Pray For MH370

Pray For MH370

ULAMAK MU'TABAR TENTANG GANGGUAN / BISING DI MASJID

Mufti Perlis, SS Dr Asri
Walaupun ramai blogger telah menyebut kenyataan Dr Asri tentang ISA serta ulasan namun saya suka menyebutnya lagi kerana tulisan tersebut mengajar kita tentang keindahan Islam. memang sudah menjadi kebiasaan di Masjid-masjid di Malaysia untuk menguatkan zikir beramai-ramai selepas setiap solat Fardhu di masjid.. Pernahkah saudara dalam perjalanan singgah di sebuah masjid untuk solat fardhu sedang jemaah berzikir kuat. Bolehkah saudara khusu' dalam solat saudara. Ibnuhasan, seorang pelawat di Tranungkite Online mengutip sebuah hadith tentang hal ini.

Sementara itu, Dr Asri menyebut tentang pentingnya hujjah dan bukti dalam Islam terutama dalam persoalan "ibadat" dan dalam membuat tuduhan serta penghukuman

Dikutip dari Tranungkite.

Kata Dr Asri, Mufti Perlis "Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi." "Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja"

Ulasan Ibnuhasan

Memang benar, ulamak-ulamak sejak dari dulu sudah beri pandangan mengenai gangguanbising di masjid. Berikut saya beri beberapa senarai rujukan dan details nya akan saya beri kemudian insyaAllah :

(1) Komen dari Pengarang Al-Ibda' Syaikh Ali Mahfuz
(2) Komen dari pengrang Al-Iqna',
(3) Komen dari Imam Ibnul-Jauzi
(4) Komen dari Ibnul-Hajj dalam Al-Madkhal
(5) Komen dari Ibnul-'Imad Asy-Syafi'i
(6) 'Komen dari Imam Asy-Syafi'i' mengenai zikir jahar selepas solat dalam Al-Umm
(7) Komen dari Syaikh Zainuddin Al-Malibari Asy-Syafi'i
(8) Komen dari Imam As-Saiyid Sabiq
(9) Komen dari Imam Abdul Rahman Al-Jaziri
(10) Komen dari Sayid Al-Bakri Ibnu Saiyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathi Asy-Syafi'i

Berikut adalah satu dari banyak hadis yang berkaitan ganggu / bising di masjid :

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i, Al-Baihaqi serta Al-Hakim yang menyatakan bahawa hadis ini adalah sah menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim. Hadis itu adalah seperti berikut :
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda "Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu MENGGANGGU sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu MENGERASKAN SUARA mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran."

AJK masjid terbabit memasang volume pembesar suara sangat kuat sehingga boleh di dengar lebih dari satu kilometer.

Di tempat saya, ada masjid/surau memainkan kaset/cd tarhim sebelum masuk waktu subuh, 'satu kampung' boleh dengar. Ini lagi satu perbuatan mereka yang tak mahu berfikir. Saya yang solat malam di akhir malam di rumah memang terganggu dengan bid'ah tarhim ini. Begitu juga selepas solat subuh ada si bengong tu baca Al-Quran dan zikir pakai pembesar suara, 'satu kampung' boleh dengar, dan ini pun mengganggu ibadah-ibadah saya selepas solat subuh. Sungguh sangat betul-betul tak patut orang-orang yang beribadah di rumah mendengar lantas terganggu dengan bunyi yang sangat kuat dari pembesar suara itu. Perbuatan mereka yang OBSES LOUDSPEAKER jelas haram kerana menyakiti orang-orang yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan. Perbuatan haram ini akan menjadi BID"AH apabila diniatkan sebagai ibadah untuk bertaqarrub kepada Allah.

Mengganggu manusia yang sedang tidur, berehat, belajar dan lain-lain perkara yang tidak menyalahi undang-undang.

Manusia-manusia terutama orang-orang yang beriman yang berada di dalam rumah sangat tak patut dipaksadengar apa-apa aktiviti di masjid seperti pengajian, tadarus dsb. Apa yang di dalam rumah adalah hak penghuninya yang tak boleh diganggugugat oleh sesiapa pun walaupun atas nama masjid. Dalam hal ini saya tidak masukkan AZAN SOLAT sebagai gangguan sekiranya diikuti satu atau dua adab yang akan saya terangkan di lain kesempatan insyaAllah.

