Melayu Sarawak, Bidayuh Kecewa Dengan Perwakilan Dalam Kabinet
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak, melahirkan kekecewaannya berhubung perwakilan Melayu Sarawak dalam Kabinet persekutuan.
Meskipun mengharapkan lebih ramai anak Sarawak dilantik ke peringkat persekutuan, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (foto di atas ) bagaimanapun melihat perkara itu dari sudut positif.
Ini kerana, katanya dalam senarai Kabinet yang diumumkan pada 9 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik wakil Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang akan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
"Ia hak mutlak Perdana Menteri, kita perlu terima," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran rumah kos rendah di bawah program "Rumah Mesra Rakyat" kepada 24 penerima hari ini.
Abang Johari yang juga Menteri Perumahan Negeri berkata lazimnya seorang ahli politik Melayu daripada PBB akan diberi jawatan menteri penuh tetapi dalam Kabinet yang diumumkan itu, tiada seorang pun yang dilantik.
Wakil PBB dalam Kabinet persekutuan adalah Naib Presiden kanannya yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ketua Pemuda PBB Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib.
Selain PBB, wakil lain Sarawak dalam Kabinet persekutuan adalah seorang menteri dan dua timbalan menteri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan dua timbalan menteri masing-masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------
Malays, Bidayuh unhappy with Cabinet representation
KUCHING, April 14 (Bernama) : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), the backbone of the Sarawak Barisan Nasional (BN), has admitted disappointment over the Malay representation in the Federal Cabinet.
Although expecting more Sarawakians to be appointed at the federal level, PBB deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg however, viewed the matter positively.
This was because the prime minister had appointed Sabahan Datuk Seri Abdul Shafie Apdal as rural and regional development minister which would enable better understanding of the needs of the rural areas in Sabah and Sarawak.
"It is the prerogative of the prime minister, we have to accept it," the state housing minister told reporters after presenting offer letters to 24 recipients of a low-cost housing scheme under the 'Rumah Mesra Rakyat' programme here today.
PBB representatives in the federal cabinet are its senior vice-president Datuk Douglas Uggah, who is natural resources and environment minister, Science, Technology and Innovation Deputy Minister and PBB Youth chief Fadillah Yusof, Agriculture and Agro-based Industry Deputy Minister Datuk Rohani Abdul Karim and Deputy Tourism Minister Datuk Seri Sulaiman Abdul Taib.
Apart from PBB, other Sarawak representatives in the Federal Cabinet are a minister and two deputy ministers from the Sarawak United People's Party (SUPP), and two deputy ministers each from Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).
Meawhile, a local daily reported today that two Bidayuh members of parliament (MP) from BN were upset over the exclusion of a Bidayuh.
BERNAMA/SUN2SURF
MELAYU SARAWAK DAN BIDAYUH KECEWA (DWIBAHASA)
APA RASIONALNYA MANSUH MECD DAN TUDING KE MITI
Apakan jadi pada MARA, TEKUN, LPKP jika diletak dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri?
Mungkin semua usahawan Melayu akan dibantu untuk dapat AP permit import kereta atau jadi agen syarikat kereta antarabangsa. Cepat sikit melayu jadi kaya.
Ataupun MITI bantu usahawan melayu buka kilang di Vietnam atau China di mana kos buruh serta kos operasi masih rendah.
Dulu MECD adalah payung dan tongkat usahawan Melayu, tetapi kini mungkin akan dibiarkan tempang dan berhujan panas bagi mematangkan mereka.
MECD, payung usahawan yang direntap Najib
Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.
Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.
Sebelum ini pun seperti kata beberapa tokoh usahawan, MECD sendiri masih belum cukup kuat dalam pencapaiannya dan ia perlu diperkasakan lagi.
Malangnya tak sempat untuk diperkasakan, MECD dihapuskan menyebabkan usahawan hilang 'arah', terkapai tanpa arah tujuannya hingga detik ini.
Hingga kini kedudukan MARA, TEKUN, LPKP, UDA dan sebagainya termasuk Bank Rakyat belum tentu pastinya, dan ramai yang menyatakan jika agensi ini diletakkan di bawah kementerian lain, apa pula dasarnya selepas ini.
