Pray For MH370

Pray For MH370

TADIKA SELANGOR: Bantuan Geran per kapita pelajar miskin


Kenyataan Akhbar

EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor

Geran PELAJAR TADIKA SKIM TUNAS bermula 1/7/12

Kerajaan Selangor telah meluluskan skim bantuan pelajar prasekolah RM50 sebulan untuk anak berumur 5-6 tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500  iaitu garis kemiskinan yang telah diterima pakai oleh kerajaan Selangor.

Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES(Merakyatkan Ekonomi Selangor ) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR.

Skim Tunas mensasarkan 3000 pelajar tadika yang layak menerima bantuan pendidikan ini pada tahun ini. Skim ini akan menggunakan geran SELANGORKU berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3JUTA dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.

Kerajaan negeri akan memfokus kepada usaha holistik mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan dengan melihat keperluan asas seperti pendidikan dan sistem sokongan yang lain dalam dasar ‘workfare’, program tuisyen rakyat Selangor(PTRS) , HADIAH RM1000 MASUK UNIVERSITI serta program pembangunan insan SPIES. Program-program tuntas pemberdayaan seisi keluarga akan mempercepatkan proses mengeluarkan mereka daripada belenggu tradisi kemiskinan.

SKIM TUNAS ini akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor

Program ini bakal dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada
1.7.12.

YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Kerajaan Selangor merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Selangor
23.5.12

Comments :

0 comments to “TADIKA SELANGOR: Bantuan Geran per kapita pelajar miskin”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com