Pray For MH370

Pray For MH370

AHLI UMNO SERTA PARTI MEREKA PERLUKAN OVERHAUL

"Hapuskan politik wang, jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini" sebagai kata-kata hikmah dari bakal PM.

Oleh kerana UMNO sebuah parti sekular yang majoriti ahlinya beragama Islam, jalan keluar dari kemelut yang berlaku dalam UMNO ialah dengan "transformasi (metamorphosis) , rebuild dan reengineering bukan rebranding dan bukan juga repositioning"


Isi penting Ucapan Perasmian DS Najib di PAU pada 24 Mac 2009 di PWTC

1. UMNO perlu mengubah cara ia menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.


2. Ahli UMNO perlu berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).

3. UMNO perlu mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.


4. Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

5. UMNO perlu menawan imaginasi golongan umur 17 hingga 23 tahun dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.


Umno Mesti Berubah Jika Tidak Mahu Rebah, Kata Najib


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini mengajak seluruh anggota Umno untuk bersama-sama melakukan transformasi ke atas parti itu secara menyeluruh bagi membolehkannya kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, beliau memberi amaran parti itu akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan.

"Berubahlah, jika tidak, kita rebah", kata beliau yang bakal mengambil alih teraju Umno dan kerajaan, dalam nada dan wajah serius di hadapan lebih 2,300 perwakilan ketiga-tiga sayap Umno itu, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Ketika menyampaikan ucapan bertema "Menakhoda Zaman", Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.

Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi.

"Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

"Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi.

"Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa" katanya. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Mengenai soal pendidikan dan pengkaderan, beliau berkata kursus-kusus politik secara terancang berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps, perlu diadakan untuk mengukuhkan nilai murni perjuangan selain melatih anggota parti menjadi pemimpin yang mulia.

"Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman yang secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti.

"Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu untuk kekal lestari.

"Mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).

"Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

Najib turut meminta para perwakilan yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan parti pada Khamis ini supaya memilih satu pasukan pimpinan yang ampuh dan padu.

"Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi." katanya.

Beliau berkata Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

Umno, kata Najib, harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat.

"Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang.

"Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan," katanya.

Sambil menegaskan bahayanya gejala rasuah, Najib berkata: "Kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan 'beri salah, tidak beri kalah'.

"Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi... Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

"Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini," katanya.

Selain itu, Najib juga bercakap mengenai tanggapan umum bahawa aspirasi Umno adalah berbeza dengan aspirasi massa.

"Bagi mereka, cita rasa Umno bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang Umno janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti.

"Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak.

"Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sesebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?," katanya dalam ucapan lebih sejam yang mengupas pelbagai isu.

Najib juga berkata Umno perlu membuka pintunya seluas mungkin kepada orang Melayu memandangkan bukan semua orang Melayu menjadi anggota parti itu.

"Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya.

"Umno akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli Umno berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui Umno," katanya.

Lantas, Najib mengingatkan para perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu bahawa tugas mereka tahun ini adalah "yang paling berat dalam sejarah " Umno.

"Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah'" katanya.

Tetapi, menurut Najib, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu.

"Sebab itulah mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga.

"Oleh sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar menjadi benci dan terus tidak peduli".

Menyingkap sejarah perjuangan Umno, Najib berkata Umno ternyata mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan.

Katanya, telah terbukti juga Umno adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia.

"Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja.

"Hakikatnya, Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman," kata Najib.

Beliau juga mengingatkan anggota Umno supaya berpijak di bumi nyata kerana lanskap politik negara telah berubah sama sekali.

"Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari dengan tuntutan zaman. kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam," katanya.

Umno, kata Najib, juga tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda, kerana parti itu bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka.

Pada masa ini 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus pada 2020.

"Janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “AHLI UMNO SERTA PARTI MEREKA PERLUKAN OVERHAUL”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com