Timbul bibit kebimbangan, tak kira di kalangan orang Umno, PAS, KeADILan mahupun pihak lain akan pemansuhan ini, yang ratanya bimbang dengan nasib usahawan tatkala ekonomi negara pun terumbang ambing,
Sebagai contoh, Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Veteran Umno, Dato' Razali Isohak, sendiri berkata majoriti usahawan Bumiputera khususnya orang Melayu kecewa dengan pembubaran MECD.
Razali sendiri menyatakan, sepatutnya kementerian itu perlu diperkukuh dan dipertahankan bagi memperjuangkan nasib usahawan Bumiputera yang masih jauh ketinggalan.
Seperti juga kata Dato' Mahfuz Omar bahawa tindakan kerajaan dengan membubarkan MECD ini sebagai tindakan yang terkebelakang yang hanya akan menjadikan pembangunan usahawan itu terbantut.
Mengikut maklumat, lebih kurang empat juta pertubuhan koperasi dan enam juta ahli koperasi yang akan hilang tempat "berteduh" dan "mengadu nasib".
Malangnya apa yang mungkin difikirkan Najib dalam perihal melaksanakan agenda memansuhkan MECD tatkala usahawan masih belum benar-benar dimantapkan untuk pembangunan ekonomi yang lebih jitu.
Apakah Najib tidak mengambil iktibar dari pembangunan di Jepun dab Korea sebelum ini yang dipacu antaranya dengan pembikinan golongan usahawan yang mantap?
Perihal ini pernah disentuh oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang nyata memberi cadangan agar MECD dikembalikan semula dengan penyegaran kepada agensi yang ada di bawahnya supaya ia lebih mantap.
Sejauh mana suara-suara ini akan didengar Najib dalam melakukan reformnya, ia bergantung juga kepada sejauh mana Najib tidak mampu di'kawal' oleh orang-orang di belakangnya.
Namun setakat ini, MECD selaku payung kepada golongan usahawan direntap Najib sebaik sahaja naik takhta, dan entah apa muslihatnya.
Mks/Wan Nordin Wan Yaacob/HARAKAHDAILY
PAUTAN: AGENSI DIBAWAH MECD AKAN JADI SEPERTI FACEBOOK
GENG SEPULUH DIARAH HADHIR SIDANG DUN
Kurang pasti SMS datang dari mana! Gunakan khidmat Telcos untuk tujuan mengenalpasti sumber SMS.
PM arah 10 ADUN hadiri DUN
Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak menghadiri persidangan DUN hari ini kembali menunaikan tanggungjawab itu seperti biasa esok.
Tegas Perdana Menteri, khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan mengancam nyawa mereka yang dikatakan menjadi punca kemelut itu sebenarnya bukan dihantar dari pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Beliau turut menolak dakwaan tindakan 10 ADUN itu bermotif untuk menjatuhkan Ahmad.
“Mereka (mendakwa) dapat SMS, tapi SMS itu tidak berpunca dari pejabat Menteri Besar.
“Tidak ada kesahihan tentang SMS yang dihantar, jadi saya minta supaya mereka semua hadir persidangan seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Bagi Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Najib mengulas tindakan 10 ADUN BN Terengganu yang enggan menghadiri hari kedua persidangan DUN hari ini kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.
Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN bagi DUN Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.
Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri persidangan Dewan itu ialah ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera).
Ketiadaan mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota Exco dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari Pas. Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri persidangan Dewan pagi ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu isu 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) enggan hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diselesaikan segera supaya tidak menjejaskan kedudukan BN.
Beliau tidak mahu masalah tersebut menjadi lebih serius kerana ia boleh memberikan imej negatif kepada rakyat Terengganu yang telah memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah.
ZULKIFLI JALIL dan HELMI MOHD. FOAD/ Utusan Malaysia Online
PROJEK PERMATA TUKAR JADI KACA KERANA SILAP FORMULA

Tanpa merujuk kepada pakar pertanian atau penternakan, para petani atau penternak akan sebulat suara menjawab "baka" apabila diajukan soalan: " apa faktor utama dalam pembiakan/ kesuburan tanaman atau haiwan?"

