
Lapan badan Umno perhubungan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu mendapat Pengerusi baru.
Rombakan ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan sebagai "penyejuk serta pententeram hati" agar tiada yang merajuk dan bawa diri lantaran patah hati.
Pengerusi Baru Perhubungan UMNO Negeri
Selangor : DS Najib
Wilayah Persekutuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kedah: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Pulau Pinang: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kelantan: Datuk Mustapa Mohamed.
Terengganu: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Perlis: Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
Pengerusi Yang dikekalkan
Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob
Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan
Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Johor - Datuk Abdul Ghani Othman
Sabah - Datuk Seri Musa Aman
TS Shahidan Kassim, Datuk Razali Ibrahim.
Dr. Wan Norashikin,Datuk Razali Ibrahim, DS Rafidah Aziz dan Datuk Kamilia Ibrahim (foto atas kanan) dilantik menganggotai MT Umno.
Perubahan Ketua Langkah Reda Krisis Terengganu
Krisis kepimpinan Umno di Terengganu baru-baru ini dilihat sebagai mendorong pucuk pimpinan parti melantik naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai pengerusi badan perhubungan negeri itu yang baru.
Ia sekaligus menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said menjadi satu-satunya Menteri Besar daripada Umno yang tidak dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan negeri.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden Umno berkata bahawa Menteri Besar yang tidak dilantik akan dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
Najib, yang mempengerusikan mesyuarat MT Umno hari ini, mengumumkan pelantikan pengerusi baru bagi lapan badan Umno perhubungan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, Ahmad Said, bekas pengerusi yang kini menjadi timbalan pengerusi perhubungan negeri berkata beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada Hishammuddin untuk mengukuhkan Umno di Terengganu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Krisis kepimpinan Umno di Terengganu memuncak apabila 10 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dari Umno "memboikot" persidangan DUN itu ekoran dakwaan wujud ugutan supaya tidak membuat usul tidak percaya terhadap Ahmad.
Sementara itu, pemerhati politik melihat perubahan kepimpinan Umno di peringkat negeri sebagai usaha "mententeramkan" semula apa jua pergolakan dalam parti itu.
Lima lagi badan perhubungan Umno juga dipengerusikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti.
Selangor misalnya dipengerusikan oleh Najib sendiri manakala Wilayah Persekutuan diteraju Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua naib presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipertanggungjawab meneraju Kedah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang), sementara Kelantan dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Mustapa Mohamed.
Pemerhati politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain melihat pelantikan lapan pengerusi baru itu akan `menyejukkan' keadaan pada peringkat akar umbi.
"Yang menyebabkan bergolak adalah perebutan jawatan pengerusi itu sendiri di kalangan pemimpin di negeri yang berkenaan, jadi dengan melantik orang luar sebagai pengerusi, tak adalah mereka ini nak bising sangat," kata pensyarah Dasar Awam dan Politik Malaysia dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Menurut Ahmad Atory, pergolakan di Terengganu dan Kedah berpunca daripada kewujudan `puak-puak' yang sekaligus memecah-belahkan parti.
Beliau bagaimanapun menyifatkan pelantikan Mohd Shafie selaku pemimpin Umno Sabah untuk meneraju Kedah sebagai sesuatu di luar jangka.
"Kedah ini semangat kenegeriannya kuat, tapi saya harap mereka boleh terima kerana sudah pasti beliau (Shafie) dipilih Datuk Seri Najib berasaskan keupayaannya," katanya.
Mengenai pelantikan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz, Ahmad Atory berkata ia bukan suatu yang luar biasa kerana bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sememangnya berpengalaman.
"Saya yakin beliau akan berupaya membantu menguatkan lagi Umno sebagai sebuah parti," katanya.
Bagaimanapun, sumber dalaman parti menyifatkan pelantikan Rafidah sebagai faktor `menyejukkan' hati penyokong beliau selepas tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti bulan lalu.
Begitu juga halnya dengan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang `kehilangan' jawatan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis yang telah dipegangnya hampir empat penggal.
"Ini cara Presiden untuk menyejuk dan menyatukan semula Umno yang pada hakikatnya memang berpuak-puak. Kita tengok hasilnya nanti," kata sumber itu.
