Pray For MH370

Pray For MH370

PISANG MENJEJAKI SUFIAH AGAR TIDAK BERBUAH BERKALI-KALI

Izinkan saya memberi sedikit ulasan tentang usaha PISANG yang murni ini. Syabas dan tahniah. Semoga berjaya. Saya telah memberi komentar kes Sufiah pada post bertarikh 04/03/08 dan 01/04/08 di bawah tajuk "Ratu Hadhari's Fatwa: Sounds Familiar" dan "Penyakit berjangkit di Malaysia pada 2006" dan sekali lagi pada 08 April 2008 bertajuk " Lakukanlah jika anda tidak malu". Di UK, kita ada MSD (Jabatan Pelajar Malaysia) dan ribuan pelajar peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah. Ada yang sudah beranak-penak di UK. Terdapat penduduk tetap orang Melayu yang telah bermustautin di sana. Kalau tak silap ingatan saya, ibu Sufiah merupakan bekas pensyarah UTM Skudai.

Juga jika tidak silap, Sufiah pernah dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi memilih untuk tidak pulang ke Malaysia dan menetap di sana. Beberapa tahun yang lalu, hangat diperkatakan kononnya Sufiah telah "diculik" dan ada yang mengatakan beliau lari dari rumah. Pada awal bulanMac apabila kisah Sufiah meletup, beliau diberitakan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf tetapi bercerai. Setelah bercerailah bermula segala-galanya.

Menurut dua orang anak saya dan seorang menantu yang menuntut di UK dan Eireland kisah Sufiah tidaklah begitu berprofil tinggi kerana masih ramai lagi "budak" Melayu yang dah hanyut dan lupa daratan belajar di Oxford , Cambridge, London dan sebagainya. Di UK, "syiar" Islam sudah sedia "terbilang dan gemilang". Yang menjadi masalah ialah "syariat" Islam. Di sana masjid, musolla, wanita berpurdah, lelaki berserban berjubah dan sebagainya adalah perkara biasa. Tok syeikh Ikhwanul Muslimuun, para hafiz dan sekolah Islam cukup banyak.

PISANG, walaupun apa ada pada nama, saya fikir memang nak cari publisiti murahan. Maaf jika tersilap jangkaan. Walauapapun, teruskan usaha. Jikalau kita memiliki sumber terhad, kita harus bertindak menurut keutamaan, dahulukan yang penting dan segera serta mudah dan murah. Yang di hadapan mata kita utamakan dahulu. Agak berbeza jika PISANG ada agenda lain. Allah sahaja yang Mengetahui.

Khidmat rawatan Islam dapat sambutan

Sumber: MyMetro

KUALA LUMPUR: Adakah kejayaan Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) bertentang mata dengan Sufiah Yusof satu petanda bekas pelajar pintar itu mampu diselamatkan untuk kembali ke pangkal jalan?

Inilah soalan yang kini bermain di fikiran orang ramai, dan apabila soalan serupa diajukan kepada Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, jawapan diberinya penuh berdiplomatik.

“Insya-Allah, semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Yang penting, kita kena bertawakal iaitu berusaha dan berdoa kepada Allah.

“Mudah-mudahan dengan doa seluruh masyarakat Islam yang menyokong usaha kami, Sufiah boleh kita selamatkan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Harian Metro kelmarin melaporkan, Pengerusi Pisang, Hamidi Abdul Rahman, yang juga Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (UK) berkata, pihaknya berjaya berjumpa dengan Sufiah di satu lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.

Menurut Hamidi, dalam pertemuan itu Sufiah memberitahu, dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkan segala tawaran Pisang bagi mengeluarkannya daripada kancah pelacuran dan dia juga meletakkan syarat, iaitu bapanya, Farooq Yusof, 51, tidak boleh dibabitkan dalam apa jua urusan berkaitan.

Sementara itu, Hanafi juga menegaskan, jika ditakdirkan Allah bahawa Pisang tidak mampu membawa Sufiah kembali ke pangkal jalan, pihaknya tidak menganggap kehadiran mereka di London sebagai sia-sia atau pembaziran.

“Sebenarnya kami datang ke sini (London) bermatlamat serampang tiga mata. Pertama, untuk mencari dan membawa Sufiah kembali ke pangkal jalan, kedua memberi sokongan dan bantuan moral kepada ibu serta adik beradik Sufiah dan ketiga berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di UK.

