
SUK: Jangan dua kali dipatuk dari lubang sama
Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.
SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya. MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.
Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !
Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ?
Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.
Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak mesra PR (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak walau dengan apa cara sekalipun termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.
Apa yang telah berlaku di Perak?
Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.
Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya.
Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya.
Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.
Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah.
Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.
Dalam sidang DUN Perak disertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK.
Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :
i) SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.
ii) Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato DUA bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.
Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.
UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.
Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.
Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.
Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.
Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai °absolute monarch" dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia mengesahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.
Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman.
Dr Khairuddin Abdul Malik
Ahli Majlis Perunding Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
solat hajat, lawan tetap lawan- Dr Halimah
AWAS! PENTADBIRAN DEWAN (DUN) DI BAWAH SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)
PAKATAN RAKYAT CABAR BN AGAR JANGAN RAYU KES SEPUTEH
Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.
Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah.
Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.
Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.
Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.
Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.
Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.
Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.
Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.
Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.
Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.
Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.
Dzulfikar Mashoor/harakahdaily/malaysiakini
ADUN LOMPAT PERAK TERIMA SAMAN MENCEDERAKAN ADUN
ADUN Aulong Fail Saman Terhadap Timbalan Speaker DUN Perak
IPOH, 26 Jun (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Aulong, Yew Tian Hoe, hari ini memfailkan saman terhadap Timbalan Speaker DUN Perak Hee Yit Foong bagi menuntut ganti rugi berhubung kecederaan yang dialaminya akibat didakwa diserang dengan botol penyembur serbuk lada pada persidangan DUN pada 7 Mei lalu.
Dalam writ saman itu, Yew juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Hee, atau pekerja atau ejennya daripada melakukan salahguna, ancaman atau serangan terhadapnya dengan apa juga cara sekalipun.
Writ saman tersebut yang menamakan Hee sebagai defendan difailkan melalui firma guaman, Tetuan Leong & Tan pada pukul 11 pagi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam writ sman itu, Yew, selaku plantif antara lain mendakwa mengalami kecederaan di bahagian mata kiri akibat tindakan Hee mengancam dan menyerangnya dengan botol penyembur serbuk lada pada perasmian mesyuarat pertama penggal kedua DUN Perak ke-12.
Beliau juga mendakwa mengalami kecederaan di mata kirinya, kekejutan gelisah dan kesengsaraan mental serta terpaksa menanggung penghinaan dan perasaan malu di khalayak ramai.
Yew juga mendakwa defendan adalah seorang yang tidak menyesal dan berbohong kepada media dengan mengatakan botol penyembur itu adalah rantai kunci hotel atau pemacu cakera mudah-alih (pen drive) sebelum mengakui bahawa alat itu sebenarnya botol penyembur serbuk lada.
Yew juga mendakwa defendan enggan, ingkar dan gagal meminta maaf walaupun diberi peluang serta mendakwa kelakuan defendan itu adalah berniat jahat serta zalim.
Disebabkan ancaman dan serangan plaintif di hadapan kesemua ahli DUN dalam Dewan, Yew mendakwa mengalami penghinaan, kerugian maruah dan kejatuhan harga diri, sedih dan gangguan mental.
Dalam pernyataan tuntutannya, Yew memohon ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan serta faedah pada kadar lapan peratus setahun yang dikira berdasarkan jumlah ganti rugi yang diberikan dari tarikh hari ini hingga ke tarikh penyelesaian sepenuhnya.
Plaintif turut menuntut kos dan relif yang selanjutnya atau lain-lain yang ditentukan wajar dan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
PERMULAAN KES IALAH LAPORAN POLIS

Laporan polis telah dibuat semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.
Aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini juga akan menyusul.
KeADILan Perak buat laporan polis kes hina Speaker
Parti KeADILan Rakyat Negeri Perak telah membuat laporan polis serentak semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.
Dalam kejadian tersebut V. Sivakumar yang masih kekal jawatan Speaker Dun Perak yang sah telah diusir dan diheret keluar oleh pihak Umno/BN yang tiada memakai lencana pengenalan diri ketika Sidang Dewan Negeri Perak sedang berjalan.
Malah dilaporkan juga tragedi ditanggalkan jubah pakaian rasmi Speaker secara paksa oleh anggota polis yang dikatakan tiada pakaian seragam dan tanpa memakai tanda pengenalan diri.
