Pray For MH370

Pray For MH370

ADC NAJIB ARAH......


Azilah dakwa ADC Najib arah bantu Razak Baginda

Pengakuan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kes yang mendakwa ADC Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkannya membantu Abdul Razak Baginda memeranjat banyak pihak.

Azilah dalam pengakuannya menyatakan ADC Najib iaitu Musa Safri menghubungi beliau pada 17 Oktober 2006 bertanyakan sama ada sesiapa di Balai Polis Brickfields boleh membantu Abdul Razak Baginda.

Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) membalas bahawa dia mengenali seorang Superintendan Idris Karim yang juga Ketua CID daerah terbabit. Kata Azilah, Musa memberitahu bahawa Abdul Razak sedang diugut (blackmailed) dan mengarahkannya berjumpa Abdul Razak untuk diperkenalkan kepada Idris.

Mereka bertiga dikatakan bertemu keesokan harinya dan dalam pertemuan itu Azilah menyatakan bahawa Abdul Razak memberitahu bahawa beliau sedang diugut oleh seorang lelaki dan wanita yang kedua-duanya berbangsa cina.

Abdul Razak memperdengarkan rakaman suara lelaki cina kepada Azilah yang menyatakan antara lain berbunyi :"Kasi pecah you punya muka".

Azilah menasihatkan Abdul Razak untuk membuat laporan polis namun beliau enggan. Abdul Razak juga memberitahu beliau telah mengupah seorang penyiasat persendirian dan kemudiannya memberi alamat kepada Azilah yang tertera alamat nombor bilik 823 Hotel Malaya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Abdul Razak mengarahkannya pergi ke bilik 512 untuk 'menasihati Aminah'.

Di Permatang Pauh, Najib dikatakan telah bersumpah dalam sebuah masjid bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Harakahdaily/ graphics fron sun2surf
KUALA LUMPUR, 16 Jan 2008

Comments :

0 comments to “ADC NAJIB ARAH......”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com