Pray For MH370

Pray For MH370

INSTITUSI BERAJA KEKAL CUMA PERLU DI LANDASAN YANG BETUL

Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) telah menganjurkan sebuah forum bertajuk " Raja Berperlembagaan dan kemelut' di Shah Alam baru-baru ini. Ahli forum terdiri dari Prof Dr Aziz Bari dari UIAM dan Peguam Haji Sulaiman Abdullah. Prof Madya Zainal Kidam bertindak sebagai Pengerusi. Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno telah menarik diri di saat akhir.

Sebelum 1959 apabila menteri besar merupakan lantikan peribadi Raja-raja secara mutlak. Selepas itu pilihan raya umum diadakan dan sultan dikehendaki mematuhi prinsip demokrasi meskipun peruntukan yang berkenaan.

Kesimpulandari forum dua jam itu ialah institusi beraja tetap kekal dan relevan dan apa yang dibincangkan ialah kesilapan dan kekurangan; sesuatu yang wajar dan sihat untuk diteruskan supaya institusi berkenaan sentiasa berada di landasan yang betul.


Sistem beraja kekal, pelaksanaan yang bermasalah - Prof Dr Aziz Bari

Tidak timbul soal membuang sistem beraja kerana apa yang menjadi perbincangan hari ini ialah cara kuasa-kuasa dan kedudukan raja digunakan di dalam sistem yang ada sekarang. Demikian antara kesimpulan forum mengenai 'Raja Berperlembagaan dan kemelut' di Shah Alam baru-baru ini.

Forum anjuran Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) itu disertai oleh dua orang panelis; Peguam Haji Sulaiman Abdullah dan Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Dipengerusikan oleh Prof. Madya Zainal Kidam dari UNISEL forum itu turut mengundang Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno, yang bagaimanapun mengundur diri di saat-saat akhir. Seorang pensyarah UKM yang pada awalnya bersetuju untuk mengambil tempat Kamilia juga mengundurkan diri.

Dalam pembukaannya Abdul Aziz menghuraikan beberapa ciri penting perlembagaan-perlembagaan negeri yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara. Katanya, di sembilan negeri yang mempunyai raja perlembagaan negeri dibahagikan kepada dua.

Aziz berkata konsep raja berperlembagaan telah bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Beliau menjelaskan meskipun konsep tersebut tidak di dalam bentuk yang ada sekarang Raja-raja sebenarnya dikekang oleh prinsip Islam yang menjadi tunjang kepada Kanun Melaka.

"Kita perlu membezakan apa yang ada dalam undang-undang yang di dalam konteks kanun itu ialah hukum syariah dengan cerita penglipur lara dan filem yang menggambarkan bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak yang tiada batasnya. Sedangkan kita ada peribadi-peribadi seperti Sultan Alauddin Riayat Shah yang mempunyai keperibadian unggul yang malangnya tidak pernah dijadikan filem," katanya.

Hari ini, Aziz berkata, Raja-raja tidak mempunyai kuasa mutlak meskipun kuasa melantik menteri besar itu disebut sebagai budibicara.

"Apa yang mutlak ialah sebelum 1959 apabila menteri besar merupakan lantikan peribadi Raja-raja. Selepas itu pilihan raya umum diadakan dan sultan dikehendaki mematuhi prinsip demokrasi meskipun peruntukan yang berkenaan menyebut sebagai budibicara,"jelasnya.

Dalam hujahnya, Sulaiman Abdullah menjelaskan Raja-raja melalui zaman getir di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, kata Sulaiman, Mahathir dianggap raja sebenar kerana tindakan-tindakannya.

Selain Raja-raja, katanya lagi, badan kehakiman juga turut menerima kesan yang negatif terutamanya apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dipecat pada 1988.

Sulaiman mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada dari kalangan Raja-raja yang mempunyai kelayakan iktisas dalam pengajian Islam.

"Ini kerana ada Raja-raja yang telah berjaya mendapat kelulusan dalam bidang lain seperti undang-undang dan oleh itu sangat wajar berdasarkan kepada kedudukan mereka sebagai ketua agama untuk Raja-raja mempunyai kelayakan yang sesuai dalam bidang agama," tegasnya.

Forum yang berlangsung lebih dua jam itu mengundang pelbagai soalan dari hadirin yang rata-rata menimbulkan banyak soalan tentang krisis politik di Perak.

Bagaimanapun di saat akhir forum seorang bekas komando menimbulkan sedikit kegelisahan apabila beliau membangkitkan apa yang beliau rasakan sebagai penghinaan kepada Raja-raja Melayu.

Tanggapan itu bagaimanapun disanggah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa forum itu sendiri membuat kesimpulan bahawa institusi beraja tetap kekal dan relevan dan apa yang dibincangkan ialah kesilapan dan kekurangan; sesuatu yang wajar dan sihat untuk diteruskan supaya institusi berkenaan sentiasa berada di landasan yang betul.

Tarmizi Mohd Jam/mks/ harakahdaily

Comments :

0 comments to “INSTITUSI BERAJA KEKAL CUMA PERLU DI LANDASAN YANG BETUL”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com