Pray For MH370

Pray For MH370

PENGARAH PR PAS PUSAT TOLAK KEHENDAK PEMUDA MAHU BERTANDING DI PENANTI

PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelumnya.

PAS Pusat Tolak Kehendak Pemudanya Mahu PAS Bertanding Di Penanti


PAS Pusat menolak hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang supaya PAS meletak calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali (foto kanan atas).

Kerusi Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinnag.

PKR telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.(foto kiri bawah)

Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, (foto kiri atas) bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Barisan Nasional (BN) belum menamakan calon mereka.

Bernama

Comments :

0 comments to “PENGARAH PR PAS PUSAT TOLAK KEHENDAK PEMUDA MAHU BERTANDING DI PENANTI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com