“Oleh itu, jika misi pertama kami (menyelamatkan Sufiah) ditakdirkan tidak berjaya, kami tetap bersyukur kerana dua lagi misi lain berjaya dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Hanafi berkata, dalam pertemuan dengan ibu Sufiah, Halimahton Yusof, 52, pada 23 April lalu, wanita berasal dari Muar, Johor itu sungguh gembira dan berbesar hati dengan kehadiran rombongan Pisang.

“Dia dan keluarganya bersendirian dalam menghadapi tohmahan serta pandangan serong masyarakat sekeliling. Kami memberinya semangat dan menawarkan apa jua bantuan yang dia perlukan.

“Dia sungguh gembira serta berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya,” katanya.

Hanafi berkata, selain itu selama ada di London sejak 22 April lalu, Pisang berkesempatan membuka bilik operasi dengan menggunakan pejabat Persatuan Melayu UK di Oxford untuk menjalankan kaedah perubatan Islam kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

“Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sungguh memberangsangkan. Bukan saja orang Islam atau saudara baru, tetapi golongan bukan Islam turut datang untuk mendapatkan kepakaran kami dan kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya untuk berdakwah serta menyebarkan risalah Islam kepada mereka.

“Kami juga sempat bertukar-tukar pendapat dengan pihak perubatan tempatan di Oxford untuk merawat pesakit psikiatrik, mental dan skizofenia, selain dijemput berceramah dan menyampaikan tazkirah pada golongan yang baru memeluk Islam,” katanya.

Menurut Hanafi, hasil maklum balas diterima, Pisang menerima banyak jemputan, termasuk ke Belanda dan Australia yang dijadualkan pada Julai depan.

“Oleh itu, adalah tidak tepat jika ada pihak berpendapat misi kami ke London gagal atau sia-sia kerana banyak manfaat lain yang kami peroleh, terutama dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat bukan Islam,” katanya.


Peristiwa bagai dirancang

Oleh TUAN ASRI TUAN HUSSEIN
asri@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Apabila sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) atau Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam, bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, daripada kancah pelacuran, maklum balas berbeza diterima daripada pelbagai pihak.

Ada yang menyokong dan ada juga menentang. Bagi yang menentang, alasan diberi ialah mengapa kita rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Sufiah, sedangkan ramai lagi ‘Sufiah’ di Malaysia tidak pernah diberi perhatian.

Turut dipersoalkan ialah kewarganegaraan Sufiah, 23, kerana wanita itu secara rasminya bukan warga Malaysia tapi cuma emaknya, Halimahton Yusof berasal dari Malaysia.

Begitupun, anggota Pisang, Hanafi Abdul Malek, yang ada di London sejak 22 April lalu dalam misi menyelamatkan Sufiah, meminta masyarakat Melayu Islam di Malaysia berpandangan lebih jauh dan jangan mudah membuat tuduhan melulu.

“Sebenarnya ini bukan sekadar soal seorang gadis bernama Sufiah, tapi ia soal Islam yang dihina dan diperlekehkan. Bagi saya, apa yang berlaku ke atas Sufiah adalah agenda terancang pihak Barat untuk menjatuhkan maruah Islam.

“Kita juga tidak sepatutnya dengan mudah menyalahkan ibu Sufiah, kononnya dia tidak pandai menjaga anak.

“Hakikatnya, apa yang berlaku ke atas ibu Sufiah juga boleh berlaku ke atas ibu lain di Malaysia, biarpun anak mereka tidak ada di London,” katanya melalui e-mel kepada Metro Ahad.

Berikut adalah kandungan penuh e-mel Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) untuk renungan masyarakat Melayu Islam di Malaysia:

“Assalamualaikum. Saya sekarang ada di United Kingdom (UK) bersama rakan, Trimizi Zainal dan Nor Azian Ab Rahman yang bekerjasama dengan Persatuan Melayu UK dalam usaha mencari dan menyelamatkan Sufiah.

Kami lakukan ini kerana menjalankan tanggungjawab yang Allah perintahkan kepada umat Islam, apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu ubah dengan tangan (kuasa), lidah (lisan) dan hati (paling lemah).

Apa yang kita buat bila kita dengar kes Sufiah. Kita marah, kita maki, kita sedih dan kita hina, tapi apa yang kita buat? Kita hanya membuat hukuman pada perkara yang tak pasti.

