Pray For MH370

Pray For MH370

MEMBABI BUTA TANPA RASIONAL: babi mengancam penduduk tempatan

Tiba-tiba Kg Tumbuk dalam Majlis Perbandaran Kuala Langat dan terletak dalam Kawasan Parlimen Sepang semakin menjadi masyhur dan terbilang. Heboh di dada akhbar bahawa bilangan khinzir akan mengatasi bilangan penduduk tempatan. Populasi udang geragau dan ikan kian pupus. Pokok bakau juga dijangka musnah. Bau busuk akan menghalau pelancong asing. Industri homestay menjadi mangsa. Penyakit JE seperti yang pernah berlaku di Bukit Pelandok Negeri Sembilan pada tahun 1999 dikhuatiri akan berulang. Lantaran itu berdemolah kira-kira 200 orang penduduk dari kampung berkenaan dan sekitarnya di hadapan bangunan SUK Shah Alam tanpa insiden semburan cecair/gas, yang mana sebelum ini mungkin mereka kurang peka dengan "nasib" mereka tetapi setelah BN/UMNO ditumbangkan di Selangor khususnya, mereka mula bangkit dari tidur mereka, mungkin dikejutkan oleh pihak-pihak tertentu.
------------------------------------------------------------------------------------------------


Mari kita kaji secara ilmiah penternakan khinzir di Selangor dengan merujuk kepada lokasi, kepadatan penduduk di kawasan berkenaan, taburan penduduk mengikut kaum, pekerjaan tradisional penduduk, lokasi alternatif untuk penternakan dan aspek penting yang lain.
Difahamkan, ada kira-kira 400,000 ekor babi diternak di seluruh Selangor dengan lebih kurang 300,000 di Tanjung Sepat, Sepang. Terdapat sebanyak 137 ladang ternakan khinzir dicatatkan di Selangor, keempat tertinggi selepas Penang (227 ladang), Perak (152 ladang) dan Kelantan (151 ladang). Kawasan berkenaan mempunyai penduduk seramai kira-kira 86,000 orang. Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Sepang adalah di antara daerah di persisiran pantai barat Selangor yang kepadatan penduduknya agak rendah. Jika perbandingan dibuat antara Klang dan Kuala Langat, kita akan dapati Klang mempunyai 1034 orang penduduk per kilometer persegi walhal Kuala Langat hanya mempunyai 218 orang penduduk bagi setiap kilometer persegi. Ini bermakna banyak lagi tanah-tanah kosong untuk tujuan pertanian dan lain-lain projek.

Sila rujuk carta di bawah untuk perbandingan ketumpatan penduduk dan komposisi kaum. Kedua-dua daerah, Klang dan kuala Langat memiliki penduduk melayu seramai 49%, kaum Tionghua 31% dan India 15%, selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain. Oleh kerana ketumpatan penduduk di Kuala Langat agak rendah dengan keluasan kawasan yang tinggi, tidak timbul kesesakan dalam masa terdekat. Suatu tapak yang jauh dari penduduk Melayu/Muslim boleh diwartakan bagi tujuan penternakan khinzir secara moden dan memiliki prasarana yang lengkap, tidak mengangu gugat sentimen hatta kedudukan orang Melayu dan bebas dari pencemaran.













Sektor pekerjaan Di Daerah Klang dan Kuala Langat:

Sector Klang (%)

Kuala Langat (%)

Agricultural and forestry 3.3 23.3
Mining and quarrying

0.2

1.0
Construction

6.1

5.6
Manufacturing 38.2 31.6
Utility (Electricity, gas and water) 0.8 0.3
Wholesale and retail trade, Restaurant and Hotel 13.3 10.2
Transportation, Storage and Business Services 8.9 5.2
Finance, Real Estate and Insurance 4.2 1.4
Government services 18.7 17.8
Other services 6.3 3.6

