Pray For MH370

Pray For MH370

HADHARI YANG TERHAD

Konsep atau ungkapan Islam hadhari telah mula diperkenalkan pada 23hb September 2004 melalui Ucapan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Perdagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Setelah hampir empat tahun sejak diperkenal dan dilaksanakan, 10 prinsip Islam Hadhari tidak mampu membawa negara dari "kegelapan" kepada "cahaya". Mari kita lihat secara sepintas lalu realiti yang berlaku. Di bawah ini merupakan petikan dari "syarah" 10 prinsip Islam hadhari. Seterusnya dikutip soal-jawab tetang Islam hadhari yang terdapat dalam laman web "Islam hadhari menjana kemajuan Ummah".

Prinsip Pertama

"Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa adalah negara yang memberi keutamaan dan penekanan kepada lima perkara penting yang disebut oleh Ulama sebagai maqaasid al-shari’ah, iaitu:

Pertama; memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai agama sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Dan agama-agama lain tetap bebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai menjunjung tinggi kebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak mengganggu kestabilan dan sensitiviti umat yang lain."

Sudah terlaksana atau makin bertambah teruk?

Prinsip kedua

"Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15"

Pemilihan Menteri yang tidak bermoral untuk memimpin rakyat. Ketam menyuruh anak berjalan betul?

Prinsip ketiga

"Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam kedudukan yang baik dan menyumbang."

Adakah akidah umat Islam di Malaysia bertambah mantap atau riddah dan murtad kian berleluasa?

Prinsip keempat

"Kerosakan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem samada gejala negatif dalam kehidupan sosial yang semakin menjadi wabak, kecurangan dan salahlaku di banyak peringkat dalam sistem sosial, pendidikan, kewangan, hiburan malah perkembangan teknologi maklumat menyebabkan kita hilang arah akan punca terjadinya dan tidak upaya memilih jalan pulang untuk memulihkannya. Yang jelas terjadi antara lain berakibat lemahnya ilmu pengurusan dan pengawalan diri menyebabkan faktor nafsu-nafsi menjadi pertimbangan yang membawa faedah komersial saja dan membiakkan budaya hedonistik (berpoya-poya) yang merosakkan generasi muda."

Terdapatkah sebarang perubahan di kalangan muda mudi dan pemimpin?

Prinsip kelima

"Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara masing-masing, permasalahan kemanusiaan seperti keruntuhan akhlak, kemiskinan, ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi keluarga, ketidakseimbangan sistern ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan kadar yang membimbangkan. jika persoalan yang ada hubung kait dengan kebajikan manusia ini turut terjejas hasil dari pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat lambat laun akan mengalami krisis yang ketara."

Terdapatkah sebarang perubahan yang mengalakkan? Atau bertambah teruk lagi?

Prinsip keenam

"Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan."

Di mana kedudukan keluarga Muslim kini?


Prinsip ketujuh

"Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). "

Undang-undang purba dan rimba seperti AUKU, OSA, ISA dan lain-lain bermaharajalela

Prinsip kelapan

" Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi."

Ini sebenarnya yang sedang berlaku dek kerana Islam hadhari

Prinsip kesembilan

"Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan"

Hanya di atas kertas dan teori sahaja




Prinsip kesepuluh

"Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. (JAKIM: 2006: 30)"

Cakap tak serupa bikin. Lihat apa yang terjadi dalam kes Pulau Batu Puteh.


Soal Jawab yang disediakan jawaban:

1. Adakah Islam Hadhari mazhab baru, ajaran baru atau agama baru?

Jawapan:

Islam Hadhari bukanlah mazhab baru, ajaran baru atau agama baru tetapi ia merupakan pendekatan atau usaha kerajaan untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tanpa mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah. Perkara yang ingin diperbetulkan ialah mengenai al-Tadayyun iaitu cara umat Islam memahami dan mengamalkan ajarannya.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta alam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal secara seimbang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

2. Kenapakah Islam perlu dinisbahkan kepada Hadhari?

Jawapan:

Memang benar Islam tidak perlu lagi kepada apa-apa sifat tambahan atau nisbah kerana ia adalah satu ajaran yang syumul. Islam dalam al-Quran merujuk kepada dua hakikat bahawa sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W, syari’at Islam adalah berbentuk umum untuk seluruh umat manusia. Setiap nabi dibangkitkan dengan syari’at Islam yang mana pokok akidahnya hanyalah satu. Syari’at yang mereka bawa adalah berbeza-beza, tetapi untuk mencapai matlamat keesaan Allah S.W.T. Selepas kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Tidak dinafikan Islam tidak perlu dikaitkan dengan sesuatu sifat, nama yang lain atau sebagainya kerana ia sudah sempurna dan lengkap. Walau bagaimanapun Islam tidak dilihat hebat dan tinggi adalah kerana kesilapan penganutnya terutamanya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Ketika itu perpaduan kaum muslimin didapati mula menghadapi keretakan, khususnya ketika menghadapi krisis kepimpinan selepas kewafatan Nabi atau selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh itu timbullah aliran pemikiran yang berbeza-beza hingga membawa kepada kemunculan aliran pemikiran. Timbul pula berbagai firqah akidah disebabkan perbezaan pendapat dalam pendekatan mempertahankan akidah. Antaranya telah lahir Jabariyyah dan Muktazilah.

