
Meningitis adalah sejenis penyakit radangan pada selaput sekeliling otak (BRAIN) dan saraf tunjang (SPINAL CORD). Ia boleh membawa kepada septisemia (keracunan darah) seterusnya kematian.
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitidis, pneumococcus, TB, virus dan lain-lain. Penyakit Meningitis berjangkit secara langsung menerusi titisan-rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.
Tanda-tanda dan Gejala
5 %– 10 % adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:
* Sakit kepala yang teruk
* Demam panas
* Loya
* Muntah
* Sakit tengkuk/ ketegangan bahagian leher
* Tidak boleh melihat cahaya
* Ruam
* Tanda-tanda lain seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion)
* Bayi dan kanak-kanak mempunyai tanda-tanda yang sedikit berbeza dan perlu disyakki bagi mereka yang demam panas. Sila rujuk gambar.
Komplikasi
Berlaku Kematian:
* 5 – 15 % kes yang menerima rawatan
* 50% tanpa rawatan
* 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh.
Pencegahan
Amalan kesihatan diri yang baik, mengelakkan kesesakan tempat tinggal atau tempat tidur serta ventilasi adalah cara pencegahan yang baik. Penyakit ini berjangkit melalui "close contact" dengan pesakit bukan menular melalui udara.
Pelalian seperti imunisasi ACWY (mencevax) untuk mencegah meningokokal meningitis yang diwajibkan bagi jemaah haji dan umrah, Hiberix bagi bayi dan kanak-kanak dan lain-lain.
Beberapa laporan dan insiden mengenai wabak meningitis
*Orang Ramai Jangan Panik Dengan Wabak Meningitis *Meningitis threat: 35 pupils skipped school *Meningitis: 42 Sedang Dirawat Di Hospital Melaka
*Meningitis: Bilangan Yang Dirawat Di Hospital Melaka Meningkat Kepada 46 Kes
Meningitis: 42 Sedang Dirawat Di Hospital Melaka
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Jumlah pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang dirawat di Hospital Melaka berikutan wabak disyaki meningitis ialah 42 orang, dan 9 daripada mereka dibenarkan pulang petang Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 46 kes yang dirawat semalam, lima telah dibenarkan pulang dan pada masa yang sama satu kemasukan baru dari akademi itu.
"Dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) telahpun pulih dan sekarang dirawat di wad isolasi," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata beliau telah melakukan lawatan ke Hospital Melaka dan Akademi JPJ berkenaan hari ini, dan mendapati aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedang dilaksanakan adalah baik dan teratur.
"Saya yakin dengan kerjasama daripada pihak pengurusan Akademi JPJ, langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang sedang dijalankan...kesemua kes (akan) pulih sepenuhnya," katanya.
Mohd Ismail berkata amalan kesihatan diri yang baik, mengelakkan kesesakan tempat tinggal atau tempat tidur, serta ventilasi yang baik adalah cara yang baik untuk mengelak jangkitan meningococal meningitis.
Katanya penduduk dan pelajar di sekitar Akademi JPJ Melaka tidak perlu risau akan risiko jangkitan penyakit ini, kerana ia tidak menular melalui udara.
"Seperti yang telah kami maklumkan, penyakit ini berjangkit melalui "close contact" dengan pesakit," katanya.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Meningitis: Bilangan Yang Dirawat Di Hospital Melaka Meningkat Kepada 46 Kes
PUTRAJAYA, 13 Mei (Bernama) -- Jumlah kes yang membabitkan pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka yang dirawat di Hospital Melaka berikutan wabak disyaki meningitis meningkat kepada 46 kes berbanding 38 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada jumlah itu, dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dijangka akan dikeluarkan daripada ICU esok dan baki 44 lagi di Wad Isolasi.
"Jumlah 44 orang yang diletakkan di wad isolasi adalah terdiri daripada 39 pelatih, seorang jurulatih, seorang wanita kontak kepada pelatih, dua orang pelatih juru x-ray dan seorang pelatih jururawat, " katanya di dalam kenyataan di sini Rabu.
Pada kejadian 4 Mei lalu, seorang pelatih Akademi JPJ itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka manakala tiga dimasukkan ke ICU dan 85 lagi terpaksa dikuarantin akibat meningitis.
Beliau berkata pasukan perubatan masih diletakkan sepenuh masa di akademi tersebut untuk mengawasi sejumlah 81 pelatih.