Dengan jelasnya , jadual di atas menunjukkan sektor pertanian dan pembalakan merupakan sektor utama pekerjaan penduduk di daerah Kuala Langat. Dari maklumat ketumpatan penduduk dan sektor pekerjaan tradisi penduduk, kita dapati daerah Kuala langat memang sesuai untuk ternakan khinzir kerana 31% penduduknya berketurunan Tionghua serta pekerjaan tradisi mereka adalah dalam sektor pertanian. Ada pihak yang mencadangkan Pulau Ketam sebagai lokasi alternatif bagi tujuan ternakan khinzir. Memang Pulau Ketam memiliki majoriti penduduknya kaum Tionghua tetapi pekerjaan mereka turun temurun ialah menangkap ikan dan bukan ternakan khinzir. Kalau ada ternakanpun ialah ternakan ikan dalam sangkar.
Sesiapa yang pernah berkunjung ke Pulau Ketam pasti akan dapat mengesahkan bahawa penduduk di sana hidup di atas air (bagan) dan tidak mempunyai tanah yang sesuai bagi tujuan di atas. Kos pengangkutan dan lain-lain perlu diambil kira.

http://www.selangor.gov.my/imageupload/Peta_Mukim_Negeri_Selangor-23Jul2006-064727.jpg










APA KATA PAKAR PENGURUSAN KHINZIR DARI PARTI MCA (sumber Siasah)
KUALA LUMPUR, 10 April: Langkah kerajaan negeri Selangor untuk memusatkan penternakan babi disokong sepenuhnya oleh seorang pakar pengurusan penternakan babi dari Negeri Sembilan, namun beliau meminta mereka berhati-hati dalam melaksanakannya.

Yap Ah Ping, bekas Adun MCA dari Jimah, Negeri Sembilan (1974 - 1986) mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam menguruskan penternakan babi. Namun pengalaman ngeri wabak JE yang melanda Bukit Pelanduk pada tahun 1999 sehingga mengorbankan 136 manusia masih segar dalam ingatan beliau.

"Semuanya bagi saya bermula dengan kerakusan manusia, masalah rasuah dan tamak haloba dalam melaksanakan sistem penternakan yang baik," kata Yap kepada Siasah.

Beliau mula menyedari masalah bakal dihadapi oleh rakyat Negeri Sembilan ekoran penternakan babi yang merata-rata tanpa mengikut peraturan alam sekitar yang baik sejak pertengahan 1980an lagi.

"Ekoran itu, saya bagi pihak kerajaan negeri Sembilan telah mengetuai satu jawatankuasa peringkat negeri dan berjaya membuat satu undang-undang bernama Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi 1980 iaitu undang-undang No 9, 1980.


"Ia bertujuan untuk mengumpulkan penternak babi dalam satu kawasan sahaja
agar ia dapat dikawal dengan baik," kata Yap.

Melalui enakmen itu, kerajaan telah mengambil alih sebuah estet seluas 1520 ekar untuk dijadikan ladang babi berpusat ini. Tanah seluas 2045 ekar lagi milik penternak tradisional juga dimasuk ke kawasan ini.

Kawasan ini akan dijual semula mengikut keperluan setiap penternak iaitu tiga ekar setiap satu.

Inilah mulanya masalah apabila rasuah, tamak dan penyalahgunaan kuasa berlaku.



APA KATA SAHIBUS SAMAAH DATO' MUFTI SELANGOR DAN MUFTI PERLIS



SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini dinasihati agar tidak terlalu emosi, sebaliknya bertolak ansur berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok di Sepang bernilai RM100 juta.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang babi tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek penternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat memandangkan kawasan tersebut telah menjadi tapak utama ladang babi di negeri ini.

Menurut Tamyes, rakyat perlu mengambil kira matlamat kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan bersama terutama bagi bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan ternakan itu yang kini berselerak.

“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.

Tambah beliau, walaupun perkara ini menjadi sensitif pada sesetengah pihak kerana masing-masing beranggapan cadangan berkenaan akan memberi kesan negatif seperti pencemaran yang berlaku sebelum ini kepada mereka namun secara saintifik ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.

“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut menasihati kepimpinan negeri agar melaksanakan segala program dengan dengan adil dan saksama di samping mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.

Kelmarin, Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.

Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan.

APA KATA AHLI SAINS


Kaedah saintifik dan moden dalam industri penternakan khinzir telah lama dijalankan di negara Eropah seperti Germany dan Sweden.

