Pray For MH370

Pray For MH370

Mengata dulang paku serpih: Mengata UNISEL, siapa yang lebih?

Naib canselor: Laporan krisis UM tak tepat
Wong Teck Chi
Ogos 18, 11
2:03pm
Kongsi 218
Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Ghauth Jasmon hari ini menafikan universiti yang diterajuinya sedang menghadapi krisis berikutan peletakan jawatan beramai-ramai staf akademik kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia pada tajuk utamanya hari ini mendakwa 146 kakitangan akademik UM telah meletakkan jawatan sejak 2009.

NONE"Laporan itu tidak tepat, terutama mengenai bilangan berkenaan. Pada jam 10.30 pagi esok, pihak universiti akan mengeluarkan angka sebenar,” kata Ghauth yang mempunyai latar belakang kemahiran dalam bidang kejuruteraan.

Memetik Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof Madya Azmi Sharom, Utusan mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 kakitangan akademiknya.

Mereka termasuk profesor dan profesor madya yang dikatakan membantah polisi akademik Ghauth dengan 'kegilaannya' meletakkan universiti UM dalam rangking 100 terbaik di dunia.

Antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan, lapor Utusan.

Nafikan laporan

Bercakap kepada Malaysiakini, pagi ini, Ghauth mempertahankan polisinya yang memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

"Mereka yang tidak suka saya mempunyai alasan yang lebih daripada tidak suka saya kerana saya sedang mentransformasikan UM menjadi sebuah universiti berkualiti yang lebih tinggi,” katanya.

azmi shahrom azmi sharom interview 140808Azmi (kiri) pula ketika dihubungi menafikan laporan Utusan itu dan berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dan menjadi mangsa 'salah laporan' oleh akhbar berkenaan.

Azmi juga dilaporkan berkata, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

Dalam pada itu, PKAUM, dalam satu kenyataan melahirkan rasa kecewa kerana presidennya telah dipetik sebagai jurucakap dan pendedah maklumat kepada isu yang dibangkitkan.

"Beliau (Azmi) merasa amat terkilan kerana terdapat pihak yang telah menyalahgunakan nama beliau.

"PKAUM menafikan maklumat yang diberikan dalam keratan tersebut sebagai kenyataan atau pendirian PKAUM," kata naib presidennya Rosli H Mahat.

Menurut beliau, Azmi selaku presiden PKAUM cuma berada pada sidang akhbar tersebut untuk melindungi hak ahli kesatuan yang bersuara dan kenyataan yang disiarkan adalah pandangan ahli tersebut.

"Maka PKAUM memohon agar kesilapan fakta ini dibetulkan dan disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"PKAUM sebagai kesatuan yang mewakili ahli-ahli akademik dan pegawai Universiti Malaya, sentiasa menyokong usaha semua pihak untuk meletakkan UM sebagai Universiti bertaraf dunia tanpa mengabaikan kebajikan kakitangan dan pelajar," katanya.

Comments :

0 comments to “Mengata dulang paku serpih: Mengata UNISEL, siapa yang lebih?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com