Pray For MH370

Pray For MH370

ONG TEE KEAT & CHUA SOI LEK MENANG DALAM MCA




KEAT dijulang penyokongnya selepas diumumkan menang Presiden MCA pada perhimpunan agung parti itu, semalam.



Ong Tee Keat Menang Jawatan Presiden Soi Lek jadi timbalan tewaskan 3 calon



BeritaOnLine

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat dipilih sebagai Presiden MCA yang baru menewaskan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dalam pertandingan dua penjuru, malam tadi.

Ong mendapat 1,429 undi berbanding Chua yang hanya memperoleh 917 undi. Ini adalah percubaan pertama Ong manakala Chua pernah merebut jawatan yang sama tetapi tewas di tangan Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005. Ka Ting tidak mempertahankan jawatannya kali ini.

Bekas Menteri Kesihatan yang juga calon kontroversi, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Timbalan Presiden, dengan 1,115 undi mengalahkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang mendapat 1,001 undi.

Kemenangan Dr Chua dianggap sebagai satu 'comeback' dan mengejutkan banyak pihak yang meramalkan kemenangan berpihak kepada Ong.

Beliau turut mengetepikan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Donald Lim Siang Chai (209 undi) dan calon kurang popular, Lee Hack Teik (10 undi).

Ini bermakna Presiden dan Timbalan Presiden MCA yang terpilih kali ini bukan daripada kumpulan yang sama walaupun tiada perisytiharan wujud pasukan gandingan.

Empat kerusi Naib Presiden menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha mendahului senarai dengan 1,798 undi; diikuti Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai (1,725); Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen (1,659) dan Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor, Tan Kok Hong (1,329).

Dr Ng mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama memenangi kerusi Naib Presiden.

Ong yang ditemui selepas pengumuman kemenangan itu berkata, kemenangannya tidak membabitkan sebarang perbalahan peribadi.

"Saya terharu dengan sokongan perwakilan dan satu-satu cara membalasnya ialah dengan menunjukkan penghargaan melalui kerja keras serta merta," katanya.

Dr Chua bangga dan berterima kasih kepada perwakilan yang memberi sokongan padu serta berikrar berusaha bersama barisan pemimpin baru parti itu untuk memastikan MCA bergerak dan maju khususnya untuk memenuhi permintaan, harapan dan aspirasi ahli dan rakyat terutama selepas pilihan raya umum lalu.

"Rekod saya yang berkhidmat bersungguh-sungguh dan ikhlas serta pengalaman dalam parti dan hal ehwal kerajaan menyumbang kepada kemenangan ini," katanya yang mengakui tidak menghadapi masalah untuk berganding dengan Presiden baru, Ong Tee Keat.

Sementara itu, Liow menyifatkan kemenangannya membuktikan perwakilan mahu melaksanakan perubahan dan pengukuhan parti.

"Saya yakin melalui kerjasama berpasukan yang dipilih perwakilan kita terus melaksanakan perubahan yang disasarkan," katanya.

Ong (Ka Chuan) yang gagal dalam percubaannya merebut jawatan Timbalan Presiden menerima keputusan perwakilan dan akan terus menyumbang kepada parti dengan memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan.

"Saya memerlukan masa untuk membuat post mortem (mengenai punca kekalahan), dan tidak rasional untuk saya terus menyatakannya sekarang," katanya.

Dr Ng dalam reaksinya berkata, sebagai wakil tunggal wanita yang terpilih untuk Naib Presiden beliau akan menggerakkan perancangan parti secara berpasukan khususnya menguatkan MCA.

"Kita perlu bersama-sama mencari satu strategi dengan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan kemenangan berpihak kepada kita pada pilihan raya akan datang," katanya.

Comments :

0 comments to “ONG TEE KEAT & CHUA SOI LEK MENANG DALAM MCA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com