Pray For MH370

Pray For MH370

PELAJAR SEKOLAH ANTARA 50 MANGSA INFLUENZA A HINI DI NEGARA INI

Satu kes Influenza A (H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun dari SRJK (C) Jalan Davidson di Kuala Lumpur telah disahkan hari ini menjadikan kes Influenza A (H1N1) di sekolah itu kepada tiga sekaligus memaksa pihak berwajib menutup sekolah berkenaan selama seminggu.

Seorang pelajar tahun lima dari Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2 di Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Shah Alam merupakan antara lapan kes H1N1 terbaru yang dilaporkan hari ini juga.

Ini menjadikan jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara sebanyak 50 setakat ini.

21 Jun, 2009 21:26 PM

SRJK Jalan Davidson Ditutup Akibat H1N1


PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) (C) Jalan Davidson di Kuala Lumpur menjadi sekolah pertama di negara ini yang ditutup akibat penularan virus Influenza A (H1N1).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penutupan sekolah berkenaan selama seminggu telah dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tengah hari tadi.

Menurut beliau, langkah tersebut adalah keputusan yang telah dipersetujui selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermesyuarat minggu lepas.

"Kita telah bersetuju untuk mengambil tindakan ini mengikut protokol yang ditetapkan selepas mesyuarat beberapa hari lepas. Ia perlu untuk mengelakkan virus ini terus merebak.

"Walaupun hanya seorang pelajar yang dijangkiti tapi dia mendapat virus ini menerusi rakyat Malaysia yang lain dan telah menjangkiti dua pelajar lain jadi tindakan Kementerian Kesihatan untuk menutup sekolah berkenaan adalah wajar," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas pertandingan akhir Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Sukan Air di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai penutupan SJKC Jalan Davidson berikutan penularan tempatan virus H1N1 melibatkan pelajar sekolah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain dari mengkuarantin pelajar terbabit, pemantauan rapi akan dilakukan ke atas sekolah itu sepanjang ia ditutup.

"Jika keadaan bertambah baik ia akan dibuka semula selepas seminggu. Kita tidak dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Walaupun saya tidak mahu pembelajaran murid-murid ini terganggu tapi keselamatan para pelajar itu perlu diutamakan terleboh dahulu. Jangan tunggu sehingga ia menjangkiti lebih ramai pelajar kerana pada ketika itu, semua sudah terlambat," katanya.

Beliau berkata, kesemua ibu bapa diminta agar memahami sepenuhnya tindakan berkenaan sekaligus memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk memastikan semua perkara berjalan dengan lancar.

Menjawab soalan sama ada MKN akan menutup dua sekolah lagi di Selangor berikutan kejadian yang sama, Muhyiddin berkata buat masa ini tidak perlu.

"Keadaan masih terkawal untuk dua sekolah berkenaan dan kami masih memantau perkembangan lanjut. Buat masa ini kesemua langkah-langkah pencegahan telah dijalankan sebaik mungkin," katanya.

Seorang pelajar tahun lima dari Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2 di Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Shah Alam merupakan antara lapan kes H1N1 terbaru yang dilaporkan hari ini.

Muhyiddin turut menolak kemungkinan untuk mengenakan saringan kesihatan ke atas setiap murid sebelum mereka memasuki perkarangan sekolah seperti yang diamalkan di negara jiran Singapura.

Mengulas lanjut beliau berkata langkah itu dianggap sebagai drastik dan boleh mencetuskan kebimbangan yang tidak terkawal di kalangan masyarakat setempat, khususnya ibu bapa.

"Walaupun kita mengambil berat dan memandang serius penularan virus ini, kita mahu ia dilakukan dengan teratur dan tepat, bukan mencetuskan kebimbangan yang tidak berasas dengan pergi ke semua sekolah dan memeriksa semua pelajar, ada lebih lima juta pelajar.

"Saya rasa Kementerian Kesihatan lebih tahu apa yang wajar mereka lakukan mengikut kes yang diterima. Itu sudah memadai," katanya.

Kementerian Pelajaran juga jelas beliau, tidak bercadang mengenakan sekatan atau larangan untuk para pelajar mengunjungi negara-negara terlibat walaupun mereka dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan itu sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

"Mereka patut mengelak dari mengunjungi negara-negara terlibat tapi pada setakat ini, kita masih belum mengeluarkan larangan seumpama itu. Jika kita melarang semua orang pergi ke mana-mana, ia juga akan menimbulkan masalah lain," katanya.

Terdahulu, Liow mengumumkan satu lagi kes Influenza A (H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun dari SRJK (C) Jalan Davidson di Kuala Lumpur disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara sebanyak 50 setakat ini.

Menteri itu berkata pelajar tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5(I), menjadikan kes Influenza A (H1N1) di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.

"Kami akan memantau sekolah itu dari dekat bersama guru-guru dan PIBG," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu.

Sebelum itu pelajar perempuan kelas yang sama telah disahkan menghidap penyakit itu pada pukul 6.30 pagi hari ini.

Menurut Liow kedua-dua pelajar perempuan berkenaan duduk berdekatan (di dalam kelas) dengan pelajar pertama sekolah itu yang mendapat jangkitan Influenza A (H1N1) selepas melawat Melbourne.

Berikutan itu Liow mengumumkan penutupan SRJK (C) Jalan Davidson ditutup mulai 19 Jun (Jumaat lepas) sehingga 26 Jun minggu depan sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan penyakit itu di kalangan warga sekolah.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “PELAJAR SEKOLAH ANTARA 50 MANGSA INFLUENZA A HINI DI NEGARA INI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com