-- BERNAMA
Barisan Kepimpinan Baru Diyakini Mampu Mantapkan Umno
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Rombakan dalaman parti Umno dijangka dapat menyuntik nafas baru bagi memantapkan serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Barisan kepimpinan baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini jelas menggambarkan iltizam kepimpinan bagi membawa reformasi di peringkat negeri.
Ini jelas dengan pelantikan pemimpin tertinggi parti memainkan peranan untuk mendekatkan diri pada peringkat akar umbi serta hasrat 'membersihkan' sikap berpuak-puak di kalangan pemimpin Umno negeri.
Pelantikan baru itu mencerminkan keberanian Najib untuk membawa perubahan ketara kepada Umno yang sejak kebelakangan ini dikatakan gagal mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat.
Ini adalah antara langkah parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijadualkan pada 2013 selepas kehilangan Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang serta majoriti dua pertiga kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen.
Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menumpukan usaha memperkasakan program parti dengan kerjasama erat parti komponen BN lain.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilantik menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah pula bertekad untuk memperkukuhkan Umno di peringkat negeri itu.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pelantikan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Kamilia Ibrahim ke dalam MT dilihat sebagai satu penghormatan kepada golongan wanita.
Bagi Ahli MT Datuk Hamzah Zainudin, beliau melihat pelantikan barisan pengerusi badan perhubungan negeri baru adalah pasukan mantap yang dapat membantu dan memberi sokongan kepada presiden parti.
"Ini adalah satu pasukan yang dapat meneruskan perjuangan parti ke satu arah yang lebih baik," kata Hamzah, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Seorang lagi ahli MT, yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyifatkan perubahan itu dapat menyakinkan rakyat untuk kembali menyokong Umno dan BN.
"Perubahan yang kita bincang ini ialah di mana pemimpin perlu mendekati rakyat bukan sahaja sekadar turun padang tapi mampu selesaikan masalah penduduk," katanya.
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perbincangan mesyuarat itu menjurus kepada pembaharuan yang perlu dilakukan serta usaha merealisasikan konsep One Malaysia (1Malaysia).
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula menyifatkan pelantikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan sebagai keputusan tepat.
Katanya, pelantikan Timbalan Perdana Menteri itu akan memperkuat kembali parti itu serta mampu merampas semula kerusi pembangkang di Wilayah Persekutuan.
"Ia akan memberi semangat baru kepada kami untuk terus berjuang serta memantapkan lagi perjalanan parti, " kata Raja Nong yang dilantik sebagai timbalan kepada Muhyiddin.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru.
Katanya sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri, beliau akan bersama Naib Presiden Umno itu bagi menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Datuk Seri Hishammuddin bukannya asing bagi Terengganu dan saya mengalu-alukan pelantikan beliau," katanya.
Ahmad percaya kombinasi antara Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dan beliau dalah terbaik bagi menerajui Umno Terengganu.
Di ALOR SETAR, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau akan berdiri teguh di belakang Shafie.
Katanya beliau menerima dengan hati terbuka selepas digugurkan dari memegang jawatan itu dan akan memberi kerjasama demi kepentingan parti.
"Kekuatan Umno lebih penting daripada individu...saya harap kita (BN) dapat tawan semula Kedah dalam pilihan raya akan datang di bawah pimpinan beliau (Shafie)," katanya.
Di KOTA BAHARU, Tan Sri Annuar Musa berkata pemilihan Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai tepat kerana rekod dan komitmen tinggi beliau terhadap rakyat Kelantan dan Umno.
Beliau berkata Mustapa bukan sahaja mempunyai rekod perkhidmatan terhadap parti yang cemerlang malah komitmennya dalam kerajaan juga cukup bagus.
"Dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sememangnya dapat memberikan beliau kelebihan untuk mengukuhkan Umno di Kelantan.
Dalam pada itu, Mustapa pula berkata beliau berazam untuk mengukuhkan Umno dan memberi khidmat terbaik untuk rakyat Kelantan.
Ia merupakan pelantikan kedua beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Beliau pernah memegang jawatan itu dari tahun 2000 hingga 2004.
Di KANGAR, Datuk Seri Shahidan Kassim akur dan menerima dengan hati terbuka apabila beliau tidak dikekalkan sebagai peneraju Umno Perlis.
Bekas Menteri Besar Perlis itu berharap peneraju Umno Perlis yang baru iaitu Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Menteri Besar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan di samping berupaya menegakkan keadilan.
