Pray For MH370

Pray For MH370

TAHNIAH KHIR TOYO BERJAYA: KES BABI ALIHKAN FOKUS KERAJAAN BA/PR

Dari keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 12hb April 2008 tentang kenyataan Datuk Mat Yassir Ikhsan, Pengerusi Persatuan Silat Cemande Selangor ternyata bahawa pihak pembangkang Selangor telah berjaya mengalihkan tumpuan, fokus serta membuang masa dan sumber YAB Tan Sri serta kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama kira-kira seminggu dalam menangani isu penternakan khinzir di Kuala Langat. Pihak kerajaan PR terpaksa menjawab tohmahan dan tuduhan pihak UMNO/BN yang berselindung di belakang NGO seperti persatuan penduduk, persatuan nelayan dan lain-lain. Alangkah baiknya jika masa dan sumber tersebut digunakan untuk tujuan yang dinyatakan oleh Datuk Mat Yassir.

Kalau tidak silap ingatan saya, kerajaan Tan Sri Abdul Khalid sebelum isu khinzir ini timbul telah mencadangkan agar pekerja asing di Selangor dikenakan levi RM 9 sahaja bagi setiap orang sebulan yang diambil terus dari majikan. Wang atau dana yang terkumpul ini digunakan untuk melatih dan memberi kemahiran kepada muda mudi Selangor terutama mereka yang menganggur. Tiba-tiba isu khinzir meletup seperti pertama kali dilaporkan dalam Utusan Meloya pada 7hb April 2008. Ekoran dari laporan akhbar itu, saya telah menerima berbagai bunyi SMS yang mengutuk, menyindir, menempelak, menyerang dan berbagai lagi kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Khir Toyo dan konco-konconya.

Maka dari situlah bermulanya episod babi. Demonstrasi diadakan, spanduk serta kain rentang bergambar dan bertulis ditonjolkan oleh akhbar, bantahan dibuat, sidang akhbar dipanggil dan berbagai-bagai lagi aktiviti dilaksanakan. Dalam pada itu parti UMNO bergolak dan bergelojak. Sedikit sebanyak isu babi dapat mengalih tumpuan orang Melayu dari isu-isu negara yang sebenarnya patut diberi tumpuan dan perhatian serius.
Kini puaslah hati UMNO/BN dan kes hampir selesai. Dato' Seri Dr Khir Toyo telahpun berlepas ke Mekah untuk .................................... Sekian, harap maaf.

Buang yang busuk ambil yang wangi

BN lain kali jangan buat lagi.

Buang yang keruh ambil yang jernih


BN lain kali ojo ngawe menih.

Comments :

2 comments to “TAHNIAH KHIR TOYO BERJAYA: KES BABI ALIHKAN FOKUS KERAJAAN BA/PR”
lan said...
on 

*Babi yang sebenar?!*
http://n32.blogspot.com/2008/04/babi-yang-sebenar-dalam-perjalanan-ke.html

from Roslan SMS corner by roslan sms
Babi yang sebenar?!

Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.
Dr Lee Chong Meng

Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!

Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.
Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. AnehnyaDr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.




ADUN (Umno) Tg Sepat



Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu?Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!



Apa yang ditunjuk tu Wak Tarmudi....



(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)

Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.

Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurutDr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalahMansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!
Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!
Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramahDr Lee Chong Meng.

Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.

Unknown said...
on 

Terima kasih banyak di atas keprihatinan dan respons saudara yang cukup membina dan membantu rakyat Selangor membuat penilaian dan keputusan. Insya Allah akan dimuatkan berita dari the Sun yang saudara sebutkan itu. Wasallam.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com