Pray For MH370

Pray For MH370

MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN KATA ADUN BANGI

Dalam arena politik Machiavelli, "matlamat menghalalkan cara" memang cocok dan sinonim dengan parti politik bernama UMNO/Barisan Nasional.

Sejarah di Terengganu, Kelantan dan terbaru di Perak menunjukkan tanpa sebarang keraguan bahawa tali barut, kroni serta konco-konco UMNO di pejabat kerajaan negeri, pusat, agensi kerajaan negeri serta GLC-anak syarikat kerajaan negeri memainkan peranan yang cukup berkesan dan memiliki impak yang amat tinggi.


Wujud dilema dalam sebarang pentadbiran yang mana jenteranya tidak setia, amanah serta bertanggungjawab.

Perlukah "reshuffling" atau "transfer exercise" dalam jabatan atau anak syarikat yang kritikal di peringkat kerajaan negeri?

Opsyen ini sebenarnya tidak timbul jika semua kakitangan kerajaan memiliki sifat-sifat mahmudah dan mengyahkan sifat-sifat mazmumah dalam diri masing-masing.


Oleh kerana pentingnya seorang penjawat awam mempunyai serta mengamalkan akhlak Islamiyah, maka mahu tidak mahu, secepat mungkin, tanpa dolak dalik mereka wajiblah menjalani "kursus ulangkaji" bagi yang telah lupa dan "kursus asas" bagi yang belum pernah terdedah dengan konsep penting seperti akauntability, integriti, kepemimpinan dan "ihsan" sebagai contoh.

'People centric' bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat

Pelaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan negeri Selangor mempunyai matlamat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Menurut Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi organisasi parti memang sudah dibenarkan tetapi BN mengambil pendekatan 'people centric'.

Saya fikir mungkin jenama BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat sebab itu mereka berusaha mencari cara lain untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya ketika menyokong usul Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San.

Katanya, sekarang BN melibatkan SPRM yang sepatutnya menjadi suruhanjaya bebas dan bersifat berkecuali.

"Saya lihat usaha BN yang menggunakan SPRM telah menjatuhkan kerajaan negeri Perak dan tindakan ini akan dilakukan di negeri Selangor," dakwanya.

Menurut beliau, berhubung pemberian lembu pada hari raya Aidiladha di masjid Bandar Tun Razak dan penyelenggaran kereta Lexus Menteri Besar, BN telah menjadikan isu itu sebagai landasan utama mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor.

Beliau berharap kerajaan negeri Selangor berhati-hati serta menyiasat kemungkinan wujudnya elemen 'musuh dalam selimut' di jabatan kerajaan khususnya pejabat Menteri Besar.

"Apakah tindakan Menteri Besar untuk mengesan musuh yang berjaya membongkar rahsia jabatan ke luar dan mereka selesa bekerja dengan Ketua yang lepas," katanya.

Taman Templer (BN), Dato' Subhan Kamal mencelah mengatakan kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat konon telah melakukan kerja dengan baik dan tidak perlu takut dengan penubuhan 'people centric' kerana ia merupakan satu cara BN membantu rakyat.

Beliau berkata, jika benar kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan tanggungjawab yang terbaik sudah pasti dalam pilihan raya akan datang memperolehi kemenangan.

Saidah Hairan/lanh/ HARAKAHDAILY

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Pembantu pejabat bebas tuduhan pecah amanah soalan CLP
13/03/2009 11:47am

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu pejabat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun serta sekali sebatan atas tuduhan pecah amanah membabitkan soalan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) pada 2001.

Pesuruhjaya Kehakiman, Zainal Azman Ab. Aziz memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Ramli Md. Mokhtar.

Keputusan itu dibuat antara lain disebabkan kegagalan pihak pendakwaan memanggil setiausaha CLP, Datuk Abdul Wahab Said Ahmad ketika itu (kini sudah meninggal dunia) sebagai saksi untuk mengesahkan kertas soalan peperiksaan CLP terbabit. - Utusan

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com