Pray For MH370

Pray For MH370

ISHAK ISMAIL SELIT SINDIRAN DALAM UCAPAN DI PAU 2009

Bekas ADUN Lenggeng Negeri Sembilan Datuk Ishak Ismail merupakan seorang ALUMNI Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah lulusan Sekolah Izzuddin Shah Ipoh yang mana sekolah mereka berjiran di Jalan Harimau (Tiger Lane ) Ipoh.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam, Datuk Ishak membuat beberapa sindiran tajam yang hanya difahami oleh mereka yang "berfikir".

Beberapa laporan Malaysiakini dan sun2surf perihal ucapan Datuk Ishak Ismail yang lucu tetapi penuh bermakna.

*
Serangan Balas Terhadap Ishak Daripada Pemimpin Tertinggi Umno

*VCD ucapan Ishak usik Najib laris

*kisah lucu dan cerita jenaka

Serangan Balas Terhadap Ishak Daripada Pemimpin Tertinggi Umno

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Seremban Datu
k Ishak Ismail hari Jumaat mendapat serangan balas daripada pemimpin tertinggi Umno dalam ucapan penggulungan mereka pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2009.

Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan masing-masing bertindak membetulkan salah faham yang mungkin timbul mengenai diri mereka akibat kenyataan Ishak semalam semasa membahas usul ucapan dasar Presiden.

Ahmad Zahid di penghujung ucapan penggulungannya secara berseloroh berkata kebanyakan cerita mengenai Presiden Umno dan juga dirinya oleh Ishak adalah "tipu".

"Datuk Ishak Ismail cukup gian selepas 18 tahun tidak diizinkan oleh Perhubungan Umno Negeri Sembilan (untuk berucap pada perhimpunan agung Umno). Memang patut Datuk Ishak tidak dibenarkan berucap sebab siapa pun menjadi Menteri Besar (Negeri Sembilan) memang kena tibai.

"Dia pernah jadi exco Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Pemuda Negeri Sembilan itu pun sebab saya sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib, sayalah yang recommend (menyokong jawatan) Datuk Ishak," katanya.

"Dulu masa kursus Wira Waja bukan berani sangat ni, sekarang ini nampak macam hero. Dulu memang dia duduk satu dormitori dengan Datuk Seri Najib ketika Datuk Seri Najib jadi Ketua Pemuda, saya pun duduk satu dormitori tapi apa yang dia cerita semua tipu.

"(Mengenai) cerita bunyi bom tu bukan Datuk Seri Najib yang takut dia yang takut," katanya dan turut menafikan dakwaan Ishak yang beliau berhutang dengan Ishak.

"Di Wira Jaya, dia kata saya hutang duit dia RM100 semasa bersekolah dulu, di Dewan Merdeka dia kata saya hutang two zero dollar. Ishak aku tak ambil duit kau Ishak tapi kalau tak malu ambil RM20 ini," katanya dengan disambut gelak ketawa oleh para perwakilan.

"Datuk Ishak jangan ambil kesempatan dalam kesempitan. Jangan cakap pasal peluru orang kalau peluru sendiri pun tak seimbang," kataya dengan senyuman dan menambah, "Datuk Ishak lain kali jangan kata orang, ini kali giliran saya untuk bercakap Datuk Ishak".

Najib turut membetulkan "cerita" yang dibawa oleh Ishak mengenainya dengan berkata tiada siapa yang boleh mengawal (control) Ishak kecuali beliau seorang sahaja kerana beliau telah mengenali Ishak lebih dari 25 tahun.

Perdana Menteri berkata beliau hendak bagi mesej tetapi dalam mengolah cerita itu perlu ditapis supaya rakyat dapat mesej sebenarnya.

"(Ini adalah kerana) ada yang betul dan ada yang bida'ah," katanya dan menambah cerita mengenai kejadian bom itu betul bagaimanapun cerita mengenai peluru itu tidak benar.

"Tapi ceritanya, kalau nak jadi pemimpin benda itu (peluru itu) mesti ada pada kita, maknanya pemimpin yang berani, itu cerita sebenarnya," katanya dan menambah: "You will always be my friend...forever".

-- BERNAMA

==================================================================================
VCD ucapan Ishak usik Najib laris

Cakera padat video (VCD) ucapan wakil Negeri Sembilan Datuk Ishak Ismail pada perhimpunan agung Umno 2009 begitu laris dijual seperti pisang goreng panas pada hari terakhir perhimpunan itu di Kuala Lumpur hari ini.
===================================================================
kisah lucu dan cerita jenaka

Dewan Merdeka riuh rendah dengan gelak ketawa para perwakilan yang mendengar ucapan pemimpin veteran Umno dari Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail, yang bukan sahaja penuh jenaka tetapi juga tebal dengan sindirin terhadap pemimpin parti.

Dalam ucapannya, bekas ADUN Lenggeng itu menjelaskan mengapa beliau menyokong "musuh politiknya" Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad lalu.

Katanya, sewaktu Isa menjadi menteri besar, mereka pernah bertengkar di dewan DUN sehingga mereka saling gelar-menggelar.

Ishak berkata, beliau masih ingat betapa Isa marahkannya sehingga menggelarnya 'sakai', tetapi beliau pula menggelar Isa 'lanun'.

"Dia gelar saya sakai, saya tengok dia, kecil mata saya... Mana saya tidak sokong, sakai dah sokong lanun," katanya disambut gelak ketawa perwakilan.

"Saya sokong Isa, (kerana) apabila digantung (keahlian), beliau tidak pernah meragam, tidak pernah mengugut untuk keluar parti, dia jaga kawasan, dia hebat," katanya.

