Pray For MH370

Pray For MH370

KISAH BENAR

Lelaki korek mata buaya untuk selamatkan diri


Seorang pemandu lori terpaksa bergelut dengan seekor buaya selama kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan diri daripada menjadihabuan reptilia yang menyambar kakinya itu semasa beliau sedang mandi di Sungai Semada, Balai Ringin dekat Kuching, Sarawak semalam.

Mathias Winston, 37, dari Kampung Semada Belatok, kira-kira 40km dari pekan Serian mengalami kecederaan di paha kiri, betis dan tapak tangan kanannya selepas diterkam dan dihempas buaya yang 'mengamuk' itu.

Pada kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, Mathias yang sedang mandi bersendirian di sungai, diserang buaya berukuran kira-kira enam meter panjang itu, yang pada mulanya menyambar bahagian betis kanan.

Isteri Mathias, Mira Dehim, 37, yang ditemui di Hospital Umum Sarawak hari ini berkata ketika kejadian beliau sedang memasak di rumah apabila beliau terdengar jeritan suaminya meminta tolong.

"Saya ingat suami saya akan mati. Buaya itu ganas dan menerkam kaki selain beberapa kali menghempas badannya. Saya terus tarik tangan suami, tapi buaya itu tidak lepaskan gigitan, saya hampir jatuh," katanya.

Mira berkata buaya itu melepaskan gigitannya hanya selepas Mathias mengorek biji mata reptilia itu.

"Suami saya cuba membuka mulut buaya untuk melepaskan diri namun gagal. Dia sempat capai bahagian mata buaya itu dan cuba mengorek biji matanya. Buaya itu kemudian melepaskan gigitan dan terus menghilangkan diri," katanya.

Mathias yang dibawa ke Hospital Serian kemudian dirujuk kepada HUS untuk lawatan lanjut.

Mira berkata ini merupakan kes kedua serangan buaya di Sungai Semada, di mana sebelum ini pada tahun 2008, pakciknya turut diserang seekor buaya tidak jauh dari tempat kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang, paha serta tulang rusuk.


"Akhir-akhir ini, dua hingga tiga ekor buaya selalu timbul di sungai itu
pada sebelah petang. Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan agar kejadian serangan buaya tidak berulang," katanya.

- Bernama

================================================================
Golfer sues golf resort over crocodile bite

A golfer is suing a resort in Malaysia after a crocodile grabbed his leg and tried to drag him into a pond as he played the seventh hole, local media reported on Wednesday.

The 42-year-old company director, Terry Hong Kee Siong, needed 38 stitches in his left leg after managing to escape by thumping the five-metre reptile on the head at the A Famosa Golf Resort in the tourist town of Malacca, several papers said.

He is suing the resort for damages, saying that apart from physical injuries he suffered mental shock and anguish and has not hit a golf ball since the incident on January 22.

Hong told reporters he was looking for his ball after playing a shot when he stepped on what he thought was a piece of wood. "It turned out to be a crocodile. It bit me," he said.

The New Straits Times carried a front-page picture of Hong's leg, showing long gashes behind the knee and on the calf.

In February, golfers looking for eagles and birdies on another Malaysian course also got more than they bargained for when a five-metre python slithered into play.

Staff and golfers fled as the python made its way into the buggy centre at the Bukit Unggul Golf and Country Club near the capital Kuala Lumpur. The snake was later captured and handed over to the Malayan Nature Society.

Golf is an increasingly popular sport in Malaysia, a jungle-clad tropical Southeast Asian country where encounters with less intimidating playing partners such as gibbons are a common occurrence.
===================================================================================

Bukan buaya - Perhilitan - Hasil ujian pemadanan kesan gigitan ke atas kaki Helme



Ishak (berdiri) memerhatikan kakitangan Perhilitan memadankan gigitan buaya di kaki Mohamad Helme di rumahnya di Alor Gajah Semalam.

ALOR GAJAH - Meskipun ujian pemadanan kedua membuktikan bahawa bukan buaya yang menyerang Mohamad Helme Leman, namun posmen tersebut tetap menafikan.

Semalam, pemuda berusia 25 tahun itu dikunjungi beberapa pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan termasuk Pengarahnya, Ishak Muhammad (gambar kecil).

Lebih menarik, Ishak turut terlibat melakukan pemadanan tersebut dengan menggunakan seekor buaya tembaga yang baru mati.

Mohamad Helme juga ditunjukkan menerusi komputer bagaimana serangan buaya berlaku untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Hasil daripada pemadanan tersebut, Ishak mengesahkan bahawa bukan buaya yang menyerang mangsa.

Kosmoonline/ ROSLI HASSAN rosli@kosmo.com.my

Comments :

0 comments to “KISAH BENAR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com