Penternakan khinzir cara moden ini boleh mengurangkan pelepasan gas methane dari reaksi semula jadi gas yang terkumpul dari najis babi dan sekaligus akan mengurangkan kesan pemanasan global. Methane dikenalpasti 21 kali ganda lebih berbahaya dari karbon dioksida dalam proses pemanasan global.

Negara membangun seperti China menggunakan konsep penternakan moden sebagai satu inisiatif atau komitmen mereka kepada perjanjian Kyoto (yang di panggil Clean Development Mechanism (CDM)) untuk mengurangkan pelepasan gas Methane.

Penternakan moden ini mampu memerangkap gas methane dan boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik bagi tujuan operasi kilang. Penjanaan air dari proses di atas juga membekalkan air bagi tujuan pengairan penanaman makanan untuk binatang.

Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan pergantungan kepada grid nasional dan dapat mengurangkan pelepasan bahan pencemaran karbon dioksida dan lain-lain gas dari janakuasa arang batu (coal power plant).

Dari itu sebuah projek penternakan, dua kesan buruk dari "green house effect" ( Kesan Rumah Hijau) dapat dikurangkan, sekaligus satu kaedah mesra alam dapat dilaksanakan.

Rumusan

Sesuai dengan taraf Selangor negara maju, kaedah saintifik harus dilaksanakan dalam industri penternakan khinzir yang dikenalpasti memenuhi strategi serampang berbilang mata, antara lain, memudahkan penyeliaan serta kawalan dari pelbagai aspek seperti kebersihan, pelesenan, pembawaan penyakit dan pencemaran alam sekitar. Masalah yang mungkin timbul kepada penduduk Melayu dengan terlaksananya projek ini dapat diatasi di meja rundingan. Para pelabur tempatan dan luar negara dapat membiayai kos projek ini tanpa kerajaan negeri Selangor menggunakan dana awam.





Comments :

8 comments to “MEMBABI BUTA TANPA RASIONAL: babi mengancam penduduk tempatan”
lan said...
on 

Satu laporan yg cukup lengkap!

Anonymous said...
on 

Saya rasa kata-kata mufti Selangor dan mufti Perlis adalah perkara yang perlu ditekankan apabila memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya kepada penduduk-penduduk Islam yang kurang jelas konsep mereka bahawa babi itu adalah najis dan bukanlah perkara haram seperti haramnya arak (bukan sahaja haram diminum, tetapi haram utk contribute dari mulenye buah itu dipetik hinggalah air arak itu dimimum). Walaubagaimanapon, laporan ini memang cukup lengkap dan meyakinkan terutamanya dari sudut penjagaan alam sekitar dan komposisi penduduk.

Anonymous said...
on 

saya tidak faham mengapa pakatan rakyat begitu beriya-iya ingin menjayakan projek ternakan babi sejurus sahaja selepas mendapat mandat di selangor.

1. mengapa tidak mengambil kira sentimen rakyat beragama islam. memang kita perlu fahami budaya bangsa dan kaum lain yg bukan islam, tetapi perlukah projek ini dilaksanakan, mengapa isu babi yang mendapat perhatian dan keutamaan pakatan rakyat? sekiranya ramai yang membantah mengapa tidak mengambil kira suara mereka? bukankah itu yang dilaungkan oleh pakatan rakyat sebelum pilihanraya?

2. mengapa projek ini begitu mega sehingga bernilai RM100 juta? mengapa tidak memikirkan lokasi lain, umum tahu sepang ada klia dan litar f1. mengapa tidak menjayakan PROJEK YANG LEBIH BERMANFAAT UNTUK SEMUA WARGA SEPANG dan bukan menjaga kepentingan satu-satu bangsa sahaja.

3. mengapa perlu disalahkan kerajan selangor yang lepas dengan mengatakan cadangan dan kajian awal telah dilaksanakan mereka? perlukah pakatan rakyat mengikut rentak dan keputusan mereka? yang nyata mereka tidak/belum sempat meluluskan such project, but the ball is in your court now. u can call it off, you do have a CHOICE.

