Pray For MH370

Pray For MH370

KENAPA KITA BODOH SANGAT KATA T RAZALEIGH

YM T. Razaleigh advises BN/UMNO:

"It is better for the Barisan Nasional (BN) to risk state elections that we may lose rather than to lose the entire country by being seen to be opposed to decency, the rule of law, and the will of the people"


Razaleigh: Dissolve Perak assembly


PETALING JAYA (May 12, 2009) : Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah said today dissolving the Perak assembly to allow for fresh elections is the only way out of a crisis which has already spiralled out of the state and "damaged" several important institutions.

He said the unfolding events had damaged the rule of law, compromised the judiciary, the police and the state civil service, and damaged the monarchy in public opinion.

The veteran Umno politician said the party was not well served by leaders that place short term political objectives above the Constitution.

"It is better for the Barisan Nasional (BN) to risk state elections that we may lose rather than to lose the entire country by being seen to be opposed to decency, the rule of law, and the will of the people," he said in a statement on his weblog.

sun2surf

Read More “KENAPA KITA BODOH SANGAT KATA T RAZALEIGH”  »»

SUK DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK KEKAL (dwibahasa)

Bagi Penasihat Undang-Undang, kuasa memecat atau menggantung tugas terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Datuk Ahmad Kamal Md Shahid (foto kanan), Tan Sri Mohd Sidek Hassan(foto kiri) dan Datuk Dr Abdul Rahman Hashim (foto tengah)

KSN: Pengantungan Abdul Rahman Dan Ahmad Kamal Tidak Sah

PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan kedua-duanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk menggantung kerja kedua-dua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.

"Bagi Penasihat Undang-Undang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar dalam talian yang menyatakan sebaik mengambil alih semula pentadbiran negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Sidek berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.

Justeru katanya dalam keadaan kes itu, memandangkan alasan-alasan pengantungan tidak berbangkit maka kedua-dua pegawai tidak boleh digantung kerja.

Ketika ditanya sekiranya Mohammad Nizar tetap berkeras dengan keputusannya itu, beliau berkata: "Sebagai penjawat awam kita mengikut peraturan maka soal pertentangan tidak timbul, apa yang perlu ialah melaksanakan tugas mengikut peraturan".

Mohd Sidek berkata beliau akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada kedua-dua pegawai terbabit hari ini.


BERNAMA

=====================================================================================
Suspension of Perak SS and Legal advisor invalid: Sidek


PUTRAJAYA (May 12, 2009) : The suspension of Perak State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim and Perak Legal Advisor Datuk Ahmad Kamal Md Shahid is invalid and both of them are eligible to conduct their duties as usual, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said today.



He said the Mentri Besar did not have the legal authority to suspend either of the officers as the power to suspend a public officer was vested with the relevant disciplinary authority.

"As for the legal advisor, the authority is vested with the Judicial and Legal Service Commission while in the case of the state secretary it is vested with the Public Service Commission," he told reporters after presenting 2008 excellent service awards for the Prime Minister's Department, here.

Mohd Sidek was asked to comment on news reports that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, after he was declared the rightful Mentri Besar of Perak yesterday by the High Court, had suspended Abdul Rahman and Ahmad Kamal.

Mohd Sidek said the suspension of a public officer was subject to the provisions of the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993.

BERNAMA

Read More “SUK DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK KEKAL (dwibahasa)”  »»

SATU LAGI REKOD DUNIA DI CIPTA DI PERAK

Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya Datuk Ramly Ali membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ini sekaligus memendekkan tempoh perkhidmatan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hari ini.

12 Mei, 2009 19:04 PM

Krisis Perak: Jawatan MB Perak Kembali Kepada Zambry


IPOH, 12 Mei (Bernama) -- Krisis politik Perak menjadi bertambah rumit Selasa apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu jawatan Menteri Besar Perak kini kembali kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sementara menunggu perbicaraan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ia sekaligus memendekkan tempoh perkhidmatan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hari ini, yang hanya sempat mempengerusikan satu mesyuarat Exco awal pagi ini di Pajabat PAS Negeri di sini, dan menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pagi ini.

Jika semalam Zambry telah mengosongkan pejabatnya sebaik mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini beliau meminta Mohammad Nizar pula mengambil langkah serupa.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dan meminta Mohammad Nizar menghormati proses perundangan.

Zambry berkata beliau akan terus bertugas sebagai Menteri Besar sehingga selesai proses perundangan di Mahkamah Rayuan dan kemungkinan juga hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu hari ini, berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Zambry berkata dengan keputusan mahkamah itu, kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Ahmad Kamal Shahid adalah kekal.