Soalan kedua: Pentingkah persekitaran/iklim yang baik untuk tanaman atau binatang ternak? Tanpa berfikir panjang para peladang dan penternak akan berkata "YA".
Jikalau tumbuh-tumbuhan serta haiwan memerlukan baka atau benih yang "hebat/cemerlang/kualiti tinggi", inikan pula manusia yang dikurnikan akal fikiran untuk memilih kaedah atau jalan yang baik/selamat/ sejahtera dalam menentukan generasi mendatang.
Jikalau haiwan dan tumbuh-tumbuhan perlu dijaga, diawasi, dibaja dan dilindungi dari makhluk perosak dan binatang buas, inikan pula kanak-kanak yang sedang membesar dan bergantung penuh kepada kedua ibu bapa serta anggota masyarakat yang lain.
Tetapi kenapa insan memilih pasangan yang kurang cemerlang dari semua sudut untuk mengembangkan zuriat serta anak cucunya? Kenapa proses pemilihan suami atau isteri tidak dilakukan secara professional dan saintifik, mungkin hanya memberi 20% - 30% faktor seperti paras rupa atau emosi (cinta).
Anda bacalah sendiri, fikirankan masak-masak serta bincangkan laporan Bernama mengenai teks ucapan DS Najib berjudul "Membangunkan Modal Insan dengan Kanak-kanak" pada
Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Antarabangsa Malaysia yang diadakan di KL berlangsung selama tiga hari. Juga mampukah kurikulum PERMATA yang mana penaung program ialah Datin Seri Rosmah Mansor sendiri merubah masyarakat Malaysia akan datang setelah beratus juta dibelanjakan.
Pembangunan Harus Bermula Dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Memajukan negara dan rakyatnya hendaklah bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Setiap kanak-kanak itu bernilai dan kanak-kanak adalah aset kepada masyarakat. Mereka adalah sumber paling bernilai negara. Saya percaya membangunkan sesebuah negara dan rakyatnya bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak," katanya semasa merasmikan Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Antarabangsa Malaysia mengenai "Membangunkan Modal Insan dengan Kanak-kanak" di sini Selasa.
Turut hadir ialah isteri Najib yang juga penaung program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Perdana Menteri Pakistan Begum Fauzia Yousaf Raza Gilani; wanita pertama Zambia, Thandiwe Banda; dan isteri Timbalan Perdana Menteri Tetap Laos Bounkongmany Lengsarad.
Najib berkata adalah menjadi tugas ibu bapa untuk menentukan kanak-kanak mempunyai peluang untuk berkembang, dan menjadi tanggungjawab kerajaan pula membantu ibu bapa membimbing potensi ini menuju kejayaan.
"Dalam mengembangkan potensi seseorang kanak-kanak, kita sebenarnya membangunkan modal insan kanak-kanak dan juga negara.
"Dalam melaksanakan tugas ini, kita membolehkan kanak-kanak itu berkembang secara holistik agar ia dilengkapi dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran untuk menjadi anggota negara yang produktif," ujar beliau.
Najib berkata peranan keluarga diiktiraf sebagai amat genting dalam membentuk dan membina kanak-kanak menjadi warga yang berguna dan perkasa.
"Saya ingin menegaskan lagi tanggungjawab penting keluarga terhadap pembangunan insan dan pembinaan nilai-nilai budaya, moral dan sosial anak-anak mereka.
"Bimbingan ibu bapa paling kerap dalam bentuk menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh kanak-kanak, dan ini paling baik dilakukan pada usia awal kanak-kanak," kata beliau.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pakar-pakar ekonomi sudah lama mempercayai bahawa pelaburan dalam pendidikan awal adalah strategi yang baik dalam membangunkan modal insan yang sebaliknya menjadi sumber penting bagi pertumbuhan ekonomi.
"Kanak-kanak adalah generasi masa depan yang mempunyai potensi untuk mengendali ekonomi negara sebagai pemimpin, inovator, usahawan, penyelidik dan pakar ekonomi," kata beliau.
Beliau berkata cabaran sekarang ialah untuk bekerjasama bagi menentukan semua kanak-kanak mendapat permulaan hidup sebaik mungkin menerusi penjagaan dan pembelajaran yang berkualiti pada tahun-tahun paling awal oleh kerana faedah pada pelaburan ini akan dapat dilihat pada tahun-tahun mendatang kehidupan mereka.
