Pray For MH370

Pray For MH370

SIDANG DUN SELANGOR PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA SELESAI



Ramai wakil rakyat pembangkang Selangor ponteng untuk hari terakhir Sidang DUN. Sebagai wakil rakyat, antara tanggungjawab mereka adalah membahaskan isu berkaitan rakyat di dalam dewan.

ADUN BN telah terbiasa bersidang tidak lebih dari tiga hari pada setiap kali mesyuarat persidangan DUN.

Sebanyak empat usul telah dibahaskan dan diluluskan serta satu usul tergempar telah dibahaskan.

MB Harap Adun BN Tingkat Disiplin




Tindakan sebilangan besar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang tidak menyertai hari terakhir persidangan dewan undangan negeri hari ini dianggap tidak menunaikan tanggungjawab.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai wakil rakyat, antara tanggungjawab mereka adalah membahaskan isu berkaitan rakyat di dalam dewan.

“Saya harap (mutu) disiplin mereka ini mesti dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media selepas persidangan Dun petang tadi.

Abdul Khalid berkata Adun Pakatan Rakyat (PR) telah menunjukkan kematangan dalam perbahasan sepanjang enam hari persidangan berlangsung.

Katanya, selain meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009, persidangan kali ini turut meluluskan empat usul yang dibawa Adun PR.

Keempat-empat usul berkenaan ialah pertama, mengiktiraf kebebasan kerajaan negeri dan anak-anak syarikat membuat sumbangan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada mana-mana pihak yang difikir sesuai, kedua menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua aduan rasuah dan salah guna kuasa secara meluas dan bebas berdasarkan merit tanpa memilih kes tertentu.

Usul ketiga ialah mendesak kerajaan persekutuan akur dan mengutamakan hak serta kepentingan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dalam rundingan pembelian semula pengurusan air dari syarikat-syarikat konsesi dan keempat ialah menggesa kerajaan negeri mengatasi keadaan ekonomi yang semakin merosot demi kepentingan rakyat.

Mesyuarat pertama penggal kedua kali ini turut membahaskan usul tergempar mengenai usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang menjalankan program ‘People Centric’ untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan persekutuan dengan menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin dan kerajaan negeri.

Mengulas mengenainya, Abdul Khalid berkata walaupun tindakan itu boleh dibuat oleh BN, tetapi ia adalah satu bentuk kesalahan tatatertib pegawai kerajaan yang tidak seharusnya berlaku.

“Menggunakan pegawai-pegawai yang dibayar (gaji) melalui cukai negara (untuk program) ini adalah satu kesalahan tatatertib,” katanya.

NOOR ALLIA KASSIM/ Selangorkini Online
-------------------------------------------------------------------------------------

Perbahasan rancak walaupun tiada wakil BN


Ketua Pembangkang dan Adun BN tiada kesungguhan untuk membela dan menjaga kepentingan penduduk di kawasan mereka apabila sebilangan besar Adunnya tidak hadir dalam sesi sepanjang perbahasan sidang DUN.

Ekoran itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Adun yang mesti hadir dalam sidang DUN.

Katanya, mereka mesti menerangkan dan membahaskan perkara- perkara yang dikemukakan dalam Dewan untuk menjaga kepentingan penduduk.

Bagaimanapun beliau berharap semua Adun BN termasuk Ketua Pembangkang perlu sensitif dengan masalah penduduk serta kesungguhan menghadiri sidang DUN perlu dipertingkatkan.

Sidang DUN yang berlangsung selama enam hari tujuh jam itu telah menjawab 34 soalan lisan, meluluskan satu Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan empat usul.

Dalam pencapaian sidang DUN kali ini Khalid berbangga kerana hampir semua Adun membuat persediaan ketika mengutarakan soalan dan perbahasan.

Ini suatu petanda baik kerana katanya sidang DUN itu akan direkodkan untuk masa depan generasi akan datang bagi melihat dan menghayati perbincangan yang telah dilakukan.

"Walaupun saya bercakap sekarang tidak ada kumpulan pembangkang, ini bukan satu petanda yang tidak baik kerana ketika kerajaan BN mentadbir sidang DUN tidak pernah sampai tiga hari," katanya.

Beliau berkata, sidang DUN turut membahaskan usul tergempar yang diluluskan oleh Dewan iaitu usaha Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan Pesekutuan menjalankan program `people centric'.

Katanya, program itu merupakan usaha kerajaan Persekutuan meningkatkan imej dan kredibiliti pimpinan BN sekaligus menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat.

Tujuan perjumpaan itu juga tambah beliau untuk memenangi pilihan raya ke13 dengan majoriti 2/3 di Parlimen dan BN dapat menawan kembali negeri Selangor.

Beliau berkata, walaupun perkara itu boleh dilakukan oleh BN tetapi mereka telah menggunakan pegawai kerajaan dan ternyata ia merupakan satu kesalahan.

Saidah Hairan/ harakahdaily

Comments :

1
Unknown said...
on 

Puan YB,
Apakah ketidak hadiran perwakilan di sessi persidangan tidak mewajarkan pengecualian elaun-elaun perjalanan keraian dari dituntut?
Bagaimanakah pertuduhan rasuah tidak membolehkan kerajaan negeri bebas 'bertegas' ke atas ADUNnya sementelahan DUN tidak bersidang di Parlimen?

Bolehkah diterangkan maksud memegang jawatan tanpa berpendapatan yang dinyatakan sebagai antara sebab ADUN upaya dilucutkan keahliannya selain dari terlibat di dalam 'penipuan menerusi penggunaan wang di dalam pilihan raya'?

Bolehkah anak Selangor tidak 'didera' untuk terlibat di dalam kempen pilihan mana-mana parti di dalam usaha mengembalikan maruah bahasa melayu?

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com