Pray For MH370

Pray For MH370

SULTAN SELANGOR BERTITAH DI KONVO UPM

Isu seperti pemanasan global, krisis makanan, kesan kenaikan harga minyak, perubahan cuaca, kegawatan ekonomi, masalah sosial, kekeliruan politik dan masalah perpaduan perlu ditangani dengan matang dan penuh dengan nilai intelektual Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor. Maka kita sebagai rakyat jelata hendaklah menyahut cabaran ini dengan lebih banyak berfikir dari menggunakan emosi serta perasaan.



Sultan Selangor mahu UPM tangani isu global
Kajian universiti perlu diperluas



Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

SULTAN Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah Ijazah Doktor Falsafah bidang Komunikasi Kemanusiaan kepada Zahid pada sesi pertama majlis konvokesyen UPM, semalam.


SERDANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta pihak universiti mendampingi masyarakat serta berkongsi kekayaan ilmiah melalui kajian yang dijalankan dan menggandakan usaha proaktif dalam menangani permasalahan yang berlaku sekarang.

Baginda yang juga Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), bertitah isu seperti pemanasan global, krisis makanan, kesan kenaikan harga minyak, perubahan cuaca, kegawatan ekonomi, masalah sosial, kekeliruan politik dan masalah perpaduan perlu ditangani dengan matang dan penuh dengan nilai intelektual.

Baginda bertitah, pihak universiti perlu segera mencari penyelesaian untuk membawa masyarakat keluar dari kegusaran misalnya seperti kenaikan harga minyak yang boleh diselesaikan jika kajian terhadap penghasilan biofuel dan biodiesel dipertingkatkan serta diberi perhatian serius.

"Beta ingin melihat sumbangan universiti terutama UPM mampu memberi kesan kepada masyarakat global dan relevan dengan agenda pembangunan negara seperti pembangunan produk halal.

"Penubuhan Institut Penyelidikan Produk Halal UPM juga dilihat dapat memberi sumbangan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal bertaraf dunia.

"Beta berharap eksploitasi terhadap kajian yang dijalankan universiti ini akan dapat membantu masyarakat seterusnya dijadikan agenda penting dalam fungsi UPM," titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM Ke-32, di sini, semalam.

Pada majlis sama, baginda berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi kepada Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan berdasarkan sumbangannya sebagai negarawan tersohor di Asean.

Turut menerima ijazah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah bidang Komunikasi Kemanusiaan pada sesi pertama majlis konvokesyen itu.

Pada konvokesyen kali ini, Hadiah Pingat Emas Canselor UPM dianugerahkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Aini Marina Ma'rof. Keseluruhan 7,846 graduan menerima diploma dan ijazah pada konvokesyen selama lima hari.

Comments :

0 comments to “SULTAN SELANGOR BERTITAH DI KONVO UPM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com