Semalam tepat jam 3.30 petang pimpinan PKR yang diketuai oleh Timbalannya Haji Ahmad Zainal telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Balai Polis di sini.
Menurut Ketua KeADILan di sini Haji Mohd Aun Mansor partinya juga akan membuat aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini.
mns/harakahdaily
PLOT "ANIMAL FARM" SERUPA DENGAN KRISIS DI PERAK


Bilakah tarikh dan masa Ganesan yang berlagak sebagai Speaker DUN Perak mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan dari Sultan? minggu depan.
Apa yang sedang berlaku di Perak tak ubah seperti plot cerita "Animal Farm" tulisan Goeorge Orwell (1903-1950) , seorang British yang dibesarkan di India.
Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker
Debra Chong
SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.
Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.
"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampak bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.
Prosidur diragui
Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.
"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.
"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.
Versi bercanggah
Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.
Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.
"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.
Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.
Polis bukan agen parti politik
"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.
Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.
"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.
"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."
Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"
Bila sidang bermula?
"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.
Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.
Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.
Terus buntu
"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.
"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."
Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."
Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".
Cara salah pilih Speaker
"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.
Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.
Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.
Undang-undang tak boleh selesai masalah
"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.
"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"
"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.
Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.
"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.
----
Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat/ harakahdaily
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
SIMULASI BAGAIMANA KETAM BERJALAN DI SINI
08 Mei, 2009 18:40 PM
PM Kesal Pembangkang Tak Hormati Undang-undang
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kesal dengan kekecohan yang timbul di Dewan Undangan Negeri Perak semalam disebabkan tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang.
Perdana Menteri berkata kekacauan dan keadaan tegang itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan dengan cara yang menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.
"Kalau kita tak suka pada apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak.
"Tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang ialah untuk menentukan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini berjalan dengan lancar dan dengan tertib," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini Khamis.
Majlis turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Najib berkata jika peraturan dan undang-undang tidak dihormati maka akan berlakulah keadaan yang mirip kepada undang-undang rimba dalam negara ini.
"Dan ini, sudah tentu merupakan satu perkembangan yang amat tragik, yang amat memalukan kita dan merupakan satu proses yang memburukkan imej Malaysia sebagai sebuah yang tahu mengamalkan demokrasi yang matang," katanya.
Ditanya jika tindakan tiga anggota Dewan Undang Negeri (ADUN) itu meninggalkan barisan pembangkang untuk menjadi ADUN bebas mengikut undang-undang beliau berkata: "Apakah yang dimaksudkan dengan tidak berperlembagaan itu?"
Katanya menukar parti adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia pernah dilakukan oleh Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan terbaru di Amerika Syarikat, seorang senator parti Republican bertukar menjadi Democrat.
"Ianya tidak salah dan bukannya tidak berperlembagaan dan bukan tak sah.
Jangan lupa bahawa ada usaha untuk tubuhkan kerajaan pada 16 Sept yang lalu menggunakan prinsip dan kaedah yang sama, yakni, cuba memujuk 30 ahli Parlimen kita untuk menukar parti.
"Apakah itu bukannya sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian. Jadi kalau kita anggap perkara itu boleh dilakukan, maka kenapa tidak tiga orang DUN itu menyokong Barisan Nasional," kata Najib.
Ditanya mengenai keengganan bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengosongkan kerusi selepas dilucutkan jawatan semalam, beliau berkata Sivakumar sepatutnya mengosongkan kerusi itu kerana beliau tidak lagi menjadi Speaker.
Kepada soalan lain, Najib berkata sebarang pembubaran DUN Perak dilakukan berdasarkan budi bicara Sultan Perak.
"Penentuan pilihan raya adalah budi bicara Sultan, itu hak mutlak Sultan, bukan kita boleh adakan pilihan raya sesuka hati. Kalau Tuanku kata tak perlu dibubarkan sebab kerajaan yang ada ini kerajaan yang boleh mentadbir, jadi tak perlulah pilihan raya.
"Jangan lupa kerajaan PAS dulu di Kelantan boleh bertahan dengan satu kelebihan kerusi. Kita ada tiga kerusi dan ini membolehkan kita mentadbir di Perak," kata Najib.
