Pray For MH370

Pray For MH370

IPT MESTI JAGA KUALITI IJAZAH TERMASUK PEMBERIAN IJAZAH KEHORMAT

Sila semak balik ijazah individu tertentu seperti Ketua Putera UMNO dan yang seumpama
dengannnya, terutama sekali yang bergelar Dr PhD.

‘IPT mesti jaga kualiti ijazah’


SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam bertitah baginda tidak mahu ada warga negara Malaysia memiliki ijazah murahan, tidak diiktiraf dan diperoleh dengan cara yang tidak sah berikutan ia satu perbuatan tidak bermaruah.

Baginda bertitah, jika perkara itu berlaku dan tidak dibendung, ia akan menjadikan rakyat negara ini secara keseluruhan masyarakat yang palsu dan tidak bermaruah.

“Justeru, beta sarankan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan semua universiti bertindak untuk menjamin kualiti, pengiktirafan dan integriti setiap ijazah yang mereka anugerahkan.

“Di samping itu, kita juga mesti pantau dengan ketat dan teliti, mana-mana individu yang datang membawa ijazah mereka sebagai bahan untuk mendapat pekerjaan di tempat kita. Kita mesti pastikan ijazahnya adalah tulen dan diiktiraf,” titah baginda pada pembukaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-71 di Dewan Sri Budiman, di sini, semalam.

Tuanku Mizan yang juga Canselor UiTM, bertitah baginda pasti pencapaian yang diraikan pada konvokesyen itu adalah satu kejayaan yang tulen, hasil daripada usaha, titik peluh dan kebijaksanaan mahasiswa serta yakin diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran yang dikeluarkan oleh UiTM adalah tulen.

Seramai 21,128 graduan bakal menerima diploma, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda dan sarjana serta ijazah doktor falsafah masing-masing dalam majlis konvokesyen yang berlangsung mulai semalam hingga 27 Oktober ini.

Pada sesi pertama semalam, baginda berkenan menyampaikan ijazah kepada seramai 418 penerima doktor kehormat, ijazah doktor falsafah, sarjana dan penerima anugerah pingat, yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Musa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kerajaan dan Politik.

Turut menerima ijazah sarjana daripada Tuanku Mizan semalam, anak sulung Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan iaitu Mohd Rashid Azhari, 34.

Mohd Rashid Azhari yang kini bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat juruperunding, Prokhas Sdn Bhd, menerima ijazah Sarjana Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan, selepas dua tahun menuntut secara separuh masa di UiTM.

Musa yang ditemui selepas majlis konvokesyen ditangguhkan, berkata beliau bersyukur kepada Allah dengan kejayaan anaknya itu.

Ditanya sama ada beliau menggalakkan anaknya menceburi bidang kepolisan, Musa berkata, beliau sememangnya tidak menggalakkan anak-anaknya menjadi polis dan semua empat orang anaknya memilih jurusan berlainan iaitu perubatan dan kejuruteraan.

Sementara itu, penerima Anugerah Pingat Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, Nik Muammar Bahari, 24, yang memperoleh Nilai Purata Gred Keseluruhan (CGPA) 3.88, berkata beliau terpilih untuk bekerja dengan sebuah syarikat grafik berpangkalan di Hong Kong, Graphia International Limited, selepas Pengarah Urusan syarikat antarabangsa itu, Dave Osborne, tertarik dengan hasil kerja tahun akhirnya.

"Saya memang berminat dalam bidang ini. Saya mula bekerja dengan Graphia pada 12 Julai dan berpangkalan selama dua bulan sebelum terbabit dengan projek merangka pelan induk kebangsaan bagi negara Qatar 2032. Kini, saya bekerja di Doha, Qatar," katanya.

Ibu Nik Muammar, Rakiah Abang, 54, berkata beliau terharu dan gembira dengan kejayaan anak sulung daripada dua beradik itu.

Ibu tunggal itu membesarkan Nik Muammar dan adiknya Nik Mohd Suhaily, 22, sendirian termasuk membawa mereka menetap di luar negara ketika beliau ditempatkan di Geneva dan bekerja dengan Perutusan Tetap Malaysia ke Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

"Saya pernah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun ketika di Geneva bagi membolehkan kedua-dua anak saya menamatkan pelajaran mereka di sekolah di sana," katanya.

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my

Comments :

0 comments to “IPT MESTI JAGA KUALITI IJAZAH TERMASUK PEMBERIAN IJAZAH KEHORMAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com