Pray For MH370

Pray For MH370

MPOWER STRATEGY FROM WHO: TO PREVENT DEATH

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, World Health organisation) sedang mempromosi dan mengalakkan negara ahli untuk mengguna pakai strategi yang diformulasikan bagi mencegah kematian yang tak sepatutnya berlaku disebabkan oleh tabiat merokok selewat-lewatnya tahun 2030. MPOWER strategi adalah akronim kepada "monitoring tobacco use and prevention policies, protecting people from tobacco smoke, offering help to quit tobacco use, warning about the dangers of tobacco, enforcing bans on tobacco advertising, promotion and sponsorship and raising tobacco taxes." Dengan kata lain, MPOWER bermaksud memantau penggunaan tembakau dan polisi pencegahan, melindungi orang ramai dari bahaya asap rokok, menawarkan bantuan untuk berhenti merokok, amaran tentang bahaya merokok, menguatkuasakan pengaharaman tentang pengiklanan rokok, promosi dan penganjuran untuk menaikkan cukai rokok.

Menurut WHO, menaikkan cukai tembakau merupakan satu strategi yang paling berkesan di kebanyakan negara kerana ini membekalkan dana yang lestari bagi melaksanakan dan menguatkuasakan MPOWER strategi. Dr Margaret Chan selaku Ketua Pengarah WHO, menegaskan bahawa setiap negara perlu meningkatkan usaha membenteras tabiat merokok dan strategi yang dicadangkan (MPOWER) boleh dilaksanakan sama ada negara miskin atau kaya.Dalam laporan WHO berjudul " Epidemik Merokok Global" , Dr Chan menyebut bahawa hanya 5% penduduk dunia tinggal di negara yang menguatkuasakan langkah-langkah mengurangkan kadar merokok di kalangan penduduknya.

Laporan tersebut juga menyebut tentang bagaimana kerajaan-kerajaan di negara dalam dunia ini mengutip 500 kali ganda cukai berbanding jumlah yang digunakan untuk program pencegahan merokok. Yang paling malang ialah 80% daripada 8 juta kematian yang dikaitkan dengan merokok dijangkakan berlaku di negara sedang membangun menjelang tahun 2030. Ini berpunca dari perubahan strategi syarikat rokok yang mensasarkan muda mudi di negara dunia ketiga terutama wanita .

Di negara kita, syarikat utama pembuat rokok ialah JTI (Japan Tobacco International) dan BAT (British American Tobacco) yang mana kedua-duanya adalah syarikat multinasional. Kerajaan kita mendapati amat mudah untuk mengaudit pengeluaran dan eksport rokok kerana pegawai Jabatan Kastam hanya perlu memeriksa dan mengesahkan lori dan kontena yang keluar dari kilang syarikat rokok dan selanjutnya mengutip cukai darinya.

Comments :

0 comments to “MPOWER STRATEGY FROM WHO: TO PREVENT DEATH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com