"Semua pelatih dan kontak mereka yang sedang dirawat adalah dimaklumkan sedang pulih dan seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini, langkah-langkah pencegahan dan kawalan ini akan diteruskan sehingga kesemua kes telah pulih sepenuhnya," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata infeksi meningococcal meningitis ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Neisseria meningitidis yang hanya manusia merupakan pembawanya dan jangkitan ini tidak sama atau mempunyai kaitan dengan Nipah encephalitis atau Influenza A (H1N1).
Sehubungan itu, katanya amalan kesihatan diri yang baik, mengelakkan kesesakan tempat tinggal atau tempat tidur serta ventilasi adalah cara pencegahan yang baik.
BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------
Orang Ramai Jangan Panik Dengan Wabak Meningitis
SEREMBAN, 14 Mei (Bernama) -- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar meminta orang ramai tidak panik tentang kematian seorang anggota polis di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, Khamis yang dikatakan akibat serangan Meningitis.
Katanya, siasatan sedang dijalankan untuk mempastikan sama ada kematian anggota itu akibat penyakit itu.
Beliau turut mengesahkan bahawa jenazah anggota polis terbabit sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada tanda serangan penyakit berbahaya seperti selesema babi di negeri ini buat masa sekarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya.
Negeri Sembilan dan seperti negeri-negeri lain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan beliau turut menasihatkan agensi keselamatan yang lain seperti bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengikuti prosedur yang dipersetujui di dalam Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPP).
Orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar heboh pagi tadi apabila mendapat tahu, seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia 'akibat jangkitan wabak Meningitis'.
Kekecohan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.
Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Dr Jaafar Che Mat ketika dihubungi Bernama tidak menolak kemungkinan mangsa suspek Meningitis.
Sementara itu seorang kakitangan hospital yang ditemui Bernama memberitahu, pemakaian topeng muka dan sarung tangan itu merupakan prosedur biasa untuk mengelakkan berlakunya kejadian jangkitan wabak itu ke atas dua kakitangan Hospital Melaka baru-baru ini.
BERNAMA
-----------------------------------------------------------------------------------
Meningitis threat: 35 pupils skipped school
by Kong See Hoh
MALACCA (May 14, 2009): The mask issue of the Chinese primary school in Tiang Dua went up a notch on Wednesday when 35 pupils skipped school a day after the education department banned them from covering up their mouths and noses.
A briefing by health officials to explained the meningitis outbreak at the Road Transport Department Academy located next to the school received lukewarm response from parents.
To placate the anger of parents, some of whom had also came to the school during recess to fetch their children, the department said it is now up to the pupils to decide whether they want to wear masks, the Chinese press reported today.
On Monday, the pupils of SRJK (C) Tiang Dua donned the masks distributed by the school board and parent-teacher association.
On Tuesday, the department raised the ire of parents with a ban on the mask in the school.
The same day, village head Chiang Kwang Woo threatened to call for a boycott of classes.
Although the school said it did not know yet why so many pupils skipped classes, it is learnt that many parents had decided not to send their children to school for safety and health reasons.
Some of the parents left with their children when, on arriving at the school, they were told of the department's directive.
Tiang Dua has 126 primary school pupils, 25 kindergarten pupils and 24 teachers.
With the school separated from the meningitis-hit RTD Academy by just a fence, many parents believe they have reasons to fear for the safety of their children who are attending classes in the school.
Contacted by the press on Wednesday evening, state education director Isa Abu said, "It is up to the parents if they insist that their children wear the face masks".
He explained that the department had earlier issued the directive to avoid causing panic among the public.
The department felt that there was no need for pupils to wear the mask after being given an assurance that meningitis is not air-bourne and would not spread from the academy to the school.
"Why should the pupils wear masks if there is no meningitis threat? (Because) If they do, it would give public the wrong impression that the situation is very serious. "But since parents want their children to wear masks, (I) leave it to them," he said.
Earlier, health officials also assured a dozen parents at the briefing that there is no danger of the meningitis epidemic spreading from the academy to the school.
They said pupils were not encouraged to wear masks but should not be stopped from doing so if that would lessen the fear their parents had.
sun2surf
MENINGITIS MENJANGKITI PARA JEMAAH HAJI, PENGHUNI ASRAMA DAN SESIAPA SAJA
KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT PERLU NAFAS BARU

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kempen gaya hidup sihat, yang dilancarkan pada awal 90-an walaupun membabitkan jutaan ringgit, gagal menyampaikan mesej dengan berkesan kepada orang ramai perihal penyakit seperti obesiti-kegemukan( 30% rakyat Malaysia dalam kategori gemuk), kencing manis dan serangan jantung (kadar 141 bagi setiap 100,000 penduduk).
