Pray For MH370

Pray For MH370

SATU LAGI REKOD DUNIA DI CIPTA DI PERAK

Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya Datuk Ramly Ali membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ini sekaligus memendekkan tempoh perkhidmatan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hari ini.

12 Mei, 2009 19:04 PM

Krisis Perak: Jawatan MB Perak Kembali Kepada Zambry


IPOH, 12 Mei (Bernama) -- Krisis politik Perak menjadi bertambah rumit Selasa apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu jawatan Menteri Besar Perak kini kembali kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sementara menunggu perbicaraan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ia sekaligus memendekkan tempoh perkhidmatan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hari ini, yang hanya sempat mempengerusikan satu mesyuarat Exco awal pagi ini di Pajabat PAS Negeri di sini, dan menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pagi ini.

Jika semalam Zambry telah mengosongkan pejabatnya sebaik mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini beliau meminta Mohammad Nizar pula mengambil langkah serupa.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dan meminta Mohammad Nizar menghormati proses perundangan.

Zambry berkata beliau akan terus bertugas sebagai Menteri Besar sehingga selesai proses perundangan di Mahkamah Rayuan dan kemungkinan juga hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu hari ini, berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Zambry berkata dengan keputusan mahkamah itu, kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Ahmad Kamal Shahid adalah kekal.

Lagi pun keputusan menggantung mereka yang dibuat oleh mesyuarat Exco yang dipengerusikan Mohammad Nizar lewat malam tadi hingga awal pagi ini hanya terlaksana jika ada mesyuarat Exco sekali lagi bagi mengesahkannnya.

Mohammad Nizar hari ini telah menggantung tugas Dr Abdul Rahman dan melantik Pegawai Kewangan Negeri Datuk Jamaluddin Al Amini Ahmad memangku jawatan itu.

Mohammad Nizar juga mengumumkan penggantungan tugas Ahmad Kamal. Notis penggantungan tugas Dr Abdul Rahman dan Ahmad Kamal telah ditampal di papan kenyataan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sementara itu, Mohammad Nizar dan para anggota Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu dan telah mengosongkan pejabat mereka mulai pukul 2.30 petang.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak, beliau berkata pihak peguamnya sedang mengkaji kemungkinan memohon rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pakatan DAP-PKR-PAS akur dengan perintah itu walaupun menyifatkan keputusan berkenaan sebagai 'luar biasa' dan menimbulkan banyak lagi persoalan yang akan merumitkan lagi keadaan, katanya.

"Kami akan mendapatkan nasihat daripada panel peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Kami akan mengikut peraturan undang-undang yang dibenarkan," katanya.

Mohammad Nizar juga mengulangi pendirian pakatan pembangkang itu tetap mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memulihkan keadaan politik di Perak.

Ketika ditanya kesediaan pakatan itu jika usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dibawa ke dalam persidangan DUN, beliau berkata: "Kita akan tengok jika ia dilakukan dengan syarat-syarat yang dibenarkan.

"Setiap ketika jawatan menteri besar itu, iaitu dari saya mengangkat sumpah ia tidak pernah dikosongkan dan saya tidak pernah letak jawatan."

Ditanya pertemuan beliau dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini, Mohammad Nizar berkata beliau berbual panjang dengan baginda secara am dan bukan mengenai isu politik.

Sebelum itu, Mohammad Nizar dikatakan telah mengutus surat memohon menghadap Sultan Perak bagi meminta perkenan baginda membubarkan DUN Perak.

Ekoran perkembangan berkenaan, polis terus mengadakan kawalan di pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan.

BERNAMA

PLOT "ANIMAL FARM" SERUPA DENGAN KRISIS DI PERAK

Comments :

0 comments to “SATU LAGI REKOD DUNIA DI CIPTA DI PERAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com