4. kami mengundi pakatan rakyat dengan harapan untuk melihat pembaharuan. we want our voice to be heard, please do not make us regret our decision.

saya rasa sekiranya majoriti tidak bersetuju, tidak perlulah projek ini diteruskan. its very simple, bayak lagi isu dan projek lain yang boleh dilaksanakan untuk kepentingan SEMUA KAUM. tidak perlulah mengundang penyesalan dan kebencian pengundi yang telah mengundi kemenangan anda.

Unknown said...
on 

Terima kasih di atas komen saudara. Projek di atas bukan keutamaan tetapi telah disebut buat pertama kali di akbar Utusan Malaysia setelah wartawannya menyebut perihal tersebut dalam blog Theresa Kok. Satu isu yang bagus. Semua akhbar menonjolkan satu sudut sahaja tanpa menyebut aspek lain. Pihak PR/BA terpaksa "defend" kerana telah diserang dari semua sudut. Masa, tenaga dan lain2 habis digunakan. TV dan radio sepetutnya memberi peluang kepada YAB MB Selangor menerangkan isu ini. Malangnya dinafikan hak beliau.

Anonymous said...
on 

I think PKR should table out all the information that the people need to make them understand. They should provide:
1. where the proposed farm going to be built in relation to where the people of Sepang live. Malays; Chinese, Indian; etc2.
2. what kind of infrastructure are we looking at?
3. what are the conditions of existing pig farm. How harmful can it be if it is mishandled.
4. why do we need 100 mil?
5. what would happen to the existing pig farm?
6. Where does the studies done? why Europe? Who exactly go there? Any Dr., Scientist, Ecologist?

These are few of vital information that people need to know. Why don't PKR hand all these info out to people, put it in front page of all papers, instead of having multiple press conference which you do nothing other than talking.

It's not that hard to do that,right?

Unknown said...
on 

mohamad said...

*Babi yang sebenar?!*
http://n32.blogspot.com/2008/04/babi-yang-sebenar-dalam-perja

Anonymous said...
on 

Dr. Halimah.

1- kenapa perlu tergesa2 meluluskan project tersebut walaupun masih dalam kajian..

2- kenapa janji2 yg ditaburkan sgt berbeza dgn pendirian skrg. penduduk kg diberi jnji akan dibela nasib dikelilingi kandang babi. (Masih ingat manifesto pAS & PKR di selangor)

3- bukankah hak penduduk setempat perlu diutamakan dahulu @ diambil kira.. sepertimana rejection rakyat pada cadangan pembinaan loji (utk hasil buangan di semenyih)..

Unknown said...
on 

Saudara, kita berusaha untuk menjayakan projek "Halal Hub" dan apa akan jadi dengan projek ini jika Pengguna luar Negara tahu yang terdapaat pencemaran najis babi di sungai, pantai dan tasik kita? mereka hilang keyakinan dengan " Ditanggung halal" logo. Sudah sampai masanya agar wabak JE tidak berlaku di Selangor, demo kaum Cina seperti di Melaka yang tak hendak pindah (di Selangor, penternak ok sudah bersetuju pindah), kawalan kurang wujud di Sealangor kerana ladang bersepah-sepah, siapa nak pantau. Cuba saudara fikirkan kenapa ada ofis kastam di setiap kilang rokok, kilang arak dan lain-lain? Supaya senang pantau lori, kontena, kenderaan keluar masuk. ?eksport. Bila dah centralised, senang nak selia, senang nak kawal wabak jika ada dan sebagainya.Saya ada menulis 10 posting tentang isu ini secara ilmiah (buat kajian) dan literiture search) dan spontan ikut rentak akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan. Sila rujuk untuk penjelasan. Kanun Tanah Negara boleh digunapakai dalam hal ini. Sila rujuk posting kenyataan akhbar YAB MB Selangor tentang minit mesyuarat EXCO Dr Khir Toyo sebelum PRU 12. Sila rujuk the SUN keluaran 14/04/08. Terima kasih. Jauhkan kontroversi, Tingkatkan prestasi, produktiviti dan reputasi.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com