Beliau juga menjelaskan bahawa penahanan beberapa orang menjelang persidangan DUN itu adalah satu tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat.
BERNAMA
SIVAKUMAR SEORANG SARJANA FALSAFAH UNDANG-UNDANG


Ayat-ayat cinta berbau amaran dari Sivakumar ( pengenalan dari wikipedia di atas. Klik pada imej untuk dibesarkan)
1."Saya hanya tunduk kepada demokrasi dan keadilan,"
2."Tidak ada sesiapa yang memberi nasihat kepada saya, kecuali peguam-peguam saya berkaitan dengan hal-hal undang-undang ini satu tomahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, saya memberi amaran kepada Timb Presiden Gerakan supaya jangan campur tangan dalam kerja-kerja saya sebagai Speaker Negeri Perak"
'Jangan campur tangan kerja Speaker' - V.Sivakumar beri amaran
"Jangan campur tangan kerja kerja saya sebagai Speaker dewan Undangan Negeri Perak, saya bukan budak kecil dan tidak berpendidikan, saya tahu apa yang dibuat, pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya.
Demikian ditegaskan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam reaksi awalnya kepada Timbalan Presiden Gerakan, Dato' Chan Koy Youn yang menyatakan Speaker DUN Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya.
Sivakumar memberi amaran kepada Chan Koy Youn dalam kenyataan medianya di sini semalam.
"Saya akan membuktikan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Timbalan Presiden Gerakan Dato' Chang Ko Youn adalah tidak berasas," tegasnya.
Chan Yoy Youn dalam kenyatannya sebelum ini mendakwa Speaker Negeri Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya.
"Tidak ada sesiapa yang memberi nasihat kepada saya, kecuali peguam-peguam saya berkaitan dengan hal-hal undang-undang ini satu tomahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, saya memberi amaran kepada beliau supaya jangan campur tangan dalam kerja-kerja saya sebagai Speaker Negeri Perak.
"Saya bukannya budak kecil dan tidak berpendidikan.Saya tahu apa saya buat. Pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya," tegasnya.
Menurutnya, beliau menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat Perak kerana itu beliau mahu kemuliaan Dewan Negeri Perak tidak dicemari oleh mana-mana pihak kerana persaingan politik.
"Saya hanya tunduk kepada demokrasi dan keadilan," katanya.
Menurut Dato' Chang, Sivakumar akan membuat satu keputusan dan kemudiannya beliau akan mengubah keputusan itu selepas betemu dengan pemimpin-pemimpin DAP.
"Dalam kata lain, beliau menuduh saya sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian, ini adalah satu kenyataan yang berbau fitnah," katannya.
Mengenai isu notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan tanpa berunding dengannya, Sivakumar mencabar Setiausaha Dewan untuk membuat kenyataan akhbar tentang apa yang sebenarnya berlaku.
"Saya akan membuktikan beliau salah jika mengikut telunjuk mana-mana pihak dan mengatakan rundingan telah dibuat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan notis persidangan," jelasnya
Sivakumar mendakwa beliau juga mempunyai banyak bukti-bukti bahawa notis dikeluarkan tanpa berunding dengannya dan beliau sanggup dan bersedia untuk menyakut cabaran daripada Setiausaha Dewan jika beliau cuba menafikan kenyataannya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak mengenai penetapan tarikh persidangan , malah ia tidak memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut.
"Semuanya dibuat dibelakang saya. Saya diabaikan sama sekali dalam soal ini," katanya.
Selepas membuat kesilapan besar, pihak tertentu sekarang ini katanya sedang melakukan pelbagai usaha dibuat untuk memperkecilkan keupayaannya dan mahu memalukan beliau.
"Ini merupakan satu strategi untuk menjatuhkan akhlak peribadi saya," tegasnya.
azm/Johari Jaafar/harakahdaily
MAHKAMAH BERTINDAK "ULTRA VIRES"-LUAR BIDANG KUASA KATA DR AZIZ BARI

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Kuasa mentafsir 'Standing Orders' atau peraturan Dewan ialah kuasa mutlak speaker.
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan.
Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
Mungkin selepas ini AP Govind Singh Deo akan mempersoalkan kenapa beliau digantung dari sidang Parlimen dan membawa kesnya ke mahkamah.
Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari
Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.
Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.
"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.
Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."
Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.
Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".
Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.
Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.
"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".
Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.
"Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian," ujarnya.
Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.
tm/Tarmizi Mohd Jam/harakahdily
MENGHINA MAHKAMAH JIKA SIVAKUMAR HALANG ADUN LOMPAT HADHIR SIDANG DUN PERAK
Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun. Kenapa Sivakumar tidak komen apa-apa bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 090409. Ikuti penghujahaannya di bawah.
Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah
Mohamed Hanipa Maidin
Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?
Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.
Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?
Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.
Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.
Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.
Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.
Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar-individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.
tajdid/harakahdaily
LAPORAN UTUSAN DAN TV3 BERNIAT JAHAT SERTA PEGUAM NEGARA CAMPURTANGAN DALAM ISU DI PERAK



Laporan TV3 dan Utusan khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong " adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat)
Sivakumar’s lead lawyer, Tommy Thomas, had argued that the suit is between the legislator and members of the House and has nothing to do with the executive participation in the case.
Gani argued that as he is the "guardian of public interest", he has an interest in the case.
Thomas urged the court to strike out the application by Zambry and the exco members against Sivakumar "as the proceedings of the legislative assembly are beyond judicial scrutiny".
Article 72 of the Federal Constitution, read together with paragraph 3 of the Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959, makes it clear that as members of the legislative assembly, the proceedings are protected by immunity from civil or criminal proceedings "for anything said or done".
Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat
Mohamed Hanipa Maidin
Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.
Utusan melaporkan seperti berikut:-
IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.
Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.
Laporan di atas khususnya perenggan yang menyatakan "keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong " adalah amat mengelirukan dan boleh dianggap sebagai mala fide (berniat jahat) "di atas alasan alasan berikut:
1. Mahkamah Tinggi Ipoh hanya menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan saman (sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (juga dikenali sebagai permohonan "to strike out pleading"), hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja. Ini bermakna di dalam kes di Ipoh, hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga Adun tersebut ditolak, Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun Bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga Adun tersebut, ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong seperti mana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak seperti mana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.
tajdid/mks/Harakahdaily
High Court allows A-G to be intervener in suit
IPOH (April 2, 2009) : The High Court here today allowed the application by Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail to be an intervener in the suit brought by Mentri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors against Perak State Assembly Speaker V. Sivakumar for suspending them from state assembly sittings.
Sivakumar, as chairman of the state assembly’s rights and privileges committee, had suspended Zambry and the six executive councillors for 18 months and 12 months each, respectively, for contempt of the House.
Zambry and the exco members are suing Sivakumar for making an illegal ruling and contend that they should be allowed to attend the state assembly sittings.
High Court judge Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim made the ruling after hearing the arguments by lawyers for Sivakumar and Gani.
Sivakumar’s lead lawyer, Tommy Thomas, had argued that the suit is between the legislator and members of the House and has nothing to do with the executive participation in the case.
However, Gani argued that as he is the "guardian of public interest", he has an interest in the case.
In the afternoon, Thomas urged the court to strike out the application by Zambry and the exco members against Sivakumar "as the proceedings of the legislative assembly are beyond judicial scrutiny".
He said Article 72 of the Federal Constitution, read together with paragraph 3 of the Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959, makes it clear that as members of the legislative assembly, the proceedings are protected by immunity from civil or criminal proceedings "for anything said or done".
Thomas said the order to suspend Zamry and the exco members was adopted by the state assembly sitting under a tree on March 3, "which is legal in law".
Wam Afrah fixed April 9 for the continuation of the hearing.
Today's court proceedings were held behind closed doors and the media and public were barred from the hearing.
Nga Hock Cheh, one of the laweyers representing Sivakumar, briefed the media on the hearing after the postponement of the case.
In addition to Thomas and Nga, the lawyers appearing for Sivakumar were Chan Kok Keong, Leong Cheok Keng and Mohd Asri Osman.
Zambry and the exco members were represented by Datuk Mohd Hafarizam Haron, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin , Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Badrul Hishah Abdul Wahap, Faizul Hilmy Ahmad Zamri and Syed Faisal Syed Abdullah.