Memorandum Kabinet Mengenai Gaya Hidup Sihat Dirangka
Kementerian Kesihatan akan menyediakan satu memorandum Kabinet, memohon kerjasama agensi dan jabatan kementerian yang berkaitan, untuk memastikan rakyat Malaysia lebih peka akan kesihatan dan melakukan perubahan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata usaha bersepadu oleh semua agensi kerajaan yang berkaitan diperlukan bagi memerangi kes kegemukan dan obesiti yang semakin banyak di negara ini, satu masalah yang membawa kepada penyakit kencing manis dan masalah berkaitan jantung.
Bercakap pada satu sidang akhbar selepas melancarkan mesyuarat saintifik ke-13 Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia di sini pada Jumaat, Dr Ismail berkata kempen gaya hidup sihat, yang dilancarkan pada awal 90-an dan membabitkan jutaan ringgit, dilihat tidak berupaya menyampaikan mesej dengan berkesan kepada orang ramai.
"Jadi, di mana silapnya? Adakah kerana mereka tidak memahami mesej yang disampaikan? Adakah terlalu sukar mengubah tingkah laku seseorang? Atau kerana mereka dikelilingi satu suasana yang tidak menggalakkkan mereka untuk mengamalkan tabiat hidup sihat?
"Bagi orang ramai melakukan senaman mereka mesti mempunyai kemudahan. Jika kita pergi ke negara-negara barat, mereka mempunyai taman-taman, lorong pejalan kaki, mempunyai laluan khusus untuk orang berjoging, berbasikal. Kita tidak mempunyai kemudahan sedemikian, setiap ruang yang ada kita akan gunakan untuk membuat perkara lain," katanya.
Dr Ismail berkata kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak berkepentingan mesti
mencari jalan bagi menggalakkan orang ramai bersenam memandangkan kajian yang dilakukan mendapati 30 peratus rakyat Malaysia gemuk.
Dalam ucapannya, Dr Ismail berkata Laporan Pendaftar Sindrom Serangan Jantung Akut (ACS) pada 2006 mendapati daripada sejumlah 31,186 kemasukan ke 73 unit penjagaan koronari (CCU) di Malaysia, 12,534 adalah kerana ACS.
Nisbah kemasukan ACS adalah 47.1 bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia pada 2006 dengan anggaran mereka yang menghidap serangan sakit jantung di Malaysia adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia.
Bagi memerangi gejala yang membimbangkan ini, selain kempen Gaya Hidup Sihat, kementerian akan menggunakan dan membangunkan teknologi dan teknik berkaitan jantung di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta, katanya.
BERNAMA
KONDOM BUKAN PENYELESAI MASALAH AIDS


Since becoming pope four years ago, Benedict has stressed that the church is on the front lines of the battle against AIDS; with the Vatican encouraging sexual abstinence as the way to stop the disease from spreading.
Sejak dilantik sebagai Pope 4 tahun yang lalu, Benedict
menegaskan bahawa pihak Gereja sentiasa berada di hadapan dalam menghadapi peperangan melawan AIDS;
Vatican menyeru agar hubungan seksual bebas TIDAK diamalkan bagi menyekat menularnya AIDS. (Bukan dengan memberi CONDOM percuma di lorong-lorong gelap atau di kaunter resepsi hotel 5 bintang- komen penulis).
Statistik AIDS di negara kita amat membimbangkan. Pergaulan bebas yang mengarah kepada hubungan seks rambang serta hubungan homoseks di kalangan remaja dan dewasa mungkin dilihat sebagai kebebasan individu yang dilihat di luar konteks hidup bermasyarakat.
Hidup bermasyarakat perlu kepada peraturan dan moral demi menjaga kesejahteraan majoriti dan kelangsungan sistem kekeluargaan. Puak yang ingin hidup bebas seperti burung atau haiwan yang melata perlu mencipta koloni atau meneroka pulau yang belum dihuni manusia.
Di sana, jika mereka sakit dan saling jangkit menjangkiti AIDS di kalangan mereka itu cerita atau masalah sampingan yang mereka sendiri akan selesaikan tanpa melibatkan majoriti anggota masyarakat. Jika semua anggota koloni AIDS ini mati, maka mereka akan pupus begitu sahaja tanpa menyusahkan mereka yang ingin hidup menurut norma masyarakat.
