SPSB untuk "special project untuk special branch" UMNO.
BUKAN. SALAH.
SPSB ialah program memperkasakan UMNO dengan satu bulan satu program penerangan untuk setiap bulan bagi kesemua 191 UMNO Bahagian.
Diwujudkan 20 modul program merangkumi ceramah umum, ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web oleh Biro Penerangan Umno bagi setiap Ketua Penerangan Umno negeri.
SPSB Jadi KPI Biro Penerangan Umno
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Program Satu Bulan Satu Program Penerangan Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) akan menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) bagi Biro Penerangan Umno.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program bertujuan memperkasa jentera penerangan parti itu dijalankan di kesemua 191 bahagian bermula Ogos lepas.
"Laporan SPSB ini akan dimajukan kepada Majlis Tertinggi Umno sebagai KPI penerangan," katanya ketika melawat pusat operasi Bernama pada Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.
Program SPSB dilancarkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Melalui program itu, Ahmad berkata 20 modul program merangkumi ceramah umum, ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web itu dirangka Biro Penerangan Umno bagi setiap Ketua Penerangan Umno negeri.
Penetapan KPI adalah sebahagian usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagai parti teras dalam parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
-- BERNAMA
SATU BULAN SATU PROGRAM PENERANGAN SETIAP BULAN UNTUK SEMUA BAHAGIAN
Labels:
Penerangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment