Pray For MH370

Pray For MH370

KASTAM DI RAJA BERJAYA LAGI: SYABAS DAN TAHNIAH

Sekalung Tahniah dan penghargaan ke atas kakitangan Kastam Di Raja Malaysia kerana
berjaya merampas bunga api, besi buruk dan aluminium bernilai RM2 juta. Untuk makluman,
syarikat import alat ganti kereta menggunakan taktik untuk elak cukai dengan mengisytiharkan
kandungan kontena berisi besi buruk atau barang lusuh.

Kastam rampas bunga api, besi buruk hampir RM2 juta


OLEH AMIR HAKIEM
Agenda Selangor
PELABUHAN KLANG, Rabu 28 Mei.: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor merampas bunga api, besi buruk dan aluminium bernilai hampir RM2 juta termasuk cukai dalam serbuan berasingan di Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara di sini.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan KDRM Datuk Mardina Alwi berkata dalam serbuan membabitkan bunga api, pegawai kastam menahan sebuah kontena di Lapangan Pemeriksaan Pelabuhan Barat yang mengandungi 1,150 karton bunga api jenama 'Night Shell'.


Beliau berkata rampasan kira-kira pukul 3.15 petang pada Isnin lepas itu mendapati kandungan kontena berkenaan diikrar sebagai barangan logam yang diimport dari China.



"Setelah pemeriksaan dijalankan, anggota kita dapati muatan kontena berkenaan ialah bunga api bernilai RM1.32 juta termasuk nilai cukai yang cuba dielak," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Pelabuhan Utara di sini hari ini.

Mardina berkata seorang lelaki berusia 46 tahun dari sebuah syarikat perkapalan ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengesan pengimport sebenar yang menggunakan alamat palsu pada dokumen kastam yang ditemui pada kontena berkenaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang belum lulus kastam dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan pertama.


Sementara itu, Mardina berkata dalam serbuan membabitkan besi buruk dan aluminium pada 3, 7 dan 19 Mei lepas, pegawai kastam menahan 14 kontena di Pelabuhan Utara mengandungi 324.32 tan metrik besi buruk dan aluminium terbabit bernilai kira-kira RM582,533 termasuk duti eksport.


Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua barangan dalam kontena itu cuba dieksport tanpa dokumen kastam yang sah kerana barangan berkenaan merupakan barangan larangan yang memerlukan permit eksport dan dikenakan duti 10 peratus.


"Siasatan awal kita mendapati, pengeksport tidak mengikrar sebarang dokumen kastam yang sah dan usaha mengesan pengeksport serta pihak terlibat sedang giat dijalankan.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam iaitu pengelakan duti atau larang eksport yang membawa denda minimum tidak kurang 10 kali ganda dan maksimum 20 kali ganda nilai duti atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Mardina turut meminta agar orang ramai terus memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada pihak Kastam berkaitan penyeludupan barangan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-8888-55 atau 03-31792321

Comments :

2 comments to “KASTAM DI RAJA BERJAYA LAGI: SYABAS DAN TAHNIAH”
Unknown said...
on 

Bayangkan,seorang dispatch boy forwarding memandu Toyota Estima..Gaji hanya RM1,100.Keuntungan majikannya tak payahlah pula diceritakan...Siasatlah dengan penuh ketelusan,pasti membuahkan hasil.Tangkapan ini hanya 1 daripada 1000 yang "terlepas" setiap bulan (atau mungkin minggu?)

Unknown said...
on 

Memang tepat pengamatan saudara. Terima kasih. Berapa banyak kerugian yang dialami oleh negara disebabkan oleh penyeludupan barang masuk dan keluar negara, rasuah di pintu masuk negara dan pelbagai lagi penyelewengan. BPR kena turun padang.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com