Pray For MH370

Pray For MH370

PERKHIDMATAN JALUR LEBAR PERCUMA?

" IT dan bioteknologi boleh memberikan sumbangan besar menangani masalah berkaitan kekurangan makanan global dan peningkatan kos sumber tenaga" kata YAB PM Malaysia.
"Kerajaan perlu terus melabur dalam komponen utama infrastruktur bagi menyokong inovasi termasuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi" kata PM selanjutnaya.

Isunya sekarang ialah kerajaan harus memberi lesen kepada lebih banyak lagi syarikat untuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan jika tidak percuma seperti di negara maju.

Jika petani berpendapatan kurang dari seribu ringgit sebulan hendak memiliki perkakasan dan perkhidmatan jalur lebar bagi tujuan pertanian, adakah mereka ini mampu? Cuba anda teliti laporan akhbar di bawah.

2 Aplikasi MSC


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan menimbangkan pembentukan dua aplikasi perdana MSC Malaysia yang baru iaitu pertanian dan pengurusan sumber tenaga yang boleh memainkan peranan utama untuk menggalakkan inovasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat tertutup dengan anggota Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) di Kuala Lumpur, yang diadakan sempena Kongres Dunia Teknologi Maklumat (WCIT 2008) ke-16 bermula 18 hingga 22 Mei ini.


“Mesyuarat IAP MSC juga mengiktiraf IT dan bioteknologi boleh memberikan sumbangan besar menangani masalah berkaitan kekurangan makanan global dan peningkatan kos sumber tenaga,” katanya.

Abdullah berkata, inovasi perlu menjadi sebahagian dari budaya negara dan sebab itulah kerajaan perlu terus melabur dalam komponen utama infrastruktur bagi menyokong inovasi termasuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Anggota IAP MSC Malaysia menyarankan supaya Malaysia mengambil kesempatan daripada inovasi bagi mewujudkan kekayaan.”

“Inovasi ialah kunci mewujudkan kemakmuran masa depan Malaysia dan negara ini tiada pilihan tetapi untuk menerima inovasi dalam semua sektor ekonomi bagi mencapai daya saing global,” katanya.

Menurut Abdullah, kerajaan perlu menjadi penerima pakai aktif inovasi selain mewujudkan sistem eko yang betul bagi pelaksanaan inovasi.

“Budaya peribadi dan belia yang memberikan perhatian kepada peranti mudah alih menawarkan peluang mewujudkan inovasi dan perlu dieksploitasi bagi pembangunan industri ICT tempatan,” katanya.

Bagi menempatkan Malaysia sebagai hab multimedia kreatif yang bernilai tinggi, Abdullah berkata mekanisme insentif yang mencukupi diperlukan untuk memudahkan jalinan kerja sama dengan pemain utama global melalui pengeluaran bersama dan pemilikan bersama IP (Harta Intelek).

Abdullah berkata Malaysia juga merancang untuk melancarkan bandar raya siber dan pusat siber MSC Malaysia di seluruh negara untuk menghubungkan perbezaan digital dan mengembangkan ICT ke seluruh negara.

Katanya sejak pelancaran MSC Malaysia di Cyberjaya 12 tahun lalu, Malaysia mempunyai 13 bandar raya siber dan pusat siber di lokasi lain.

Cyberjaya akan terus dimajukan sebagai hab ICT negara dan dengan kewujudan lokasi baru, lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripada ICT bagi merubah kehidupan kesemua rakyat Malaysia.

Teknologi IT atasi masalah petani

Sumber Bernama


MALAYSIA akan menggunakan teknologi kad pintar bagi mengurus dengan lebih baik serta memudahkan penyaluran subsidi kepada golongan petani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia sudah menggunakan penyelesaian berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menyelesaikan masalah tertentu dalam rangkaian bekalan pertanian,” katanya pada majlis perasmian Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) ke-16, di sini.


Abdullah berkata antara penyelesaian itu ialah teknologi yang membekalkan maklumat pasaran tepat masa untuk peladang, nelayan dan pekebun kecil menerusi Internet.

“Ia hanya antara cara Malaysia menggunakan ICT untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah tertentu dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan,” katanya.

Malaysia akan terus memperkenalkan langkah perlu termasuk melabur dalam infrastruktur dan perkhidmatan ICT bagi meningkatkan persaingannya dan meletakkan negara pada landasan pantas menuju era maklumat.

Sambil menyatakan bahawa capaian Internet yang pantas dan mudah bukan lagi satu kemewahan, Abdullah berkata Malaysia akan melancarkan inisiatif jalur lebarnya tidak lama lagi yang akan sampai kepada sehingga 50 peratus isi rumah menjelang 2010, meningkat daripada 15.5 peratus pada tahun 2007.

Beliau berkata Malaysia juga akan melancarkan kemudahan e-pembayaran komprehensif tidak lama lagi membabitkan lebih 100 agensi kerajaan.

Comments :

0 comments to “PERKHIDMATAN JALUR LEBAR PERCUMA?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com