Lagi pun keputusan menggantung mereka yang dibuat oleh mesyuarat Exco yang dipengerusikan Mohammad Nizar lewat malam tadi hingga awal pagi ini hanya terlaksana jika ada mesyuarat Exco sekali lagi bagi mengesahkannnya.

Mohammad Nizar hari ini telah menggantung tugas Dr Abdul Rahman dan melantik Pegawai Kewangan Negeri Datuk Jamaluddin Al Amini Ahmad memangku jawatan itu.

Mohammad Nizar juga mengumumkan penggantungan tugas Ahmad Kamal. Notis penggantungan tugas Dr Abdul Rahman dan Ahmad Kamal telah ditampal di papan kenyataan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sementara itu, Mohammad Nizar dan para anggota Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu dan telah mengosongkan pejabat mereka mulai pukul 2.30 petang.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak, beliau berkata pihak peguamnya sedang mengkaji kemungkinan memohon rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pakatan DAP-PKR-PAS akur dengan perintah itu walaupun menyifatkan keputusan berkenaan sebagai 'luar biasa' dan menimbulkan banyak lagi persoalan yang akan merumitkan lagi keadaan, katanya.

"Kami akan mendapatkan nasihat daripada panel peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Kami akan mengikut peraturan undang-undang yang dibenarkan," katanya.

Mohammad Nizar juga mengulangi pendirian pakatan pembangkang itu tetap mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memulihkan keadaan politik di Perak.

Ketika ditanya kesediaan pakatan itu jika usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dibawa ke dalam persidangan DUN, beliau berkata: "Kita akan tengok jika ia dilakukan dengan syarat-syarat yang dibenarkan.

"Setiap ketika jawatan menteri besar itu, iaitu dari saya mengangkat sumpah ia tidak pernah dikosongkan dan saya tidak pernah letak jawatan."

Ditanya pertemuan beliau dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini, Mohammad Nizar berkata beliau berbual panjang dengan baginda secara am dan bukan mengenai isu politik.

Sebelum itu, Mohammad Nizar dikatakan telah mengutus surat memohon menghadap Sultan Perak bagi meminta perkenan baginda membubarkan DUN Perak.

Ekoran perkembangan berkenaan, polis terus mengadakan kawalan di pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan.

BERNAMA

PLOT "ANIMAL FARM" SERUPA DENGAN KRISIS DI PERAK

Read More “SATU LAGI REKOD DUNIA DI CIPTA DI PERAK”  »»

PERMULAAN KES IALAH LAPORAN POLIS

Laporan polis telah dibuat semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.

Aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini juga akan menyusul.

KeADILan Perak buat laporan polis kes hina Speaker

Parti KeADILan Rakyat Negeri Perak telah membuat laporan polis serentak semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.

Dalam kejadian tersebut V. Sivakumar yang masih kekal jawatan Speaker Dun Perak yang sah telah diusir dan diheret keluar oleh pihak Umno/BN yang tiada memakai lencana pengenalan diri ketika Sidang Dewan Negeri Perak sedang berjalan.

Malah dilaporkan juga tragedi ditanggalkan jubah pakaian rasmi Speaker secara paksa oleh anggota polis yang dikatakan tiada pakaian seragam dan tanpa memakai tanda pengenalan diri.

Semalam tepat jam 3.30 petang pimpinan PKR yang diketuai oleh Timbalannya Haji Ahmad Zainal telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Balai Polis di sini.

Menurut Ketua KeADILan di sini Haji Mohd Aun Mansor partinya juga akan membuat aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini.
mns/harakahdaily

Read More “PERMULAAN KES IALAH LAPORAN POLIS”  »»

AL MUKARRAM KSN DARIPADA JARINGAN MUAFAKAT NGO ISLAM PERAK ( JAMAIY)

SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA
Semoga Tan Sri dalam peliharaan Allah dan sihat walafiat bagi memimpin perkhidmatan awam Negara Malaysia.

Tan Sri rajin-rajinlah turun padang melawat Negeri Perak kerana Pegawai-Pegawai Kerajaan Perak sekarang berada dalam keadaan serba salah dan menghadapi tekanan kerja yang sengaja diada-adakan.

Professionalisme meraka tercabar, kesetiaan mereka dipersoal dan semangat kerja mereka rendah. Puncanya hanya kerana mereka berketuakan seorang Pegawai Kerajaan yang bernama Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tan Sri timbang-timbangkan aduan-aduan berikut demi memulihkan kembali semangat kerja berpasukan anaknanak buah Tan Sri di Perak.

