonesia.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “TARIAN PUNYA PASAL....”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com