Pray For MH370

Pray For MH370

MENGURUS PERSEPSI PENGUNDI DI MANEK URAI

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein berpendapat "Mereka yang ada liabiliti kepada parti juga tidak perlu turun (berkempen)," "BN kena guna psikologi di Manik Urai "


Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (foto kanan) berpendapat faktor calon tidak beri kelebihan pada mana-mana pihak. Manik Urai bergantung kepada bagaimana Umno menguruskan persepsi orang ramai terhadapnya, kerana ia bukan lagi soal isu," dan "Dalam soal ini, Umno kena ada keupayaan untuk membalas semua hujah yang dibuat pihak lawan jika mahu sokongan pengundi. Politik ugutan seperti tiada lagi pembangunan kalau tidak undi BN, tidak akan berkesan."

Foto kiri: Tuan Aziz bersongkok dan Hj Fauzi berserban

Perang Psikologi Di Manik Urai Bermula

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Dalam meniti saat menunggu tiba hari penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai Isnin ini dan hari mengundi pada 14 Julai ini, gendang pilihan raya sudah dipalu, bermula dengan serangan psikologi.

Ia bermula dengan serangan serangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, kurang daripada 24 jam selepas beliau diumumkan sebagai calon, Ahad lepas.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, namun Tuan Aziz, 39, pantas menafikannya dalam sebuah portal berita siber.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada serangan peribadi ditujukan terhadap lawannya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, bendahari PAS Kuala Krai yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Dalam amalan politik, serangan peribadi sering dijadikan senjata ampuh untuk membentuk persepi negatif terhadap lawan, terutamanya di kawasan yang didominasi satu kaum seperti di Manik Urai.

Ini kerana isu kaum dan agama tidak lagi relevan untuk dimanipulasikan. Di Manik Urai sebanyak 99.2 peratus daripada 12,292 pengundi adalah pengundi Melayu.

Beberapa penganalisis politik yang ditemui Bernama menyifatkan pengurusan persepsi adalah cabaran utama BN di Manik Urai jika mereka mahu menawan kawasan kubu kuat PAS itu.

"BN kena guna psikologi di Manik Urai," kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein di sini hari ini.

Beliau berkata BN masih mempunyai peluang di Manik Urai walaupun persepsi umum masih tidak menyebelahinya setelah beberapa penambahbaikan seperti pertukaran pucuk pimpinan kerajaan dan parti dilaksanakan.

"Mereka yang ada liabiliti kepada parti juga tidak perlu turun (berkempen)," katanya.

Katanya BN juga perlu mengelak taktik serangan peribadi terutamanya kepada tokoh kepimpinan lawan seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini kerana di Kelantan Nik Abdul Aziz dihormati lawan dan kawan. Apa yang penting BN kena utamakan penerangan tentang apa yang mereka mahu lakukan di situ serta ketengahkan Tuan Aziz sebagai calon rakyat," katanya.

Bagi pemerhati politik tempatan yang enggan dikenali, faktor calon BN yang lebih muda, berpengalaman dan latarbelakangnya yang baik dilihat memberikan kelebihan kepada BN.

Beliau berkata ini kerana Tuan Aziz di atas kapasitinya sebagai pegawai Kesedar, memberikan kelebihan kerana Kesedar terlibat secara langsung di Manik Urai yang merupakan satu daripada kawasan di bawah Parlimen Kuala Krai, selain Mengkebang, Guchil dan Dabong.

"Kemenangan PAS di situ selama ini pun kerana calonnya," katanya merujuk kepada Allahyarham Ismail Yaakob yang mewakili kawasan dewan undangan negeri (DUN) itu selama lima penggal.

Umno hanya memenangi kawasan itu pada 1980 dan 2004 di mana ketika Ismail tidak menjadi calon. Ismail meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung menyebabkan pilihan raya kecil itu perlu diadakan bagi memilih seorang Adun baru.

Manik Urai adalah kawasan luar bandar yang meliputi perkampungan, kebun-kebun getah dan ladang-ladang dengan sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai penoreh getah dan petani.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula berpendapat kedua-dua calon dilihat mempunyai peluang yang seimbang.

"Saya ingat faktor calon tidak beri kelebihan pada mana-mana pihak. Manik Urai bergantung kepada bagaimana Umno menguruskan persepsi orang ramai terhadapnya, kerana ia bukan lagi soal isu," katanya.

"Dalam soal ini, Umno kena ada keupayaan untuk membalas semua hujah yang dibuat pihak lawan jika mahu sokongan pengundi. Politik ugutan seperti tiada lagi pembangunan kalau tidak undi BN, tidak akan berkesan.

"Mereka (pengundi) ini semua adalah penoreh getah, petani dan peneroka yang tidak takut pada harimau atau apa-apa binatang. Inikan pula sebuah parti politik," kata Mohammad Agus.

Beliau berkata BN perlu bersedia menjawab kepada rakyat bekenaan isu-isu nasional dan krisis perlembagaan di Perak, jika ia dibangkitkan di Manik Urai.

"Namun apa sahaja "keputusan" di Manik Urai perlu mempamerkan kematangan berpolitik kedua-dua parti. Perbuatan seperti "cah keting" (cantas-mencantas) dan serangan peribadi perlu dielak.

"Biarlah pilihan raya berlaku dalam landasan demokrasi tulen," kata Mohammad Agus.

Syed Azwan Syed Ali /BERNAMA

Comments :

0 comments to “MENGURUS PERSEPSI PENGUNDI DI MANEK URAI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com