Pray For MH370

Pray For MH370

USTAZ HADI MENANG TANPA BERTANDING

Ust Hadi telah mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan jawatan. Beliau juga telah menjawab surat tawaran yang dihantar. Tahniah, semoga ALlah membantu dalam melaksanakan amanah dan mampu memimpin ummah ke mercu kejayaan duniawi ukhrawi.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat pula, seramai 86 calon layak bertanding. Jawatankuasa itu menawarkan 24 kekosongan termasuk enam yang dilantik.



6 Mei, 2009 19:35 PM

Hadi Menang Tanpa Bertanding Jawatan Presiden Pas


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan itu bagi penggal 2009-2011.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Mustafa Ali yang membuat perisytiharan itu hari Sabtu berkata kemenangan Abdul Hadi itu berikutan ketiadaan pencabar untuk jawatan itu.

"Beliau (Hadi) telah mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan jawatan. Beliau juga telah menjawab surat tawaran yang dihantar," katanya dalam sidang media ketika mengumumkan senarai calon yang layak bertanding dalam pemilihan muktamar tahunan PAS ke-55, di Pejabat Agung PAS di sini.

Katanya tarikh tutup untuk setiap kawasan membuat pencalonan bagi pemilihan muktamar parti itu ialah 8 Mei lepas.

Beliau berkata daripada 176 kawasan di seluruh negara, hanya 137 kawasan yang menghantar pencalonan manakala selebihnya tidak berbuat demikian.

"Yang menghantar (keputusan) pencalonan hanya 137 kawasan. Kenapa? Boleh jadi ada sebahagian kawasan itu bermesyuarat lewat daripada 8 Mei ataupun boleh jadi dia bermesyuarat dulu dia tak hantar keputusan atas apa-apa sebab yang kita tak tahu," katanya.

Mustafa berkata berdasarkan pada 137 pencalonan itu, jawatan Timbalan Presiden layak ditandingi oleh lima calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Empat lagi ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dua Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Bagi tiga jawatan Naib Presiden, 16 layak bertanding termasuk tiga penyandang jawatan itu iaitu Husam, Mohamad Sabu dan Ahmad Awang.

Antara lain yang layak bertanding ialah Azizan, Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan Mahfuz Omar, Nasharudin, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Katanya dalam sejarah PAS, ini merupakan jumlah paling ramai bertanding jawatan Naib Presiden.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat pula, seramai 86 calon layak bertanding. Jawatankuasa itu menawarkan 24 kekosongan termasuk enam yang dilantik.

"Kesemua yang layak kita telah hantarkan surat tawaran dan mereka perlu menjawab selewat-lewatnya 25 Mei ini. Bagi yang tidak menjawab surat tawaran itu dianggap tidak berminat (bertanding)," katanya.

Mustafa berkata parti itu akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding jawatan tertinggi PAS itu pada 26 Mei ini.

Muktamar PAS kali ke-55 dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, pada 3 hingga 7 Jun ini.

BERNAMA

Comments :

2 comments to “USTAZ HADI MENANG TANPA BERTANDING”
Unknown said...
on 

Menurut Mustafa, sehingga tarikh tutup menghantar pencalonan sebanyak 137 kawasan daripada 176 kawasan telah menyerahkan senarai pencalonan mereka.

Baki 39 kawasan yang lain gagal menghantar senarai pencalonan mereka atau gagal mengadakan mesyuarat agung sebelum tarikh tutup pencalonan yang telah ditetapkan.

Seramai 125 calon layak bertanding jawatan-jawatan utama dalam parti.

Setiap calon perlu mendapatkan dua pencalonan bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Calon-calon yang layak juga telah dihantar surat menyatakan jumlah pencalonan diterima dan perlu menjawab surat tersebut sama ada akan bertanding atau menarik diri.

Tarikh tutup membalas surat tersebut pada 25 Mei nanti.

Mustafa juga menjelaskan calon-calon yang menarik diri selepas bersetuju untuk bertanding, nama mereka akan tetap dicetak dikertas undi.

"Jumlah pencalonan kali ini merupakan terbanyak berbanding pemilihan yang diadakan sebelum ini," jelas beliau.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap sebanyak dua calon layak bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap enam calon layak bertanding.

Ustaz Abu Kassim Abdullah dan Hussain Ismail merupakan calon yang layak bertanding jawatan Pengerusi tetap.

Hussain turut dicalonkan untuk jawatan timbalan pengerusi tetap bersama Ishak Surin, Misbahul Munir Masduki, Nasuruddin Daud, Tengku Puji Tengku Hamid dan Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah.

"Bagi kedua-dua jawatan ini hanya seorang bakal terpilih bila perwakilan membuat undian nanti," jelas Mustafa.

Lima orang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Empat calon lain untuk jawatan timbalan presiden terdiri daripada Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato' Dr Haron Din.

Husam, Mohamad Sabu, Nasharuddin dan Azizan turut menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden bersama 12 calon lain.

12 calon tersebut terdiri daripada Salahuddin Ayob, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Awang, Dato' Ustaz Harun Taib, Dato' Dr Hassan Mohd Ali, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Kamaruddin Jaffar, Dato' Mohd Amar Abdullah, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

Tiga orang daripada 16 calon ini bakal menduduki kerusi Naib Presiden bagi penggal 2009 ke 2011.

Seramai 86 orang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dimana 10 daripada mereka terdiri daripada calon wanita.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Saleh antara yang dicalonkan untuk jawatan tersebut selain Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud. sumber: harakahdaily

Hasrin Bin Abdul said...
on 

Adakah PAS akan terus jadi parti Mat Jenin??

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com