SPSB untuk "special project untuk special branch" UMNO.
BUKAN. SALAH.
SPSB ialah program memperkasakan UMNO dengan satu bulan satu program penerangan untuk setiap bulan bagi kesemua 191 UMNO Bahagian.
Diwujudkan 20 modul program merangkumi ceramah umum, ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web oleh Biro Penerangan Umno bagi setiap Ketua Penerangan Umno negeri.
SPSB Jadi KPI Biro Penerangan Umno
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Program Satu Bulan Satu Program Penerangan Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) akan menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) bagi Biro Penerangan Umno.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program bertujuan memperkasa jentera penerangan parti itu dijalankan di kesemua 191 bahagian bermula Ogos lepas.
"Laporan SPSB ini akan dimajukan kepada Majlis Tertinggi Umno sebagai KPI penerangan," katanya ketika melawat pusat operasi Bernama pada Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.
Program SPSB dilancarkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Melalui program itu, Ahmad berkata 20 modul program merangkumi ceramah umum, ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web itu dirangka Biro Penerangan Umno bagi setiap Ketua Penerangan Umno negeri.
Penetapan KPI adalah sebahagian usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagai parti teras dalam parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
-- BERNAMA
SATU BULAN SATU PROGRAM PENERANGAN SETIAP BULAN UNTUK SEMUA BAHAGIAN
UMNO PERLU WUJUDKAN PROPAGANDA PENERANGAN KATA SYED HAMID
Timbalan Menteri Dalam Negeri bermadah, "Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang".
Mungkin Pak Menteri Penerangan tanya balik" Maknanya kami tak buat kerja ke, tak cukup segala bentuk media yang kita dah pegang dan perlembu".
Mungkin Sambung Pak Menteri penerangan lagi " wayang Pacak dah on. Hendak apa lagi? Bloggerpun kita ada. Jean (jin) kot"
Zaman kereta lembu dulu rakyat macam tikus dan lembu. Kini mereka macam sang kanciil dan singa.
Barisan Nasional terutamanya Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata selain itu, strategi, integriti dan kredibiliti parti perlu ditingkatkan bagi menarik perhatian rakyat.
"Masalah kita adalah kita benarkan persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kita berpanjangan. Bila dah berakar umbi, lebih susah untuk kita keluar dari keadaan itu," katanya pada sidang media di Angkasapuri di sini.
Syed Hamid berkata pewujudan pasukan perang psikologi juga boleh mematangkan parti dan menangkis sebarang tanggapan negatif masyarakat terhadap parti.
"Apabila ada sesuatu yang berlaku mesti ada tindakan pantas yang akan menghilangkan dan meredakan persepsi yang salah terhadap kita.
"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya.
BERNAMA