Ishak juga berkata, Isa juga seorang yang berani sewaktu beliau bersamanya berceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Ijok dua tahun lalu.

Kencing dalam stadium

Aksi Ishak berucap itu juga menyebabkan barisan pucuk pimpinan Umno di atas pentas, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak kering gusi.

Pemimpin veteran itu menceritakan pengalaman yang pernah kencing di sebuah stadium di London ketika beliau sedang menuntut di sana tahun 1970-an.

Katanya, beliau berbuat demikian kerana tidak tahan untuk membuang air kecil, ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Liverpool dengan Leeds United.

Dewan gamat apabila Ishak turut menggayakan cara dia membuang air kecil, yang didakwanya terkena penonton kulit putih di bawah.

"Orang Melayu kencing orang putih... lepas itu saya rasa punggung saya basah. Rupa-rupanya, orang di atas kencing dekat saya," katanya, sekali menggamatkan dewan.

Menurut Ishak lagi, beliau juga pernah bertumbuk dengan seorang pelajar Singapura di London kerana didakwa memburuk-burukkan perdana menteri waktu itu Tun Abdul Razak yang melawat China.

Beliau cuba menyatakan perkara itu kepada orang Umno di sana, tetapi tiada tindakan diambil, menyebabkan beliau tidak suka kepada Umno, selepas kejadian tersebut di Malaysia Hall.

Bertumbuk di London

"Mereka tidak berani mangambil tindakan kepada pelajar tersebut. Lepas itu saya tumbuk pelajar itu di dahinya. Selepas itu, saya tidak dibenarkan lagi masuk ke Malaysia Hall lagi," katanya, disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Ishak juga turut berkongsi pengalamannya bersama Najib dan beberapa orang rakannya di suatu malam sewaktu presiden Umno menjadi ketua Pemuda.

Katanya, pada malam tersebut, terdengar satu letupan kuat sehingga mengejutkan mereka dan Najib kemudian berkata kepadanya: "Hak, apa kita nak buat. Saya kata, raba telur you".

"Saya tanya, ada Datuk? Dia jawab, ada Hak," katanya, diikuti dewan yang gamat dengan gelak ketawa perwakilan.

Manakala Najib pula kelihatan tersipu-sipu malu sambil menunjukkan tangannya ke arah Ishak.

Beliau sekali lagi menggamatkan dewan apabila berkata beliau berbuat demikian kerana mengetahui Najib bakal menjadi perdana menteri.

"Apa guna jadi perdana menteri kalau telur tidak ada," katanya dan dewan sekali lagi riuh.

Ishak juga memberi petua kepada perwakilan cara hendak mengenal seseorang suami yang takutkan isteri daripada caranya bertepuk tangan.

Secara berseloroh, beliau berkata, lelaki yang bertepuk dengan tangan kiri di atas, ia menunjukkan seseorang yang takutkan bini.


VCDs of Negri Sembilan rep's speech selling like hot cakes


KUALA LUMPUR (Oct 16, 2009): Video compact discs (VCD) of the speech made by Negeri Sembilan representative Datuk Ishak Ismail at the Umno General Assembly are selling like hot cakes at the last day of the assembly today.

Ishak, who debated party president Datuk Seri Najib Tun Razak's policy speech yesterday, had the delegates and leaders in stitches with his jokes and funny anecdotes.

Almost 1,000 copies of the VCD, produced by Syarikat AML Technology Sdn Bhd, had been sold so far, at RM10 each.

AML Technology staff Syawal Mahmud said the company had to increase the production of VCDs as the demand for them was high.

"As far as I'm concerned, this is the hottest selling VCDs at the Umno General Assembly this year," he told Bernama.

On Thursday, as the hall was dozing off after lunch, Ishak, who last debated 18 years ago, brought the house down with his off-the-cuff speech peppered with personal jokes at the expense of party leaders.

Among his "targets" were Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin and vice-president Dr Ahmad Zahid Hamidi, who were holding their bellies with laughter.

In his Negri Sembilan dialect, Ishak recounted his many encounters with various ministers throughout their service in Umno, including an incident in an army camp where Najib was shaken by a loud explosion.

He also shared how Zahid’s English was so poor in his younger days that he said "two zero dollars" instead of "twenty dollars".

Even in his colourful rapid-fire speech, Ishak sent an important message to the leaders, addressing the urgent need for the top leaders to lend a hand to those at the grassroots. He made light of the situation, but the message was clear and it was taken well.

"I understand that leaders have heavy responsibilities at their level but they must also remember that their responsibilities are for the people. Thus, what is the point of leadership if they just leave all the work to the branch leaders?" he told the audience who reacted with loud cheers and claps.

He urged Umno leaders to provide support to those at the lower levels such as divisions and branches, not by words of encouragement alone, but to also show their commitment by being present at branch-level activities.

He also said there should not be any separation within the Malay community, stressing on the need for Umno to be one in order to defeat the Opposition.

According to him, some political secretaries tended to behave as though they were bigger than their bosses. For example, securing a meeting with the leaders could take up to a month.

He said the amount of red tape in meeting the leaders has become a barrier between them and the people. He said if even members who hold posts in the party have difficulty meeting their superiors, what more the ordinary folk.

Apart from Ishak's speech, Najib's policy speech, Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin's maiden speech at the opening of Wanita, Youth and Puteri

general assemblies, as well as other significant speeches recorded at the assembly were also produced and put on sale.

sun2surf

Comments :

0 comments to “ISHAK ISMAIL SELIT SINDIRAN DALAM UCAPAN DI PAU 2009”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com