Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label meritokrasi. Show all posts
Showing posts with label meritokrasi. Show all posts

KRITERIA KEMASUKAN KE IPTA

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPTA di www.upu.mohe.gov.my


Prinsip Meritokrasi Untuk Masuk Ke IPTA Kekal


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Prinsip meritokrasi yang menggunapakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum dikekalkan untuk pengambilan kemasukan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

"Markah kokurikulum 10 peratus diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memandangkan penganjuran, pemantauan, penilaian dan penglibatan pelajar adalah di bawah kawalan kementerian berkaitan," kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi (foto di atas) dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Kementerian Pengajian Tinggi akan terus menerima markah kokurikulum 10 peratus daripada Kementerian Pelajaran untuk dipadankan dengan markah akademik 90 peratus yang diperoleh daripada agensi-agensi peperiksaan bagi menentukan markah merit seseorang calon, katanya.

Dr Radin Umar berkata Kementerian Pengajian Tinggi menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai dasar yang diguna pakai bagi pengiraan markah kokurikulum dalam permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA.

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengedarkan brosur lengkap ke semua sekolah menengah seluruh negara mulai minggu pertama Nov lepas mengenai dasar, prosedur permohonan, pemilihan dan kaedah pengiraan markah merit bagi pencapaian akademik dan kokurikulum calon untuk kemasukan ke IPTA.

"Pemohon digalakkan untuk mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling sekolah sebelum mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011," katanya.

Mereka juga boleh melayari laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPTA di www.upu.mohe.gov.my.

Mereka juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara "Jom Masuk U" Tahun 2010 di 10 zon terpilih di seluruh negara mulai 9 Jan hingga 29 Mac bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling daripada institusi pengajian tinggi terlibat.

Read More “KRITERIA KEMASUKAN KE IPTA”  »»

PENERIMA BIASISWA JPA TELAH DIKENALPASTI

Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik
Kategori Dua – Populasi kaum
Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak
Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut" menurut Menteri di Jab Perdana Menteri.


Biasiswa JPA: Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai


Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

“Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Itu tidak berlaku, Yang Berhormat (Lim Kit Siang) kalau tak tahu, jangan cakap. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa,” tegasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang dalam soalan tambahannya mempersoalkan ramainya pelajar cemerlang di kalangan bukan bumiputera gagal memperoleh biasiswa walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah), Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari lalu memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik

- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.
- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.

Kategori Dua – Populasi kaum

- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.
- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Utusanonline

Read More “PENERIMA BIASISWA JPA TELAH DIKENALPASTI”  »»

SENARAI CALON KE IPTA SUDAH KELUAR

Semua calon yang ditawarkan ke IPTA supaya membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran itu selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Jun ini.

Semakan di laman web jpt.uum.edu.my atau www.jpt.utm.my atau upu.mohe.gov.my atau talian 03 88835858 atau 03 88835848 atau menerusi sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip UPU RESULT ke 15888.

Rayuan pula boleh dikemukakan menerusi aplikasi e-rayuan di upu.mohe.gov.my.

Jumlah calon pelajar wanita jauh mengatasi (65 peratus atau 26,200 daripada 40,366) calon lelaki ke IPTA tidak dapat dielakkan kerana pemilihan dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi (90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi menentukan nilai merit seseorang calon), menurut KP Jab Pengajian Tinggi.

Pelajar wanita terus dominasi IPTA

PUTRAJAYA: Kira-kira 65 peratus atau 26,200 daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2009/2010 bermula bulan depan, adalah wanita.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata masalah jumlah calon pelajar wanita jauh mengatasi lelaki ke IPTA tidak dapat dielakkan kerana pemilihan dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi.

"Walaupun perbezaan gender ini sering ditimbulkan setiap tahun, kita tidak mempunyai cara untuk mengatasinya. Dasar pengambilan pelajar berasaskan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi menentukan nilai merit seseorang calon," katanya.

Memberitahu sidang media mengenai keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program ijazah pertama sesi akademik 2009/2010 di sini semalam, beliau bagaimanapun berkata, jumlah pelajar lelaki melebihi wanita dalam bidang tertentu khususnya kejuruteraan kimia, sivil dan mekanikal.

"Pelajar perempuan selalunya meminati bidang yang 'bersih' seperti penyelidikan dalam makmal dan tidak membabitkan kegiatan lasak berbanding lelaki," katanya.

Dr Radin Umar berkata, jumlah calon meningkat sebanyak 0.5 peratus atau 182 tempat bagi sesi ini berikutan pertambahan 69 kursus di IPTA iaitu dalam bidang kejuruteraan, pendidikan, pengurusan, keusahawanan, sains gunaan, ekonomi, perakaunan dan seni halus.

Daripada jumlah itu, 27,829 orang adalah calon Bumiputera, 10,116 Cina serta 2,421 pelajar India dan lain-lain kaum.

Beliau berkata, turut termasuk dalam senarai calon yang diterima ke IPTA sesi ini ialah 4,424 calon yang tersalah diberi tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

"Semua calon berkenaan berjaya melepasi sesi pemilihan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU). Mereka adalah antara 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM berikutan kesilapan teknikal pada 29 Mei lalu.

"Baki 150 pemohon yang tidak disenarai akan dipertimbangkan oleh USM menerusi rayuan kerana pada dasarnya mereka telah melepasi pra-penilaian yang dibuat oleh pihak universiti," katanya.

Dr Radin Umar meminta semua calon yang ditawarkan ke IPTA supaya membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran itu selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Jun ini, bagi memudahkan pihaknya memproses permohonan rayuan oleh calon yang gagal.

Calon boleh membuat semakan di laman web jpt.uum.edu.my atau www.jpt.utm.my atau upu.mohe.gov.my atau talian 03 88835858 atau 03 88835848 atau menerusi sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip UPU RESULT ke 15888. Rayuan pula boleh dikemukakan menerusi aplikasi e-rayuan di upu.mohe.gov.my.

beritaharianonline

Read More “SENARAI CALON KE IPTA SUDAH KELUAR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com