Sekiranya AJK masjid/surau sangat teringin agar orang-orang di sekeliling masjid/surau agar dengar ceramah pengajian, maka hendaklah mereka mengajak jiran-jiran masjid/surau itu mendatangi masjid/surau, bukannya dengan secara biadap pasang loudspeaker dengan tersangat kuat sehingga sesiapa yang normal pendengarannya akan terasa sakit telinganya, bukan begini caranya.

Mereka AJK masjid /surau bolehlah mengajak dengan hikmah dengan mendatangi rumah setiap jiran, ini cara lebih bertamadun, bukannya cara melontarkan suara dari jauh. Mendengar (terpaksa dengar) dari rumah dalam keadaan tidak menumpukan perhatian terhadap isi ceramah, akan membawa kepada salah dengar dan salah faham dan ini adalah sangat merbahaya.

AJK masjid/surau hendaklah membuat bancian setiap orang Islam di di sekeliling masjid/surau, dan selalu kemaskinikan data bancian itu. Ini adalah sebahagian daripada pengurusan bijak. Masjid boleh terbitkan BULETIN MASJID dan edarkan ke setiap rumah MUSLIMIN. Dengan cara ziarah dan edar buletin diharapkan semua orang islam akan dekat hatinya pada masjid dan selalu berjamaah di masjid.


Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam


Berita Oleh ZIEMAN, Mstar

Dikutip dari Minda Mufti

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.

Comments :

4 comments to “ULAMAK MU'TABAR TENTANG GANGGUAN / BISING DI MASJID”
Anonymous said...
on 

Assalaamu'alaikum!
Terima kasih kerana masukkan artikel/komen saya dalam blog Dr.

Saya belum sempat lagi untuk key in details komen-komen ulamak itu. Semalam saya dah taip sebahagian tapi terpadam semuanya, itu sebabnya saya tuliskan HANYA senarai nama ulamak yang beri komen.

InsyaAllah saya akan beri besok untuk kepentingan ilmiah semua orang yang beriman.

Ibnu Hasan Al-Amin Ar-Rembawi said...
on 

Alhamdulillah, saya telah sempat tulis details mengenai komen-komen ulama mengenai gangguan dari / di masjid. Berikut ialah keterangannya :


(1) Komen dari Pengarang Al-Ibda' Syaikh Ali Mahfuz.
“Di antara perkara-perkara bid’ah ialah membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat dengan suara keras sedangkan orang lain yang sedang berada di dalam masjid ada yang sedang rukuk, ada yang sedang sujud, ada yang sedang berzikir, ada yang sedang bertilawah dan ada yang sedang bertafakur. Hal ini tidak dibenarkan kerana :

(a) Mengganggu orang-orang yang sedang beribadat. Mengganggu orang-orang yang sedang beribadat haram hukumnya dengan ijma’.

(b) Mengangkat suara di dalam masjid tanpa hajat yang dikehendaki syarak dilarang. Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab al-Muwattha’ bahawa Nabi pada satu hari masuk ke dalam masjid sedang sahabat lagi bersolat dengan mengeraskan bacaan, maka Nabi menegur mereka terhadap tindakan mereka yang demikian.

Dan diriwayatkan oleh Ibnul-Hajj dalam al-Madkhal,
Bahawasanya Nabi pernah berkata kepada Ali : ‘Hai Ali janganlah engkau mengeraskan suara bacaan sedang orang lain masih bersolat kerana yang demikian mengganggu orang-orang yang sedang bersolat.”
(Saya belum tahu darjat hadis ini, wallahua’lam, walaubagaimana pun hadis ini semakna dengan hadis lain yang sah.

Ibnu-‘Imad asy-Syafi’i berkata :
“Diharamkan bacaan dengan mengeraskan suara yang dapat mengganggu orang-orang yang sedang bersolat.”


(c) Perbuatan yang demikian menyalahi apa yang berlaku di masa Nabi dan para sahabat.

(Amalan Bid’ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan, Dr. Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris)



(2) Komen dari pengarang Al-Iqna'
Bahawsanya mengumandangkan tasbih, nasyid dan doa dengan suara keras di menara-menara masjid sebelum fajar tidaklah disunatkan sama sekali. Tidak ada seorang ulamak pun yang menyukai demikian. Perbuatan itu termasuk bid’ah yang dibenci kerana yang demikian itu tidak dilakukan di masa Nabi s.a.w. dan tidak pula di masa sahabat-sahabatnya. Oleh sebab itu janganlah kita lakukan dan janganlah memberi upah (gaji) kepada orang yang melakukannya kerana yang demikian beerti menolong bid’ah.