Saya tidak mempunyai masalah untuk memberi kerjasama kepada Md Isa demi kepentingan parti, katanya yang dilantik sebagai Ahli MT.
Di JOHOR BAHARU, Ketua Penerangan Umno yang baru Ahmad Maslan bertekad untuk mendekati generasi muda dan lama yang telah banyak berjasa kepada parti.
"Saya akan menumpahkan segala masa, tenaga, fikiran untuk mengukuhkan parti Umno demi agama, bangsa dan tanah air bagi membina 1Malaysia dengan rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan," katanya.
Di SHAH ALAM, bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo percaya pemilihan Najib untuk menerajui badan perhubungan Umno negeri Selangor dapat membantu BN negeri merampas semula negeri itu dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya amat percaya kepimpinan dinamik Perdana Menteri akan terus meningkatkan perpaduan di kalangan pemimpin Umno bahagian di negeri itu," kata ketua pembangkang Selangor itu.
BERNAMA
Full Report On New UMNO LineUp
FAKTOR ASSOBIYAH DALAM NASIONALISME PENGARUHI PERLANTIKAN PENGERUSI
JJ MUNGKIN BENDAHARI AGUNG UMNO YANG BARU
Spekulasi dan khabar angin bertiup kencan
g apa yang bakal
berlaku dalam UMNO yang akan diumumkan
selepas mesyuarat Majlis Tertinggi esok. Tak sabar nak tunggu perkembangan sensasi dan terkini. Saya rakyat prihatin dan peduli.
Tengku Adnan Kekal, Tiga Negeri Alami Perubahan?
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor besar kemungkinan akan mengekalkan jawatannya, manakala Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, mungkin dilantik bendahari agung yang baru, kata beberapa sumber parti itu di sini.
Jamaludin memenangi kerusi Majlis Tertingi Umno -- badan pembuat dasar tertinggi parti itu, yang mempunyai 25 anggota dipilih -- pada pemilihan parti berkenaan baru-baru ini.
"Nama mereka mungkin diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi esok," kata sumber itu.
Mesyuarat berkenaan Jumaat, yang akan dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah yang pertama bagi beliau selepas mengambil alih jawatan perdana menteri dan presiden Umno.
Najib juga berkemungkinan melantik ketua penerangan baru parti itu. Walaupun beberapa nama disebut sebagai calonnya, tetapi yang paling menonjol ialah naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bendahari agung Umno sekarang ialah Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyandang jawatan ketua penerangan.
Sumber itu juga berkata sekurang-kurangnya tiga negeri mungkin mempunyai ketua perhubungan baru iaitu Perlis, Perak dan Selangor.
Jawatan ketua penerangan Umno Perak kini disandang oleh Najib dan beliau dipercayai akan menyerahkan jawatan itu kepada, sama ada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Mohd Zambry Abdul Kadir atau timbalan ketua perhubungan negeri sekarang, Ahmad Zahid.
Juga disebut-sebut bahawa Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang menyandang jawatan Menteri Besar Perlis, mungkin dilantik ketua perhubungan baru bagi negeri itu, manakala Najib sendiri mungkin mengambil alih jawatan ketua perhubungan Umno Selangor.
Kini, jawatan ketua perhubungan Umno Perlis disandang Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala Muhammad, yang gagal dalam pertandingan bagi merebut jawatan naib presiden Umno baru-baru ini, mengetuai Selangor.
Muhammad, yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, tidak tersenarai dalam Kabinet baru pimpinan Najib.
Sementara itu, banyak pihak tidak sabar untuk mengetahui sama ada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang juga ketua perhubungan Umno negeri itu, akan mengekalkan jawatan berkenaan memandangkan beliau menghadapi masalah dengan beberapa pemimpin Umno negeri.
Najib juga dijangka mengumumkan nama 10 anggota Majlis Tertinggi Umno yang dilantik.
Ditanya Khamis tentang mesyuarat yang akan diadakan esok, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi butiran lanjut, selain mengesahkan bahawa barisan kepimpinan parti itu akan mengalami beberapa perubahan.
"Tunggu dan lihat sajalah nanti. Pasti akan ada perubahan," katanya sambil menambah bahawa langkah itu diambil bagi mengukuhkan Umno.
