Pray For MH370

Pray For MH370

MAHUKAH SELEBRITI membanting tulang mencorak iklim positif REM-BEL?

Ketika budaya destruktif melanda orang muda, golongan manakah yang paling efektif melorong mereka ke landasan positif dan konstruktif?
Lazimnya golongan dewasa suka melabelkan anak muda sebagai golongan yang sukar di tegur, cenderung melakukan perkara yang membimbangkan dan 'degil'. Mereka mudah melatah melihat segelintir anak muda yang lalu dan terus mengata atau mengumpat mereka dengan mengeluarkan kata-kata yang amat tidak menyenangkan hati orang muda. Termasuk di perkarangan masjid dan surau.

Tidak hairanlah kenapa golongan remaja belia(REM-BEL) TIDAK suka ke masjid /surau. Mereka tidak gemar bergaul dengan orang dewasa yang memandang lekeh kepada mereka walhal hanya segelintir daripada mereka yang 'buat hal'!! Mereka pula yang terpalit lumpur!!

Selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR, saya cuba memikirkan bagaimana mahu melentur anak anak muda yang mentah dan suci jiwanya ini agar terus terlorong ke arah jalan fitrah yang diredhai oleh Penciptanya agar sentiasa menjaga keinsanannya yang cenderung ke arah kebaikan.Namun mereka memerlukan kompas hidup dan pelindung daripada perosak yakni runtunan nafsu dan bisikan syaitan.

Oleh kerana budaya hedonisme sudah begitu menebal di kalangan masyarakat di Malaysia, logiknya golongan REM-BEL ini juga akan didapati lebih mudah tertarik dengan program atau tempat yang ada unsur kesenian, santai, lepak-lepak. Maka, jawatankuasa tetap pembangunan modal insan kerajaan Selangor menggunakan strategi 'soft spot' orang muda ini untuk menjadi trademark program yang melibatkan golongan REM-BEL.
Ramai sudah selebriti yang telah dilibatkan bersama program anjuran jawatankuasa ini, yang di kenali dengan jenama GeMS(Generasi Idaman Selangor). Selebriti daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti radio/tv, imam muda dll ini dijemput untuk menyuntik kesedaran kepada golongan REM-BEL tentang nilai nilai dan tabiat positif disulami dengan nasihat pimpinan yang juga diutarakan secara santai dan tidak menekan, merimas atau menakutkan REM-BEL ini.
Saya menyeru kepada golongan yang berpengaruh seperti para artis dan selebriti, pamerkanlah akhlak terbaik kerana apa yang anda lakukan, ucapkan, dan amalkan akan menjadi ikutan ramai remaja belia. Andai anda melakukan yang terbaik daripada tata susila dan syakhsiyyah anda terpuji maka anda bakal menempah pahala yang banyak daripada pengikut di kalangan peminat anda. Namun, sekiranya anda menjadi model yang berperangai buruk dengan bermaksiat dan terbabit dalam perkara mungkar, ikutan pengikut anda akan menjadi liabiliti dan menambahkan beban dosa anda.
JOM PILIH!
JOM JADI BAIK!!

Comments :

0 comments to “MAHUKAH SELEBRITI membanting tulang mencorak iklim positif REM-BEL?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com