Semua aduan-aduan ini adalah dari sumber-sumber Pegawai Kerajaan sendiri.


i) Di awal-awal pemerintahan Pakatan Rakyat beliau dilaporkan memberitahu secara tertutup kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Kanan supaya hanya memberikan kerjasama yang minima kepada Kerajaan Negeri Perak ketika itu.

ii) Dato' Seri Nizar, MB Perak di bawah Pakatan Rakyat sering mengeluh tentang agenda licik Abdul Rahman Hashim yang enggan memberikan kerjasama yang baik kepada Menteri Besar.

iii) Pernah dikesan Abdul Rahman Hashim menghadiri program bersama pimpinan Umno di bangunan Umno Perak walaupun pada masa yang sama Menteri Besar berada bersama DYTM Raja Muda dalam acara rasmi Kerajaan Negeri. Hebatkan anak buah Tan Sri ini.

iv) Tindakan biadap beliau kepada Y.A.B Dato' Seri Nizar, Exco-Exco Kerajaan dan wartawan pada pagi 6 Februari 2009 walaupun secara sah mereka masih lagi memegang jawatan kerana MB baru masih belum mengangkat sumpah jawatan. Peristiwa ini dirakam oleh media-media tempatan dan antarabangsa.

v) Tindakan beliau yang menganaktirikan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dan memberikan layanan emas kepada Pegawai-Pegawai tadbir diplomatik (PTD). PTN khususnya di majlis-majlis Kerajaan tempatan dan Jabatan Agama Islam sangat sukar untuk naik pangkat walaupun mereka sangat layak. Jika ada jawatan-jawatan baru yang diwujudkan cepat-cepat di isi dengan PTD dengan cara-cara teknikal memanipulasi gred dan klasifikasikan jawatan. Kumpulan PTN di Negeri Perak mempunyai moral kerja yang sangat rendah tetapi gigih membangunkan Negeri Perak.

vi) Dalam menangani kemelut politik Perak Abdul Rahman Hashim adalah perancang politik yang mengenepikan professionalisme beliau. Benar Pegawai Kerajaan mesti patuh kepada 'government of the day' tetapi yang beliau lakukan adalah melampau:


a) Merelakan Setiausaha Dewan DUN Perak hadir dibangunan Umno Perak dalam mesyuarat konspirasi menjatuhkan Speaker DUN Perak. Mesyuarat tersebut adalah dihadiri oleh ahli-ahli politik BN dan bukan mesyuarat berkaitan pentadbiran.


b) Merancang supaya semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dimasukkan ramai Pegawai-Pegawai Polis Cawangan Khas sebagai tetamu yang menyamar. Dapat dikesan Pegawai-Pegawai Khas tersebut membawa senjata api ke dalam bilik persidangan. Siapa yang nak ditembak?


c) Mengarahkan kerja-kerja jahat supaya sistem pembesar suara dalam DUN dimanipulasikan. Pembesar suara Speaker tidak berfungsi. Satu penghinaan kepada Dewan yang Mulia.


d) Sangat cuai tentang keselamatan Dewan persidangan sehinggakan dapat diceroboh masuk oleh bomoh kurafat pada 30 April 2009. Dewan tersebut adalah dibawah tanggungjawab beliau sepenuhnya.

vii) Abdul Rahman Hashim juga pernah terlibat dalam pembaziran melampau kerana memberi cenderamata yang sangat mahal (RM8,000-10,000) kepada beberapa individu tertentu. Bertentangan dengan dasar jimat cermat Kerajaan. Banyak lagi sikap dan tindakan beliau yang hanya dapat dibongkar jika Tan Sri berusaha turun padang dan minta Pegawai-Pegawai di Perak beri maklumat secara telus. Cuma pastikan mereka tidak dianiaya akibat keberanian mereka memberi maklumat - demi keadilan dan kebaikan bersama. Yang penting bukan individu tapi perkhidmatan awam.

Ahli perkhidmatan awam mesti bebas daripada politik parti kerana gaji mereka rakyat yang membayar.

Semoga Perak akan maju dengan professionalisma Pegawai-Pegawai yang bertugas kerana Allah. Manusia adalah hamba Allah semata-mata dan bukan hamba manusia yang lain.
Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.

Daripada,

Dr Khairuddin Bin Dato' Abd Malik Hasibuan
Pengerusi JAMAIY (Jaringan Muafakat NGO Islam Perak)

mr/harakahdaily

Read More “AL MUKARRAM KSN DARIPADA JARINGAN MUAFAKAT NGO ISLAM PERAK ( JAMAIY)”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com