BERNAMA
MUHYIDDIN KALAHKAN MAT TAIB, DUA MENTERI TERKELUAR DARI SENARAI AHLI M.T UMNO

Keputusan Pemilihan UMNO 2008 telah diketahui.
Yang disangka kalah pada peringkat awal, bertukar nasib dan mampu mengalahkan pesaing masing-masing.
Yang pasti tak berapa lama lagi, akan muncul wajah menteri dan anggota kabinet yang baru.
Sama-sama kita tunggu siapa yang digugurkan dan siapa pula yang naik menjawat ketua kementerian dan portfolio tertentu.
Keputusan Pemilihan Umno 2008
Berikut adalah keputusan pemilihan Umno 2008.
PENGERUSI TETAP
DATUK PADUKA HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN ............... (2272 undi)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
DATUK HAJI MOHAMAD HAJI AZIZ ........................ (tanpa bertanding)
PRESIDEN
DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK..................... (tanpa bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN............................. (1575 undi)
NAIB PRESIDEN
1. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI..................... (1592 undi)
2. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN.................. (1515 undi)
3. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL......................... (1445 undi)
AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. DATUK MUSTAPA MOHAMED .............................. (2259 undi)
2. DATUK NOH OMAR ..................................... (2084 undi)
3. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN ...................... (2084 undi)
4. DATUK AZIAN OSMAN .................................. (2060 undi)
5. DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN .......................... (2054 undi)
6. DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED ........................ (1854 undi)
7. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB ..................... (1838 undi)
8. DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN ..................... (1804 undi)
9. DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR .......................... (1705 undi)
10. DR MOHD PUAD ZARKASHI .............................. (1700 undi)
11. DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN ........................ (1685 undi)
12. DATUK HAJI IDRIS HJ HARON .......................... (1658 undi)
13. DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD ..................... (1624 undi)
14. DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS ..................... (1622 undi)
15. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ........................... (1619 undi)
16. DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD ......................... (1611 undi)
17. DATUK SERI MAHDZIR KHALID........................... (1584 undi)
18. DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH ................... (1529 undi)
19. DATUK HAMZAH ZAINUDIN .............................. (1518 undi)
20. DATUK BUNG MOKTAR RADIN ............................ (1517 undi)
21. DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN ......................... (1481 undi)
22. DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ....................... (1431 undi)
23. DATUK AHMAD SHABERY CHEEK .......................... (1377 undi)
24. DATUK SERI IDRIS JUSOH ............................. (1275 undi)
25. DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM ...................... (1265 undi)
BERNAMA
Muhyiddin wins
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tonight beat another party veteran Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib for the Umno deputy presidency.
The win puts the 61-year-old Johor politician, who was first elected vice-president in 1993, in line for the post of deputy prime minister.
Muhyiddin, who is International Trade and Industry Minister, garnered 1,575 votes while the 63-year-old Muhammad, the affable party information chief, collected 916 votes. A total of 2,519 delegates voted.
The contest for the number two post was earlier a three-cornered one but Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam was sensationally barred by the disciplinary board for involvement in money politics by association a week ago.
The results were announced by Umno permanent chairman Tan Sri Onn Ismail at 10.40pm, to a crowd that had waited hours.
For the hotly-contested three vice-president posts, the victors were Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1,592 votes), Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (who had relinquished his Youth chief post) (1,515) and Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Shafie Apdal (1,445 ).
For Ahmad Zahid, it was a double celebration as it was his wedding anniversary. His wife shared his joy in the hall where the results were announced. They happily posed for photographs.
They beat five other contestants, namely Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar and former mentris besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad and Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
For the 25 supreme council posts, it was a crowded field of 49 contestants.
Of the eight cabinet ministers who contested, two did not make it. They were Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said and Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.
Azalina came under a graft probe by the Malaysian Anti-Corruption Council (MACC) days before the assembly started, and maintained that she should be considered innocent until she has been found guilty before a court of law. She has yet to be charged.
Those who won were Datuk Ahmad Shabery Cheek ((Information), Datuk Noh Omar (Entrepreneur and Coopeative Development), Datuk Mustapa Mohamed (Agriculture and Agro-based Industries), Datuk Mohd Zin Mohamed (Works), Datuk Shaziman Abu Mansor (Energy, Water and Communications) and Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Youth and Sports).
Of the five mentri besar who also vied for seats in the supreme council, only one was elected. He is Datuk Seri Musa Aman (Sabah)
sun2surf
