Pray For MH370

Pray For MH370

GEMPAR! MANTAN MUFTI PERLIS DITANGKAP

Dr Asri diserbu Polis dan pegawai JAIS ketika sedang memberi kuliah atas alasan mengajar agama tanpa tauliah serta berdasarkan memorundum NGO kepada Agung. Sila lihat laporan Sinar Harian di bawah.


Dr. Asri diitangkap!


KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.

Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay, dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah, terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu, AhliParlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu, berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu, kira-kira 2jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.
Azamin Amin/HARAKAHDAILY
===================================================================================
Dr Asri kesal difitnah hina ulama

DAMANSARA - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu.

Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.

Menurutnya, antara tuduhan dalam memorandum itu ialah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mereka perlu mengemukakan bukti sebelum mengeluarkan tuduhan. Ayat mana yang saya keluarkan menghina atau mencerca ulama, menghina Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan menolak solat hajat.

“Ini satu pembohongan yang pastinya mempunyai kaitan individu yang mahukan jawatan Yang Dipertua Yadim,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Dr Asri berkata, beliau sebelum ini berasakan Yadim boleh menjadi ruang untuk berdakwah, kini tidak lagi berminat dengan jawatan berkenaan.

“Tetapi setelah memorandum ini dibuat, biarlah saya tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya.

Beliau juga hairan mengapa terdapat individu yang menggelar diri mereka sebagai pengamal agama, tetapi masih boleh melakukan pembohongan dengan memburukkan peribadi seseorang.

Ditanya adakah memorandum berkenaan akan menjejaskan reputasi beliau sebagai penceramah dan pendakwah bebas, Dr Asri berkata: “Tidak terjejas langsung kerana saya masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan esok pun saya ada program.”

Memorandum itu turut mendakwa Dr Asri dan pengikutnya mencetuskan pelbagai perbalahan dalam kalangan umat Islam kerana mengkritik amalan umat Islam di Malaysia.

Sebelum ini, Dr Asri ditawarkan mengisi jawatan Yang Dipertua Yadim oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sinar Harian

Comments :

3 comments to “GEMPAR! MANTAN MUFTI PERLIS DITANGKAP”
Anonymous said...
on 

Maaf cakap. Eloklah diberi kuliah kepadanya tentang adab dengan ulama'. Adab tak ada macam mana jalan nak betul lepas tu nak ajak orang ikut sunnah sedangkan dia sendiri tidak beramal dengan sunnah hinggakan selawat syifa' pun dia tak faham, dah tak faham dia tolak pula lepas tu suruh orang lain jangan amal, apa ni ?.....

Ali Hassan said...
on 

Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor bukan ke Hassan Ali?

Anonymous said...
on 

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata hanya mereka yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah agama di masjid dan surau negeri ini.
Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.
Perkara ini disiarkan oleh laman web kerajaan negeri Selangor, Selangorkini Sabtu, 31 Oktober, dua hari lepas.
Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.
"Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya._

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com