Pray For MH370

Pray For MH370

FAUZI ABDULLAH SEORANG PENIAGA CALON PAS PRK MANEK URAI

Dua laporan mengenai PRK Dun Manek Urai, Kelantan.

*Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai


*Haji Fauzi mendapat sokongan peringkat akar umbi

Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi.

m/harakahdaily
======================================================================

Haji Fauzi mendapat sokongan peringkat akar umbi



KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Pemilihan Haji Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar kepada sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan.
Iklan




Bendahari PAS Kuala Krai itu menduduki tempat pertama daripada senarai nama yang dikemukakan setiap cawangan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat banyak nama yang dicadangkan cawangan kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum dipertimbangkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ke PAS pusat.

Katanya, ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akur sesiapa pun yang dicalonkan pimpinan negeri bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini.

"Malah semua jentera di peringkat cawangan telah bersetuju mematuhi arahan negeri dan meneruskan kempen. Saya berpendapat Haji Fauzi tidak jauh beza dengan arwah Paksu Wil," katanya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.

Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Omar berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.

Katanya, walaupun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama.

"Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya.

Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri.

"Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Haji Fauzi yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai," ujar beliau.


m/Mohd Nor Yahya/harakahdaily

Comments :

0 comments to “FAUZI ABDULLAH SEORANG PENIAGA CALON PAS PRK MANEK URAI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com