SUN2SURF
MAHKAMAH RAYUAN SAHKAN SIVAKUMAR BUKAN PEGAWAI KERAJAAN
The Court of Appeals rules today that under the Government Proceedings Act, the speaker is not a state officer or the government of the state.
As such Perak Assembly Speaker V. Sivakumar is free NOT to use the state legal adviser in court proceedings.
Mahkamah rayuan Putrajaya telah mengarahkan bahawa Sivakumar bukan seorang penjawat awam atau seorang kakitangan kerajaan negeri Perak.
Maka beliau bebeas untuk memggunakan khidmat guaman mana-mana penasihat undang-undang (peguam) bagi mewakili beliau.
Sivakumar can appoint his own lawyers
The Court of Appeals today set aside the Ipoh High Court order compelling Perak Assembly Speaker V. Sivakumar to use the state legal adviser in court proceedings.
The three-member panel of judges consisting of Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong and Datuk Ahmad Ma’arop made their decision after a 30-minute break. It was unanimous.
“We find no provision in any law that states the speaker must be represented by the state legal adviser. Under the Government Proceedings Act, the speaker is not a state officer or the government of the state.
“The appellant is at liberty to engage his own private advocates and solicitors,” Raus read aloud in open court.
Sivakumar, who is embroiled in numerous lawsuits both in the Ipoh and Kuala Lumpur high courts, was represented by an eight-member team of lawyers led by constitutional expert Tommy Thomas.
Thomas also asked the Court of Appeals to order the Ipoh High Court to fix a new judge to replace judicial commissioner Ridwan Ibrahim to hear two suits against Sivakumar.
Ridwan, who made the controversial decision in chambers barring Sivakumar from using any lawyers other than the state legal adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, has become a figure of public scrutiny.
Raus, who headed the panel of judges, refused the request, but said Sivakumar could apply for one at the Ipoh court.
The Ipoh High Court is set to hear the suit, filed by the three elected representatives from Behrang, Changkat Jering and Jelapang against the speaker for falsely declaring their state seats vacant, on Monday.
A second suit, filed by Perak Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir and his six Barisan Nasional executive council members against Sivakumar has been fixed for March 23.
Lawyers for Sivakumar declined to comment if they will apply to remove Ridwan from hearing either suits.
“We’ll see what happens on Monday,” was all Chan Kok Keong, who heads Sivakumar’s team in Ipoh, offered.
by Debra Chong / The Malaysian Insider
SIVAKUMAR SERLAH KEHEBATAN DENGAN MENYAMAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK
Satu lagi perkembangan yang menambahkan lagi kerencaman dan kekalutan di Perak. Speaker Sivakumar telah memfailkan satu tindakan undang-undang dan menyaman Penasihat Undang-undang Perak." I know what I'm doing" he must have said that.
Takut tengok kes-kes saman menyaman macam pesta berbalas pantun, engkau jual aku beli, engkau silap akau saman, jumpa di mahkamah. Biar Hakim yang arif tentang selok belok undang-undang lagi adil dan bijaksana dan bijak di sini buat keputusan. Tak puas hati dengan keputusan, mahkamah rayuan ada.
Sivakumar saman penasihat undang-undang negeri Perak
Satu lagi tindakan undang-undang difailkan berhubung kemelut politik di Perak apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, hari ini menyaman Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.
Writ saman itu difailkan melalui Tetuan, Tommy Thomas, di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil jam 3.40 petang, hari ini.
Sivakumar mahu mahkamah mengisytiharkan antaranya bahawa Penasihat Undang-undang Negeri Perak, yang namanya tidak dinyatakan dalam writ saman, bertindak tanpa kuasa apabila defendan mewakili beliau semasa permohonan injunksi dalam prosiding pertama dalam kamar hakim Selasa lalu dan semalam.
Sivakumar juga menuntut deklarasi bahawa defendan bertindak secara cuai dan memungkiri tugasnya sehingga menyebabkan injunksi itu dibenarkan terhadap beliau dalam prosiding pertama itu.
Speaker DUN Perak itu juga mahu perintah deklarasi bahawa defendan sudah memungkiri kewajipan fidusiarinya kepada beliau apabila mewakilkan dirinya sebagai peguam untuk pendengaran permohonan injunksi itu.
Di dalam pernyataan tuntutannya, Sivakumar memohon deklarasi bahawa perintah injunksi yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim dalam prosiding pertama adalah palsu, batal dan tidak sah.