(Pedoman Solat, ms 318, Prof. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy)

(Amalan Bid’ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan, Dr. Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris)


(3) Komen dari Imam Ibnul-Jauzi dalam Talbis Iblis
Di antara pekerjaan-pekerjaan munkar ialah seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang keras lalu mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud.

(Amalan Bid’ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan, Dr. Abdul Ghani Azmi Bin Hj Idris)


(4) Komen dari Imam Asy-Syafi'i' mengenai zikir jahar selepas solat dalam Al-Umm
Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir setelah selesai solat. Hendaklah mereka mengisrarkan (memperlahankan) zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya, maka ketika itu dijaharkan zikir. Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka sesudah itu hendaklah ia israrkan.


(5) Komen dari Syaikh Zainuddin Al-Malibari Asy-Syafi'I dalam Fathul-Mu’in
Dan ada sebahagian ulama yang telah mengungkapkan pendapatnya atas terlarangnya mengeraskan suara bacaan al-Quran secara mutlak. Kerana masjid itu pada dasarnya diwakafkan untuk orang-orang yang solat, bukan untuk para juru dakwah dan para qari.

(Al-Hujajul Bayyinah, ms 358 & 359; K.H. Drs. Ahmad Dimiathi Badruzzaman)


(6) Komen dari Imam As-Saiyid Sabiq, dalam Fiqhus-Sunnah Jilid 1 Bab Mengeraskan Suara Dalam masjid
Mengeraskan suara sampai menyebabkan terganggu orang-orang yang sedang solat (di masjid) hukumnya haram, walaupun yang dibaca itu Al-Quran.


(7) Komen dari Imam Abdul Rahman Al-Jaziri dalam Al-Fiqhu ‘Alal-Mazahibil-Arba’ah Juz 1
Boleh mengajar ilmu, membaca Al-Quran, memberi ceramah dan memutus sesuatu hukum di masjid dengan menjaga tidak menimbulkan gangguan kepada orang-orang yang sedang solat, dengan kesepakatan pendapat ulama mujtahidin yang empat.


(8) Komen dari Sayid Al-Bakri Ibnu Saiyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathi Asy-Syafi'I dalam I’anatut-Thalibin Hasyiah Fathul-Mu’in
Ucapan sebahagian ulama “secara mutlak (terlarangnya mengeraskan suara bacaan al-Quran secara mutlak di dalam masjid) artinya sama saja mengganggu kepada orang yang sedang solat atau pun tidak mengganggu, tetap terlarang.

(Al-Hujajul Bayyinah, ms 359; K.H. Drs. Ahmad Dimiathi Badruzzaman)



Berikut adalah DUA dari banyak hadis yang berkaitan ganggu / bising di masjid :

(1) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i, Al-Baihaqi serta Al-Hakim yang menyatakan bahawa hadis ini adalah sah menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim :
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. beriktikaf di masjid, lalu beliau mendengar orang-orang mengeraskan suara dalam bacaan Al-Quran, maka beliau membuka tabir dan bersabda "Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu MENGGANGGU sebahagian yang lain, dan janganlah pula sebahagian kamu MENGERASKAN SUARA mengatasi yang lain dalam bacaan Al-Quran."

(Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid; As-Saiyid Sabiq)


(2) Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sah :
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w. pada suatu ketika pergi ke masjid. Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca Al-Quran, maka sabdanya “Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka sepatutnya ia memerhatikan dengan apa yang dimunajatkan (dipercakapkan) itu. Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara mengatasi yang lain dalam bacaaan Al-Quran.

(Fiqhus-Sunnah Jilid 1, Bab Mengeraskan Suara Dalam Masjid; As-Saiyid Sabiq)



Dari Ibnuhasan Al-Amin

Unknown said...
on 

Tahniah dan Tahmid kerana kesungguhan dan keprihatinan saudara untuk menyebarkan ilmu di kalangan umat. Nah, jika menganggu para jemaah di DALAM MASJID, inikan pula orang awan di LUAR MASJID.

Sesungguhnya masih banyak amalan dan budaya masyarakat Islam di Malaysia khususnya, yang masih perlu diperbaiki atau dirubah.

Tugas ini mungkin menongkah arus dan menemui banyak cabaran, namun tugas pengislahan serta tajdid ini wajib dilaksanakan.

Sesungguhnya ganjaran yang besar menanti. Terima kasih.

qari said...
on 

Salam semoga terus berjaya buat Dr Hallimah. Ikhlas dari Qari KUIN alor setar.

www.al-uum-qari.blogspot.com

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com