Ada orang akan berhujah mengatakan gay, penkid, lesbian serta penagih dadah juga rakyat negara ini dan ada yang membayar cukai. Lihat di bawah berapa banyak kos yang perlu ditanggung oleh rakyat keseluruhannya untuk membiayai rawatan AIDS.
Seorang meninggal akibat AIDS setiap hari
Dewan Rakyat hari ini diberitahu pada setiap hari terdapat tiga rakyat negara ini disahkan positif HIV dan seorang didapati meninggal dunia akibat AIDS .
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abd Latif Ahmad berkata jumlah purata itu adalah berdasarkan kes positif HIV terkumpul yang sudah mencapai 80,000 kes setahun.
Sejak 2003, katanya, kementerian mendapati kes positif HIV menurun daripada 27 peratus bagi setiap 100,000 penduduk menjadi 17 peratus menjelang 2008.
“Oleh yang demikian, usaha-usaha bagi memastikan penyakit ini tidak menjadi ancaman kepada negara termasuk melaksanakan Pelan Strategik Kebangsaan (NSP) mengenai AIDS 2006-2010.
“Sebahagian daripada program yang dilaksanakan ialah pencegahan, kawalan, rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pihak yang menghidap HIV,” katanya.
Abd Latif menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) yang ingin tahu langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengekang merebaknya penyakit AIDS dan HIV daripada 80 ribu tahun lepas.
Beliau berkata pelbagai program membasmi HIV/AIDS digerakkan oleh kerajaan termasuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS dan Jawatankuasa Membanteras Dadah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk program khususnya bagi mengurangkan kemudaratan bermula 2006 hingga 2010.
Bernama
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pope: Condoms aren’t solution to AIDS; they make it worse
FROM CNN’s Jack Cafferty:
It’s time for the Catholic Church to enter the 21st century; or at least try to drag itself out of the 13th. On his first trip to Africa, Pope Benedict XVI said condoms are not a solution to the AIDS epidemic; rather, they make it worse.
Pope Benedict XVI believes condoms hinder the AIDS crisis.
In his first public comments on condom use, the pope told reporters that AIDS “is a tragedy that cannot be overcome by money alone, and that cannot be overcome through the distribution of condoms, which even aggravates the problems.” Huh?
Since becoming pope four years ago, Benedict has stressed that the church is on the front lines of the battle against AIDS; with the Vatican encouraging sexual abstinence as the way to stop the disease from spreading.
Obviously that message hasn’t delivered the desired results in Africa where parts of the continent have been ravaged by AIDS. Not to mention right here in our nation’s capital: a new report shows three percent of Washington D.C.’s residents have HIV or AIDS. That translates to almost 3,000 people for every 100,000 population. That figure represents a “severe epidemic.” One health official says Washington’s rates are higher than parts of West Africa — and “on par with Uganda and some parts of Kenya.”
Taxpayer Contributes 3K per addict per month
Aids menjangkiti Lapisan Normal
A.I.D.S.
Kadar AIDs di kalangan Wanita 16 Peratus
Excerpts On AIDS pandemics
STEROID BAHAN UTAMA DALAM JAMU
Jamu yang kononnya dapat menyembuhkan serta mengembalikan ‘dara’ kepada wanita, memulihkan penyakit lumpuh, menguatkan syahwat lelaki dan pelbagai jenis penyakit gatal serta lenguh tulang kini berada di pasaran. Dapatkan segera contoh untuk dilaporkan kepada Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Beg Berkunci No. 924,
Jalan Sultan Post Office,
46790 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7968 2200
Fax : 03-7968 2222
Jamu reput tulang
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah dikecapi dalam tempoh singkat membongkar kegiatan licik seorang saudagar jamu yang mendakwa menggunakan ‘periuk ajaib’ untuk memasak pelbagai ubat-ubatan tradisional dicampur dengan pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk steroid.
Lelaki berusia 40-an itu sebelum ini memperdaya orang ramai kononnya menggunakan resipi warisan turun-temurun untuk menghasilkan pelbagai jamu tradisional seperti mengembalikan ‘dara’ kepada wanita, memulihkan penyakit lumpuh, menguatkan syahwat lelaki dan pelbagai jenis penyakit gatal serta lenguh tulang.
Bagaimanapun, siasatan pegawai Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan mendapati dia menambah steroid dalam jumlah banyak pada pil atau kapsul jamu dihasilkan.
Lebih menakutkan, kapsul dan pil jamu yang boleh menyebabkan tulang rapuh itu kini dijual hampir di seluruh negara pada harga antara RM12 hingga RM20 sebotol. Read More “STEROID BAHAN UTAMA DALAM JAMU” »»