Beliau meminta ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan, faedah, kos tindakan dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Sivakumar mendakwa sebagai Speaker DUN Perak yang dilantik selaras dengan Artikel 36(A) Perlembagaan Negeri Perak, beliau adalah ketua badan perundangan kerajaan di Perak.
Beliau mendakwa defendan adalah Penasihat Undang-undang kepada badan eksekutif kerajaan Negeri Perak, pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Februari lalu yang bercanggah dengan kepentingan beliau yang bukannya seorang ahli BN.
Akibatnya, Sivakumar menegaskan bahawa sejak 5 Februari lalu, defendan tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk melindungi dan mengekalkan kepentingan beliau.
Secara alternatifnya, Sivakumar mendakwa defendan berada dalam keadaan konflik di antara kepentingan peribadinya dalam mempromosikan keperluan majikannya dan kewajipannya kepada beliau.
Sivakumar juga mendakwa beliau tidak pernah melantik defendan sebagai penasihat undang-undangnya dan tidak pernah berunding atau berkomunikasi dengannya.
Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan bantahan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bahawa Sivakumar tidak boleh diwakili oleh peguam, sebaliknya memutuskan bahawa Sivakumar hendaklah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak.
Sivakumar mendakwa selepas keputusan itu diumumkan pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu, peguam yang mewakilinya berundur daripada kamar pesuruhjaya kehakiman itu.
Beliau mendakwa berdasarkan laporan media, prosiding dalam kamar diteruskan tanpa kehadiran peguam Sivakumar untuk mendengar dan seterusnya membenarkan permohonan injunksi yang difailkan oleh Dr Zambry untuk menghalang Sivakumar daripada meneruskan sebarang persidangan DUN.
Bernama/ Berita harian Online
SEKSYEN 124 PENAL CODE
Section 124 of the Penal Code, reads:
"Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any legislative assembly or of any state executive council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to a fine."
PERAK STATE ASSEMBLY MEETING HELD UNDER A TREE
Yes, the world is watching the Bolehland especially the Silver State Of Reduan but more stannous (tin) oxide is to be found in its famous Kinta Valley. History was in the making this morning 03rd day of March 2009 when the legitimate state government was barred from entering the State Assembly Hall by a handful
of "government servants" mainly the Police under the instruction of Higher Authorities whomsoever it may be. Three motions were passed.





* 'Persidangan DUN Perak' Di Bawah Pokok
* 'Persidangan Tergempar' DUN Perak Lulus Tiga Usul
Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya
Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi.
Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.
Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.
Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.
Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.
harakahdaily
'Persidangan DUN Perak' Di Bawah Pokok
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang hari ini mengadakan "persidangan tergempar DUN" di bawah pokok, 100 meter di luar bangunan DUN.
Persidangan pada 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi ini, kerana persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.
Sebelum itu, kekecohan berlaku di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan apabila ADUN pembangkang cuba memasuki ke kawasan bangunan itu untuk menghadiri persidangan di dalam dewan.
Polis bagaimanapun hanya membenarkan Sivakumar memasuki bangunan itu pada kira-kira 9.45 pagi dan orang ramai termasuk media yang berada di situ telah diminta bersurai.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat yang enggan bersurai.
Polis sejak petang semalam telah mengadakan kawalan ketat termasuk menutup beberapa jalan menghala ke bangunan berkenaan Perak Darul Ridzuan.
Lebih 100 penyokong pembangkang berkumpul di luar bangunan itu sejak awal pagi ini.
Pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang telah ditutup sejak petang semalam dan hanya kakitangan perkhidmatan awam yang bertugas dibenarkan masuk hari ini.
Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri.
Jumaat lalu, Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar Dewan hari ini, namun Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.
Sivakumar bagaimanapun tetap menyatakan ia sah dan dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan mengadakan kawalan di pintu masuk bahagian belakang bangunan berkenaan.
Di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, sekumpulan peguam mewakili sama ada Barisan Nasional atau pakatan pembangkang berada di perkarangan mahkamah menunggu kes yang difail oleh Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri bagi memohon perintah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.
Sivakumar sebelum ini menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan manakala enam anggota exco itu dikenakan larangan selama 12 bulan.