Salah didik anaklah, salah itulah, salah inilah, macamlah kita tak ada salah. Mungkin betul, mungkin salah, mungkin berdosa, tapi jangan kita maki sebelum kita doa. Jangan kita hina sebelum kita cuba lakukan sesuatu.

Salahkah, berdosakah kalau kita buat solat hajat dan kita berdoa. Ingat, Allah itu adil. Hari ini kita kata pada orang. Esok bila Allah uji kita, baru tahu tinggi rendahnya langit.

Buat pengetahuan semua, saya sudah bertemu emak Sufiah, seorang ibu yang menitikberatkan soal agama dan sangat pengasih.

Dia kini kesedihan dan tertekan dengan pihak tertentu yang sentiasa berusaha mencari kelemahan yang boleh memalukan orang Islam.

Masyarakat di UK yang majoritinya bukan Islam sentiasa memandang sinis dan ketawa bila isu Sufiah heboh di UK. Pernahkah kita terfikir betapa hancur hati ibu Sufiah?

Selepas suami dituduh melakukan gangguan seks dan dijatuhi hukuman, tiga hari kemudian terpampang pula berita dan gambar Sufiah menjadi pelacur di dalam akhbar.

Semuanya bagai dirancang dan diatur. Bayangkan betapa hancur hatinya (Halimahton). Ibu mana sanggup melihat anaknya berbogel dan digelar pelacur.

Selain itu, mana ada pelacur bangga dengan kerjanya dan ditemuramah pula dalam TV.

Di UK punyalah ada banyak pelacur dan ramai juga yang lebih cantik daripada Sufiah, tapi kenapa mereka tawar Sufiah beribu-ribu pound untuk ditemuramah? Apa sebabnya? Bagi saya, sebab Sufiah orang Islam dan keluarganya juga Islam.

Kita perlu sedar, musuh Islam memang suka tengok orang Islam jadi pelacur dan pengganas. Kalau boleh, orang Islam yang genius semua mereka nak jadikan pelacur.

Kami dari Pisang cuba sedaya upaya untuk memastikan supaya Sufiah kembali ke pangkal jalan dan kami akan berusaha segala yang terdaya untuk memastikan semua pelajar Melayu di sini tidak menjadi seperti Sufiah.

Saya akui ramai lagi kes macam Sufiah di Malaysia, tapi di Malaysia ramai orang Islam, ada jabatan agama Islam, ada kerajaan Islam dan ada negara Islam. Saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu.

Namun keluarga Sufiah di sini (UK) diserang dari segenap penjuru dengan pelbagai sindiran dan tohmahan. Mereka bersendirian menghadapinya, oleh itu kami datang untuk membantunya.

Permintaan saya bagi pihak Pisang, doakan kami dan doakan Sufiah. Buatlah solat hajat, tak berdosa kalau kita berusaha menolongnya. Jangan pemalas dan usah sombong. Sekian, terima kasih.”

Comments :

4 comments to “PISANG MENJEJAKI SUFIAH AGAR TIDAK BERBUAH BERKALI-KALI”
Faizal said...
on 

Assalamualaikum Dr,

1. Walaupun PRU 12 telah lama berlalu, saya harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah diatas kemenangan Dr, dan tahniah keatas PKR-DAP-PAS atas kemenangan bersejarah.

2. Saya ingin membuat temujanji dengan Dr, ada nombor telefon atau person in charge yang boleh saya hubungi?

Jutaan Terimakasih

Faizal

Unknown said...
on 

Salam. Terima kasih. Sila hubungi PA saya Hj Azmi di talian 03-55192167, bangunan SUK tkt 12.

Faizal said...
on 

Salam Dr.

Jutaan jutaan terimakasih atas kesudian Dr. untuk melapangkan masa dan menunaikan permintaan saya.

Akan saya hubungi Tuan Hj Azmi dengan kadar segara.

Sekali lagi, terimakasih.

Faizal said...
on 

Salam Dr. Halimah & Tuan Haji Azmi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga diatas kesudian Tuan Hj Azmi yang menelefon saya kembali untuk mengaturkan temujanji dengan Dr Halimah.

Ingin saya katakan disini bahawa saya teramat kagum dan terasa amat berbesar hati apa bila seorang PA kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, sanggup menelefon saya kembali, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Terimakasih, terimakasih, terimakasih, terimakasih, terimaksih, terimakasih ......

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com