Pray For MH370

Pray For MH370

PENERIMA BIASISWA JPA TELAH DIKENALPASTI

Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik
Kategori Dua – Populasi kaum
Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak
Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut" menurut Menteri di Jab Perdana Menteri.


Biasiswa JPA: Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai


Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

“Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Itu tidak berlaku, Yang Berhormat (Lim Kit Siang) kalau tak tahu, jangan cakap. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa,” tegasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang dalam soalan tambahannya mempersoalkan ramainya pelajar cemerlang di kalangan bukan bumiputera gagal memperoleh biasiswa walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah), Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari lalu memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik

- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.
- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.

Kategori Dua – Populasi kaum

- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.
- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Utusanonline

Comments :

0 comments to “PENERIMA BIASISWA JPA TELAH DIKENALPASTI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com