Beliau semalam turut menggantung serta merta tugas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Abdullah Antong.
'Persidangan Tergempar' DUN Perak Lulus Tiga Usul
"Persidangan tergempar" Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung hari ini di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.
Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.
Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik semalam, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.
Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Ia disusuli sidang akhbar di pejabat DAP Perak yang terletak berhampiran.
Pada sidang akhbar itu Mohammad Nizar berkata beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.
Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri, berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.
Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Mohammad Nizar berkata jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.
"Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.
Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Mohammad Nizar berkata Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.
Ngeh pula meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.
Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.
BERNAMA Read More “PERAK STATE ASSEMBLY MEETING HELD UNDER A TREE” »»
PARA SPEAKER DEWAN MEMBERI PENDAPAT


Speaker masih dalam tangan Pakatan Rakyat
Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker.
Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker.
“Oleh itu, Speaker DUN Perak kekal dengan ADUN Tronoh, V. Sivakumardari parti DAP,” kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim dalam satu kenyataannya di Ipoh, kelmarin
Menurut Teng Chang Kim yang juga seorang peguam, tidak ada peruntukan juga yang boleh memecat Speaker DUN Perak dengan undi tidak percaya.
Beliau berkata DUN Selangor dan Perlembagaan mempunyai peruntukan Speaker pada bila-bila masa akan mengosongkan pejabatnya sekiranya DUN atau Parlimen memutuskan, namun negeri Perak tidak ada peruntukan tersebut.
Adun Sungai Pinang, Selangor itu juga menyatakan Speaker DUN Perak hanya kosong apabila dia meletakkan jawatan sebagai ADUN Perak atau beliau didapati tidak layak, atau beliau sendiri meletakkan jawatan sebagai Speaker dengan kerelaannya.
Oleh yang demikian krisis perlembagaan di negeri Perak akan berterusan !
Justeru dengan kuasa yang masih diperuntukkan itu, kata Teng, Dr Zambry tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengekalkan V. Sivakumar sebagai Speaker.
Dengan keadaan itu, apabila Sidang DUN Perak dipanggil kelak, Sivakumar juga mempunyai kuasa untuk mengharamkan ‘para pengkhianat’ dari Pakatan Rakyat menghadirkan diri ke Sidang DUN.
Ia adalah kerana mereka telah meletakkan jawatan sebelum ini, dan Osman Jailu, Jamaludin Mad Radzi dan Hee Yit Foong perlu membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapat keputusan samada mereka masih menjadi ADUN ataupun sebaliknya.
Teng juga berkata, sekiranya atas apa jua sebab dan keadaan, Sivakumar mengosongkan pejabatnya, maka DUN Perak akan menjadi sebuah DUN yang tergantung kerana undang-undang tubuh kerajaan Perak memperuntukkan DUN tidak boleh menjalankan apa-apa aktiviti, sekiranya Speaker mengosongkan pejabatnya.
Justeru, menurut Teng, Dr. Zambry tidak mempunyai pilihan lain, kecuali memohon kepada Sultan Perak supaya DUN Perak di bubarkan.
Tuan Speaker Kedah sokong Sivakumar di SINI
Dewan Rakyat Deputy Speaker berhujah di SINI
Apa kata Prof Aziz Bari dari UIA
BENARKAH SIVAKUMAR BERTINDAK DI LUAR BIDANG KUASANYA
Apa kata Peguam Karpal Singh
Apa kata Para Menteri BN
KRISIS DI PERAK MENJADI SEMAKIN RENCAM



Inilah yang diumpamakan sepandai-pandai tupai (katak) melompat akhirnya jatuh ke tanah
(air) juga. UMNO fikir ia hebat kerana dapat berselindung di belakang Sultan. UMNO lupa di
sana ada kuasa yang lebih hebat dan mengatasi segala-galanya.
Dengan kebijaksanaan Speaker yang faham undang-undang serta bidang kuasa beliau, nah, MB
Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri
sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan sementara enam Anggota Majlis
Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN
juga berkuatkuasa hari ini.
Jika UMNO/BN tidak mempedulikan arahan Speaker ini maka benarlah apa yang saya sebut
pada posting dahulu.
