Pray For MH370

Pray For MH370

ASSOBIYAH "PAR EXCELLANCE"


Salah satu ciri-ciri asobiyah ialah "membantu kaum sendiri melakukan kezaliman". Kenapa segala penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kronisme, ketidakadilan dan segala bentuk munkar serta maksiat dalam PKNS sejak ia ditubuhkan dibiar begitu sahaja. Kenapa dalam isu pelantikan sementara Pn Low sebagai "care-taker" mampu mengejutkan pemimpin NGO dari tidur mereka? Siapa yang tukang kejutkan?

Di manakah Persatuan Pegawai Kanan PKNS, Persatuan Eksekutif, Persatuan Badan Islam, Persatuan Kebajikan Pekerja, Kesatuan Pekerja dan Kelab Sukan dan Reaksi PKNS selama ini?

It is better if we give the job to someone who will rake in millions for the benefit of the Malays than to appoint a Malay who is more interested in giving out contracts to non-Malays." This was Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's response to those who opposed his appointment of Low Siew Moi as acting general manager of the Selangor State Development Corporation (PKNS).

He said it was better for someone who can genuinely help the Malays to hold the position, than for a Malay who cannot deliver the benefits to the community.

"If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously," he said.

"People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this," he urged those who challenged the decision.

MB didakwa gagal pertahan hak Melayu

sinar harian

SHAH ALAM - “Tan Sri Khalid hanya bagus jadi Menteri Besar dari segi kewangan sahaja. Dari segi menjaga manusia, budaya dan sejarah, ‘hero to zero’,” tegas Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Melayu Selangor (BBRMS), Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai BBRMS menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berhubung bantahan pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kamaruddin berkata, pelantikan ini tidak seharusnya berlaku kerana PKNS merupakan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) yang merupakan hak orang Melayu dan mesti diterajui oleh orang Melayu.

“Hak orang Melayu tidak boleh diberi kepada orang lain, itu perbuatan rasuah paling besar. Itu hak orang Melayu, sehari, setahun atau seribu tahun ke lantiklah orang Melayu,” katanya.

Mengenai pelantikan Low bersifat sementara iaitu hanya satu tahun seperti diumumkan Abdul Khalid semalam, Raja Kamaruddin berkata keputusan pelantikan tersebut dibuat tanpa merujuk kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan.

“Rakyat tukar kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) kepada PKR. Baru setahun jagung (memerintah) bukan hendak mempertahankan tetapi hendak menggadai kanpula hak Melayu. Ini tidak betul,” katanya.

Beliau berkata, dalam memorandum berkenaan pihaknya juga mencadangkan agar Menteri Besar melantik seorang timbalan yang dapat membentu melicinkan perjalanan pentabiran negeri kerana beliau mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu diberi perhatian.

“Kalau hendak jadi Menteri Besar di negeri ini, Abdul Khalid perlu meninggalkan Parlimen agar boleh menumpukan perhatian kepada pentadbiran Selangor,” katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya akan menunggu reaksi daripada pihak Menteri Besar mengenai isu ini dan sekiranya tiada, BBRMS tidak teragak-agak untuk mengadakan bantahan lebih besar.

“PKNS hak orang Melayu jangan cuba hendak gadaikan, Abdul Khalid mesti ingat asas perjuangan kemerdekaan adalah orang Melayu mahu Negara yang diperintah sendiri oleh mereka danmengamalkan undang-undang Islam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menerima satu memorandum bantahan oleh gabungan enam persatuan PKNS yang menggesa agar surat pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS ditarik balik.

Penyerahan memorandum yang dibuat semasa Sidang Dewan Undangan Negeri berhenti rehat semalam diketuai oleh Presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS, Idris Ishak yang mewakili Persatuan Pegawai Kanan, Persatuan Eksekutif, Persatuan Badan Islam, Persatuan Kebajikan Pekerja, Kesatuan Pekerja dan Kelab Sukan dan Reaksi PKNS.

Comments :

4 comments to “ASSOBIYAH "PAR EXCELLANCE"”
Anonymous said...
on 

as'kum ..

nampak gayanya sepenggal je laa Pakatan Rakyat di Selangor , propaganda UMNO akan terus canang tentang UiTM , roboh kuil, babi , tulisan jawi , azan dan ini yang terbaru tentang PKNS .. orang PAS dan orang PKR syok sendiri ke kot .. sentimen perkauman ditiup merata oleh org² UMNO dan En. Khir Toyo ( ini manusia tapir kt Puncak Alam pon laknat dia).. dan org Melayu masih bangang kena tipu hidup² dengan UMNO , harap ahli politik PR jgn laa bengap sangat kalau masih nak memerintah ...

Anonymous said...
on 

Saya mahu nasihatkan dr. dan kerajaan negeri Selangor agar mengurangkan kontroversi. Kontroversi demi kontroversi bakal mengundang padah... Boleh jadi Selangor bakal kecundang pilihanraya akan datang..

Unknown said...
on 

Terima kasih atas teguran dan nasihat. Ada ketikanya agak sukar untuk TIDAK mewujudkan kontroversi kerana Kerajaan PR Selangor sedang menongkah arus yang sangat kencang, sebarang tindakan yang bertentangan dengan polisi serta amalan kerajaan BN yang lalu akan dilihat janggal dan luar biasa.
Memang sukar untuk membuat dan menerima sebarang bentuk perubahan:keluar dari zona keselesaan.

Anonymous said...
on 

Terima kasih dr .. moga dapat memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat negeri selangor
...insyaAllah tuhan merahmatimu, tentang PKNS tuh mmg banyak ahli lembaga pengarah sedang atau yg dh tidak berkhidmat mempunyai personal
interest dlm tuh
siap ada company sendiri rebut tender kerajaan, patutlah suku sakat hidup mewah di seksyen 9 dan tidak menjadi kehairanan jika manusia sebegini mempertahankan UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com