Pray For MH370

Pray For MH370

PERPUSTKAAN NEGARA MALAYSIA PERKENAL PERKHIDMATAN BARU

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melangkah beberapa tapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan beberapa perkhidmatan terbaru seperti Video on Demand, Audio on Demand, e-Books, Score A Programme, dan pelbagai pangkalan data seperti Current Law Journal, Sirimlink dan Bernama Library and Infolink Services (BLIS). Tahniah dan syabas.


Perpustakaan Negara Promosi Perkhidmatan Elektronik


Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini giat mempromosikan perkhidmatan elektronik dan digitalnya bagi meningkatkan lagi pembudayaan literasi melalui teknologi maklumat.

Ketua Pengarah PNM Raslin Abu Bakar (foto)berkata bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini amat penting untuk dikuasai dan merupakan pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

"Saya harap PNM dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama yang sahih dan tepat," katanya kepada pemberita sempena majlis pelancaran Program e-Teroka@pnm di sini, Khamis.

Raslin berkata selain mempromosi perkhidmatan elektronik dan digital, program itu juga dapat membantu meningkatkan kesedaran pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam teknik dan strategi pencarian maklumat yang lebih tepat dan berkesan terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Antara perkhidmatan secara online yang disediakan oleh PNM kini ialah Video on Demand, Audio on Demand, e-Books, Score A Programme, dan pelbagai pangkalan data seperti Current Law Journal, Sirimlink dan Bernama Library and Infolink Services (BLIS).

BERNAMA

Comments :

0 comments to “PERPUSTKAAN NEGARA MALAYSIA PERKENAL PERKHIDMATAN BARU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com