Pray For MH370

Pray For MH370

PERMULAAN KES IALAH LAPORAN POLIS

Laporan polis telah dibuat semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.

Aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini juga akan menyusul.

KeADILan Perak buat laporan polis kes hina Speaker

Parti KeADILan Rakyat Negeri Perak telah membuat laporan polis serentak semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.

Dalam kejadian tersebut V. Sivakumar yang masih kekal jawatan Speaker Dun Perak yang sah telah diusir dan diheret keluar oleh pihak Umno/BN yang tiada memakai lencana pengenalan diri ketika Sidang Dewan Negeri Perak sedang berjalan.

Malah dilaporkan juga tragedi ditanggalkan jubah pakaian rasmi Speaker secara paksa oleh anggota polis yang dikatakan tiada pakaian seragam dan tanpa memakai tanda pengenalan diri.

Semalam tepat jam 3.30 petang pimpinan PKR yang diketuai oleh Timbalannya Haji Ahmad Zainal telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Balai Polis di sini.

Menurut Ketua KeADILan di sini Haji Mohd Aun Mansor partinya juga akan membuat aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini.
mns/harakahdaily

Comments :

1
Hasrin Bin Abdul said...
on 

Speaker Ganesan berhak untuk memanggil sesiapa saja untuk menghalau SIVAKUMAR keluar dari dewan!! SIVAKUMAR sudah dipecat oleh majority ahli Dewan . Speaker Ganesan telah menjalankan tugas dengan baik pada 7 Mei setelah cuba disabotaj oleh SIVAKUMAR. selepas ini Ganesan akan panggil sidang tergempar untuk undi tidak percaya pada Nizar. Adalah lapuran polis akan dibuat juga???

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com