Pray For MH370

Pray For MH370

MINUMAN RINGAN & GARAM UNTUK KANAK-KANAK

Menurut satu kajian yang dibuat di United Kingdom terhadap 1,600 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara empat(4) hingga 18 tahun selama tempoh tujuh hari mendapati kanak-kanak yang menerima diet rendah garam , minum kurang cecair. Juga, jika satu gram garam dikurangkan daripada diet harian mereka , pengambilan cecair mereka berkurangan sehingga 100 gram sehari. Menurut Dr Feng J. He, pengkaji utama, dari St. George 's Hospital Universiti London, minuman ringan merupakan sumber kalori (tenaga) yang penting di kalangan kanak-kanak. Jadi, pengambilan minuman ringan dikaitkan dengan obesiti (kegemukan) di kalangan muda mudi.

Kajian di atas juga mendapati jika kanak-kanak mengurangkan separuh pengambilan garam harian mereka (purata 3 gram sehari), jumlah minuman ringan yang diambil berkurangan sebanyak dua dan pengambilan kalori berkurangan sehingga 250 kcal seminggu. Ini sekaligus mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) dan obesiti. Kedua-dua faktor ini iaitu hipertensi dan obesiti merupakan faktor risiko untuk strok (angin ahmar) dan serangan jantung ("heart attack").

Kesimpulan/rumusan dari kajian di atas:

  • Kantin sekolah hendaklah lebih peka tentang bahaya makanan segera seperti kentang goreng ("chips", "printzel", "french fries"), keropok leko, keropok udang , kerepek, coklat, gula-gula dalam apa jua bentuk dan pembungkusan.

  • Kantin sekolah juga hendaklah peka tentang bahaya minuman ringan dan bergas seperti coke, sprite dan lain-lain jenama.

  • Pengetua, PIBG dan Pengusaha Kantin sekolah hendaklah mencari alternatif lain selain daripada penjualan dua kategori makanan serta minuman di atas.

  • Ibu bapa, ahli keluarga serta guru-guru hendaklah peka tentang bahaya jangka panjang pengambilan minuman ringan dan makanan segera yang dikaitkan dengan kandungan garam serta kalori yang berlebihan.

  • Ibu bapa, ahli keluarga serta guru-guru hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak dalam hal pemakanan.

  • Ibu bapa hendaklah menyediakan pemakanan (menu) yang seimbang bagi setiap sajian yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, air dan buah-buahan serta sayur-sayuran yang menjadi punca utama vitamin serta serat (serabut).

  • Pengusaha Makanan Segera hendaklah menunaikan tanggung jawab sosial mereka kepada masyarakat dengan mengurangkan kandungan garam dari menu atau makanan yang dijual. Contohnya, kentang goreng hendaklah dikurangkan kandungan garam secara saintifik. Penambahan garam kepada kentang yang baru digoreng hendaklah disukat atau ditentukan secara saintifik dan bukan hanya dengan merenjis atau menuang garam halus dari bekasnya seperti yang biasa kita lihat di MacD atau KFC.

  • Pihak Kerajaan hendaklah memantau kandungan garam dan gula dalam makanan serta minuman segera. Ketepatan 'Fakta Nutrisi atau maklumat pemakanan"yang tertera di paket atau bungkusan hendaklah dikenalpasti. Sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat pemakanan setelah kajian/siasatan makmal dibuat, tindakan sewajarnya hendaklah diambil.

  • Pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan hendaklah mempunyai kakitangan terlatih yang mencukupi untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan.

  • Pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Penerangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hendaklah memastikan produk makanan dan minuman menepati piawaian sebelum pengiklanannya di media cetak serta eletronik.

  • Persatuan-persatuan pengguna serta NGO (badan bukan kerajaan) yang lain hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam menyedarkan rakyat tentang bahaya makanan segera dan minuman ringan serta mengambil pendekatan mendesak kerajaan (pressure group) jika terdapat pengabaian tanggung jawab mana-mana pihak berwajib.

Comments :

0 comments to “MINUMAN RINGAN & GARAM UNTUK KANAK-KANAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com