Insiden perahu naga terbalik ini boleh dianggap kecuaian yang terburuk melibatkan pelajar sekolah selepas tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober tahun lalu.
Perahu terbalik: PAS ucap takziah
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa perahu naga yang terbalik di Pulau Pinang pada hari Ahad, 17 Januari baru-baru ini.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan beliau hari ini.
Insiden malang ini menyebabkan negara kehilangan enam warganegara muda melibatkan seorang guru berusia 20 tahun, Chin Ai Fang dan lima pelajar dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Air Itam-Jason Ch’ng, Chin Aik Siang, Cheah Zi Jun, Koh Yizhiang dan Brandon Yeoh. Daripada 18 orang yang menaiki perahu naga tersebut, hanya 12 orang sahaja yang dapat diselamatkan.
Pastinya tragedi ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa dan pelajar-pelajar lain, katanya.
Bagi beliau, insiden ini boleh dianggap kecuaian yang terburuk melibatkan pelajar sekolah selepas tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober tahun lalu.
"PAS mahu punca tragedi ini disiasat dan meminta Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memberikan pampasan kepada keluarga mangsa kerana gagal mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya," katanya.
Penggunaan jaket keselamatan adalah perkara wajib bagi aktiviti sukan khususnya yang melibatkan kawasan laut dan sungai. Maka adalah tidak wajar, pihak sekolah memandang remeh perkara ini hingga menyebabkan enam nyawa terkorban, katanya.
PAS, katanya, berharap agar pihak Kementerian mengambil iktibar dan dapat memastikan setiap sekolah dinegara ini mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang sewajarnya sebelum membawa mana-mana pelajar mereka menyertai aktiviti didalam atau diluar Sekolah.
"Penggunaan surat pelepasan tanggungjawab pada masa kini dilihat sudah tidak releven kerana pihak sekolah wajar bertanggungjawab termasuk memberikan jaminan insurans terhadap sebarang insiden yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan," katanya.
Menurut Idris, adalah menjadi tanggungjawab pihak Sekolah untuk memastikan setiap pelajar mereka dapat kembali dengan selamat ke pangkuan Keluarga masing-masing selepas menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Harakahdaily /sun2surf foto
TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA
MEMBESARKAN ANAK PERLU KEWASPADAAN, BERHEMAH, KETERBUKAAN DAN DOA

Ucapan Takziah kepada keluarga Akbar Ali-Shahita Banu dan Puan Letchemey (seorang ibu tunggal) yang masing-masing ditimpa musibah anak mati lemas seperti dilaporkan dalam Metro keluaran 26/01/09.
Sebagai renungan kita bersama, mendidik, memelihara, membesar dan menyekolahkan anak adalah proses-proses yang antara lain perlu ilmu, kesabaran, hemah yang tinggi, sifat cemburu, darjah kewaspadan yang tinggi dan memerlukan banyak doa memohon keselamatan serta kejayan anak-anak.
Menasihati anak-anak (bukan berleter) serta mengingatkan mereka tentang keselamatan diri amatlah penting. Pulang ke rumah pada larut malam atau pergi ke kedai seorang diri pada malam hari untuk seorang pelajar perempuan belasan tahun mempunyai risiko yang amat tinggi. Terdapat anak-anak gadis yang kurang "matang" dalam aspek menjaga keselamatan dan maruah diri.
Anak-anak lelaki tingkatan empat dibelikan motosikal baru sebagai hadiah PMR, terlibat dengan perlumbaan haram atau menunggang tanpa lesen memandu atau topi keledar dan akhirnya maut pada suatu kemalangan jalan raya, siapa yang harus dipersalahkan.
Sifat anak-anak kecil yang suka meneroka dan mencuba perlu dikekang atau dipantau sepanjang masa. Ceritakan pada mereka keburukan dan natijah yang boleh menimpa jika melakukan sesuatu seperti bermain mercun atau cuba "terbang" seperti cicakman atau spiderman.
Akhir sekali, ingatlah anakmu dalam doamu.
Tragedi cuti kali keempat
Keluarga ini sudah tiga kali berkunjung ke Pulau Besar dekat sini untuk bercuti, namun lawatan keempat kelmarin membawa tragedi menyayatkan hati-Asiq, 7 dan Firdaus, tiga tahun setengah ditemui lemas di kolam takungan sedalam dua meter di pulau berkenaan.
Shahita Banu dan suaminya, seorang pemandu teksi, Akbar Ali Habib Rahmatulah Khan, 34, yang menetap di Taman Chempaka, Ampang, Selangor, berkunjung ke Pulau Besar bersama empat anaknya, datuk serta nenek mereka dan seorang saudara lelaki.
‘Ombak besar pukul kami’
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang lemas ialah Nettiah Sunthiramogan, 17, adik perempuannya, Prasanah, 16, adik lelaki, Ganeswaran, 10, manakala seorang lagi anak lelaki keluarga itu, S Gopi, 14, masih hilang.
“Kami sampai di pantai kira-kira jam 11.10 pagi. Selepas berehat sebentar, kami berlima bermain air di tepi pantai. Bagaimanapun, tiba-tiba ombak datang menyebabkan mereka hanyut dan saya sempat memegang tangan Gopi serta Ganeswaran dan berdiri di atas batu.
Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata tiga mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian selepas 45 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sementara itu, Letchemey yang juga ibu tunggal, sukar menerima hakikat tiga daripada empat anaknya meninggal dunia.
Sumber Harian Metro Online