Beliau berkata kerajaan juga mengenalpasti bahawa aksesibiliti dan kemampuan merupakan isu utama berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Katanya, kerajaan telah memberi pengurangan cukai 10 peratus setahun kepada majikan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja atas kos penubuhan pusat bagi tempoh 10 tahun sebagai insentif.
"Agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja akan diberi geran RM80,000 untuk renovasi dan kelengkapan perabot.
"Saya ingin menggesa sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka dengan mengadakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk pekerja mereka," kata beliau.
Najib berkata, sehubungan itu kerajaan kini telah menggubal Dasar Kebangsaan bagi Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak dan telah menerima kurikulum Permata sebagai prinsip panduan untuk kurikulum kebangsaan.
Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk memulakan projek permata ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak ker ajaan dan badan-badan berkanun dan tambahan RM150 juta diperuntukkan kepada Permata bagi melicinkan pelaksanaannya.
"Saya difahamkan pada penghujung tahun ini, lebih daripada 300 pusat penjagaan kanak-kanak akan dimulakan sebagai pusat Permata.
"Walaupun penerimaan pakai kurikulum Permata belum diwajibkan di peringkat nasional, namun saya ingin menggalakkan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak swasta mula menggunakannya," kata beliau.
Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi projek percubaan Permata di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan dalam tempoh dua tahun, Permata telahpun menubuhkan 14 pusat di seluruh negara.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Kanak-Kanak Permata Lebih Ke Hadapan Berbanding Rakan Sebaya
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kanak-kanak di bawah projek perintis Permata Negara terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran komunikasi, kata penaung program itu Datin Seri Rosmah Mansor.
"Sepanjang pelaksanaan, projek itu dipantau dan dinilai keberkesanannya," katanya pada majlis perasmian Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa Malaysia yang bertemakan "Membangunkan Modal Insan dengan Kanak-Kanak" di sini malam Selasa.
Persidangan tiga hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, isteri Perdana Menteri Pakistan Begum Fauzia Yousaf Raza Gilani, wanita pertama Zambia.
Thandiwe Banda dan isteri Timbalan Perdana Menteri Tetap Laos Bounkongmany Lengsarad.
Mengimbas pelaksanaan projek itu, Rosmah berkata satu kertas kerja yang menggariskan cadangan itu dibentangkan kepada Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, pada Februari 2006.
"Idea itu diterima dan seterusnya dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan dan oleh itu lahirlah projek perintis Permata Negara, dilancarkan di 14 lokasi dengan kurikulum dan latihan guru dirancang Universiti Pendidikan Sultan Idris," katanya.
Kira-kira 600 peserta dengan lebih 250 peserta antarabangsa dari 41 negara menghadiri persidangan anjuran Persatuan Kebangsaan bagi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Unicef.
BERNAMA
JENAYAH JUVANA SILAP SIAPA:BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG
KISAH BENAR KEHEBATAN MELAYU ASPEK 5B
LAKUKANLAH JIKA ANDA HILANG PERASAAN MALU
STATISTIK PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA
BETAPA ANGGUNNYA MENUTUP AURAT


Ramai suami, ibu, isteri, emak, ayah serta pemimpin masyarakat masih menganggap isu menutup aurat merupakan isu remeh dan kecil. Di sana banyak lagi perkara besar dan berimpak tinggi yang perlu diberi perhatian.


Sila layari blog Mahaguru58 yang telah mengupas isu Aurat Isteri Ulul Amri Kenapa Dayus
Kita tabik dengan para suami dan bapa yang dapat memberi bimbingan kepada isteri mereka serta anak-anak agar menutup aurat. Kita tabik dengan lagi berspring para isteri yang menutup aurat meskipun suami mereka menghalang atau tidak merestui
tindakan tegas mereka untuk terus beramal dengan perintah ALlah. Semoga kita diberi taufik dan hidayah serta mampu beristiqomah dalam mentaati perintah ALlah meskipun ramai orang mengaku Muslim/mukmin membenci kita ( pengamal jilbab dan tudung).