Sebenarnya sifat dan nisbah yang disandarkan kepada Islam itu lebih tepat adalah merujuk kepada umat Islam itu sendiri serta pendekatan dan kecenderungan mereka, bukannya nas dan ajaran Islam. Ringkasnya, Islam yang pada asalnya berdiri sendiri telah disandar atau dinisbahkan kepada berbagai sifat lain bagi memenuhi keperluan memahami sesuatu kecenderungan atau kefahaman supaya mudah mengenali perbezaannya dengan kefahaman dan kecenderungan pihak lain. Maka timbullah pelbagai nama jolokan kepada umat Islam yang cenderung kepada kefahaman dan kecenderungan tertentu tersebut.

3. Islam itu satu, tidak dua atau lebih. Tiada “Islam Hadhari” tiada “Islam akidi” dan tiada “Islam Madani”, yang ada hanyalah Islam syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Apakah memilih Pendekatan Islam Hadhari bererti meninggalkan Islam yang sebenar?

Jawapan:

Islam tetap Islam yang satu. Kita dapati tasawwur (gambaran) dan persepsi masyarakat Islam terhadap agama yang berbeza antara satu sama lain kerana Islam itu sendiri sangat luas dan pengetahuan mereka sangat terbatas. Contohnya empat orang buta yang memegang gajah di mana setiap orang yang memegang gajah pada tempat yang berbeza. Justeru mereka mentakrifkan gajah mengikut apa yang mereka rasa. Maka umat Islam berpecah sehingga timbullah apa yang disebut Islam Sunni, Islam Syiah, Muktazilah dan sebagainya. Memilih Pendekatan Islam Hadhari bukanlah bererti meninggalkan Islam yang sebenar kerana Islam Hadhari adalah satu pendekatan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam mengikut perubahan masa sama sekali tanpa mengurangkan prinsip akidah dan syariah.

4. Apakah perbezaan Islam Hadhari dengan Islam Siyasi, Islam Madani, Islam Sufi dan Islam Liberal?

Jawapan:

Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik “al-Islam al-Siyasi, Islam bersifat tasawwuf, “al-Islam al-Sufi” dan seumpamanya.

Islam Hadhari bermaksud ajaran Islam yang memberi tumpuan kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, system nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.

Islam Siyasi merujuk kepada pendekatan membangun melalui penguasaan politik. Dari segi sejarah, Pendekatan ini banyak mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang berterusan. Umpamanya jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan matlamat perjuangan. Justeru bagi mencapai matlamat tersebut kerap berlaku perang saraf dengan pelbagai tuduhan dan penggunaan istilah Kufur, Mulhid dan Ifsad, sehingga menghalalkan darah sesama muslimin. Kehormatan umat Islam tercabul dan kezaliman politik berlaku sehinggalah perpaduan di kalangan kaum muslimin telah hancur. Akhirnya umat Islam gagal untuk bangun dan mencapai kemajuan.

Islam Madani ialah kehidupan di bandar dengan mengadaptasi hadharah, Madani juga sering merujuk kepada kemajuan akidah dan pembangunan kota pada masa lampau seperti yang berlaku di zaman Madinah. Islam hadhari lebih merangkumi aspek fizikal dan spiritual yang menekankan ciri-ciri dan nilai-nilai peradaban manusia yang luhur yang sesuai dilaksanakan berdasarkan situasai semasa tanpa menggadai prinsip asas ajaran Islam. Islam sufi menitikberatkan ajaran tasawuf untuk mendampingkan diri dengan Allah SWT.

Berdasarkan kajian yang dilakukan Islam Liberal, ianya adalah satu aliran pemikiran yang berasaskan kepada rasionalisma akal dalam mentafsirkan agama Islam. Ia merupakan sebuah aliran yang terpesong dari landasan Islam yang sebenar.