Kita menyediakan dua versi laporan, satu dari Bernama dan satu lagi dari the SUN. Teruskan
membaca
MB Perak Dan Enam Exco Digantung Hadiri DUN Perak
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.
Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.
Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini, Rabu.
Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.
"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.
Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).
Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.
BERNAMA
Perak MB and exco barred from assembly
Perak State Assembly Speaker V. Sivakumar today barred Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir from attending all assembly sittings for 18 months and his six executive council members for 12 months, with immediate effect.
Sivakumar announced his decision this evening after the assembly's rights and privileges committee had completed two days of hearing into a complaint by Canning assemblyman Wong Kah Woh, throwing the state's political scene deeper into crisis.
Yesterday, Zambry had appeared before the committee for about 20 minutes. Two reporters from The Star and Sinchew Daily were also called to give their statements regarding a statement Zambry had made regarding Sivakumar's conduct.
The six exco members who were suspended were Dr Mah Hang Soon (Chenderiang), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik), Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan) and Datuk Ramly Zahari (Manong).
Zamry said later he and the six executive council members will take "follow-up" actions following their suspensions by the state legislative assembly's Rights and Privileges Committee.
He however declined to say what the actions would be, but said that the suspensions were made "in total disregard to the power of the Sultan of Perak to appoint the Menteri Besar and the executive council."
This latest episode worsens Perak's constitutional and political crisis which sparked off after the Barisan Nasional's capture of the state government earlier this month, following the decision of three Pakatan Rakyat assemblymen to withdraw from the coalition to become Independents who later declared their support for the BN.
The seven BN assemblymen had been referred to the Rights and Privileges Committee for contempt of the State Assembly when they took up the posts in the state executive council. However, Sivakumar had also said yesterday that Zambry and the journalists were called relating to a report which appeared in local dailies last Sunday on his conduct as Speaker.
Sivakumar said after studying the complaint from Wong, he found that there was a prima facie case against Zambry and the six exco members and he proceeded to hold the rights and privileges committee meeting for them to provide an explanation.
However, he said, they failed and did not give any explanation to the committee on their actions that had brought contempt to the assembly, and were found guilty.
The committee chaired by Sivakumar also comprise six other assemblymen-- Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) of Barisan Nasional and five from the opposition - Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) and Sum Chok Leng (Bercham).
When contacted by Bernama tonight, Zambry said, Sivakumar's statement was "a serious lie."
"His claim that we have failed to offer any explanation is a lie of the most serious nature ever committed by a Speaker," he said, adding that the Speaker should have raised the matter during a state legislative assembly sitting and not acted "according to his whims and fancies."
Zambry added that he and the executive councillors had stated their positions and raised preliminary objections to the charges brought against them.
He also said that their suspensions would also be subjudice as there was still a suit pending in the High Court challenging his appointment as the menteri besar.
Yesterday, Zambry had described as "strange" the summons on him and six state executive councillors to appear before the committee as usually such action is only taken on those who have committed an offence while the state assembly was in session.
Zambry later said his presence before the committee was out of respect for the Speaker and the committee which called him to provide information.
Meanwhile, Zambry -- who has yet to call the state assembly into session -- continues his function was mentri besar, charing his maiden meeting of the state exco yesterday.
After the meeting, Bernama reported him as saying that Perak will set up a think tank called the Darul Ridzuan Institute (IDR) to help the state government in planning policies for the state's progress.
He said the exco also decided to set up an Economic Council comprising experts and captains of industry to transform Perak into an economic centre.
In addition, a Council of Civil Society comprising civil societies and non-governmental organisations (NGO) would be set up to tap their views and feedback.
A committee to be headed by a special officer to the menteri besar would also be set up to handle issues of the Orang Asli community in Perak.
On his civil suit, Zambry told reporters he has instructed his lawyer to handle the matter, including whether Justice Mohamad Ariff Md Yusof should withdraw from hearing the suit filed by Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin challenging Zambry's appointment as Menteri Besar.
The Kuala Lumpur High Court had fixed the suit for mention on Monday to decide whether Mohamad Ariff should withdraw from hearing the case, whether it should be referred to the Federal Court and whether Perak State Legal Adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid could represent Zambry.
The office of Perak BN chief Datuk Seri Najib Abdul Razak, who is also deputy prime minister, said he would comment on the matter today (Thursday).
sun2surf