5. Apakah Pendekatan Islam Hadhari itu semata-mata slogan sahaja atau akan dipraktikkan?

Jawapan:

Islam Hadhari bukan slogan semata-mata dan bukan juga agenda politik Sebaliknya ia merupakan satu pendekatan membangunkan manusia kearah mencapai peradaban yang unggul selari dengan tuntutan Islam yang sebenar. Pendekatan Islam Hadhari ini adalah pendekatan pembangunan yang menyeluruh bagi faedah setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Kejayaan pendekatan Islam Hadhari bergantung kepada kesediaan umat Islam untuk berubah selari dengan tuntutan Islam yang sebenar.

Islam Hadhari yang hendak dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan masyarakat Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W semasa berada di Madinah yang membawa tamadun yang boleh dibanggakan oleh umat Islam.

6. Kenapa Islam Hadhari tidak Hadharah Islamiah?

Jawapan:

Hadharah Islamiah adalah merujuk kepada kejayaan atau tamadun umat Islam yang telah lampau seperti tamadun Umayyah, Abbasiyyah dan Andalus. Manakala Pendekatan Islam Hadhari adalah merujuk kepada kedudukan umat Islam masa kini yang didapati mundur, lemah dan ketinggalan dalam apa jua bidang menyebabkan mereka gagal menjadi umat contoh dan pembawa rahmat kepada dunia. Kita perlu menjadikan kejayaan umat Islam yang lampau sebagai contoh dalam apa jua tindakan bukan hanya sekadar berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Dengan demikian kerajaan telah merangka satu pendekatan untuk membangunkan ummah pada masa kini dan pada masa akan datang yang dikenali dengan nama Pendekatan Islam Hadhari.

7. Jika Pendekatan Islam Hadhari ditujukan kepada agenda pembangunan untuk masyarakat Islam dan bukan Islam, maka kenapa ia tidak diubah kepada Mujtamak Hadhari (masyarakat hadhari) untuk pembangunan masyarakat majmuk di negara ini?

Jawapan:

Pada dasarnya Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran. Ajaran Islam pula adalah bersifat universal dan menggalakkan masyarakat memiliki nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dengan nilai etika sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mana-mana bangsa di dunia.

Penggunaan perkataan Islam adalah kerana pada masa ini Islam mendapat gambaran yang negatif di seluruh dunia. Islam sering digambarkan sebagai agama yang menggalakkan keganasan, mundur dan telah menjadi fobia di kalangan masyarakat Barat. Oleh kerana itu untuk membetulkan salah tanggapan ini perkataan Islam digunakan untuk memberi kesempatan kepada kerajaan menerangkan apa sebenarnya Islam yang dikaitkan dengan hadhari. Kita tidak perlu mengubah kepada majmuk hadhari kerana Islam Hadhari itu sendiri melambangkan matlamat dan faedah kepada masyarakat majmuk.


Untuk perbincangan lanjut tentang Islam Hadhari



Selangor Tidak Promosi Islam Hadhari


Suara Selangor Maju

NOOR ALLIA KASIM


SHAH ALAM, 29 Mei – Selangor tidak akan mempromosikan Islam Hadhari di masjid dan surau khususnya dalam program-program keislaman yang dijalankan.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata pendirian kerajaan negeri itu telah dinyatakan beliau dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) Selangor, Isnin lalu.

Beliau berkata Selangor adalah sebuah negeri Islam dan bukannya Islam Hadhari.

“Apa yang saya jawab dalam Dewan pada asasnya ialah tidak mempromosikan (Islam Hadhari) di masjid dan surau untuk acara-acara yang melibatkan Islam.

“Ulama besar dah cari dalam al-Quran dan hadis, tidak ada perkataan Islam Hadhari. Jadi pada saya ia rekaan semata-mata kerana Islam itu sendiri sudah lengkap dan tidak perlu ditambah,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Penjenamaan Semula Zakat KWSP di Wisma PKPS hari ini.

Dr Hasan berkata jika Hadhari yang dimaksudkan ialah tamadun, Islam sebenarnya sudah bertamadun lebih seribu tahun dengan kejayaan dalam sains dan teknologi, ilmu hisab dan seni bina.

“Ini bermakna ia mencabar asas Islam yang sememangnya sudah lengkap,” katanya.

Justeru paling rasional katanya, tumpuan diberikan kepada Islam yang diredhai Tuhan.

“Saya minta agar kita tidak buang masa tumpu pada Islam Hadhari yang entah mana latar belakang dan pengasasnya,” katanya.

Beliau berkata konsep Islam Hadhari tidak diterima umum memandangkan sejak diperkenalkan hampir enam tahun lalu, hanya Perdana Menteri sahaja yang sering bercakap mengenainya.

Comments :

1
lan said...
on 

langkah yang tepat untuk mengharamkan ajaran hadhari ini.takbir!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com