Pray For MH370

Pray For MH370

APA KATA KET PENERANGAN PAS SELANGOR ISU PAS DICUCUK HIDUNG

Ketua Penerangan Jawab tohmahan Ketua Pemuda Umno Selangor


Banyak kemajuan dan pencapaian yang telah berjaya diperolehi oleh PAS Selangor khasnya dalam usaha menegakkan syiar Islam serta memperjuangkan hak dan kepentingan Islam serta keadilan kepada semua kaum sepanjang setahun ia bersama menudukung kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idros (yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian edisi Selangor & KL hari ini), bahawa PAS menolak hak Melayu dan tidak mengambil berat darihal nasib dan masa depan orang Melayu dan Islam ternyata tidak benar dan lebih merupakan kenyataan dari seorang ahli politik yang "desperado" dan laparkan publisiti.

Peranan wakil PAS samada di peringkat EXCO, ADUN, ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli majlis serta ketua-ketua kampong dan JKKK, begitu jelas dan konsisten. PAS telah dan akan terus berusaha menerap dan memperkenalkan nilai-nilai dan peraturan Islam dalam pentadbiran dipelbagai peringkat di Selangor selaras dengan dasar dan matlamat perjuangannya.

Apa yang berlaku adalah kegagalan Umno selama 50 tahun yang lampau. Pimpinannya yang pernah diberikan amanah mentadbir negeri ini sejak Merdeka telah meminggirkan Islam sehingga sekadar menjadi bahan hiasan untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Akibatnya nilai dan kebaikan pentadbiran Islam tidak dapat diserlahkan dan Selangor diwarisi dengan pelbagai masalah dan gejala sosial khasnya yang melibatkan masyarakat Melayu Islam, selain amalan rasuah dan salah-guna kuasa yang berleluasa dikalangan pimpinan Melayu Islam dipelbagai peringkat.

PAS melalui kerajaan Pakatan Rakyat sedang merancakkan roh syiar Islam ke dalam masyarakat dengan menghidupkan program-program dan aktiviti berbentuk dakwah dan keagamaan, mengembalikan pentadbiran institusi masjid kepada ahli-ahli kariah, memperjuangkan kebajikan tenaga pengajar di institusi agama, membantu infrastruktur institusi-institusi ini, mempertingkatkan jumlah pembiayaan anak-anak yang layak melanjutkan pengajian ke IPTA, IPTS dan Timur Tengah selain menjaga dan membela kebajikan para pelajar, warga tua, warga miskin dan lain-lain.

Selain itu PAS juga serius dalam menguatkuasakan segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada disamping memikirkan mana yang perlu untuk menjaga dan memelihara bukan hanya masyarakat Islam malah seluruh rakyat Selangor agar tidak terjebak dalam amalan-amalan dan aktiviti yang meruntuhkan moral dan institusi keluarga serta masyarakat.

Tuduhan Abdul Shukor bahawa kononnya PAS "dicucuk hidung" oleh DAP dan PKR ternyata tidak berasas malah gabungan Pakatan Rakyat ini terbukti lebih efektif dan diyakini serta diterima rakyat berbanding gabungan Barisan Nasional yang hanya mementingkan nasib kelompok dan kumpulan tertentu dikalangan mereka sahaja.

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selamabu adalah petunjuk selera politik rakyat masakini yang dahagakan pembelaan dan perhatian. Keputusan ini menunjukkan bahawa hanya Pakatan Rakyat yang diyakini dapat mengisi keperluan mereka itu yang selama ini terabai dan tidak dipedulikan oleh Umno dan BN.


DIKELUARKAN OLEH:
ROSLAN SHAHIR BIN DATO MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR
10 April, 2009

Harakahdaily

Comments :

2 comments to “APA KATA KET PENERANGAN PAS SELANGOR ISU PAS DICUCUK HIDUNG”
Unknown said...
on 

Selam untuk semua pengunjung, baru-baru ini bertempat di Sek Agama Telok Gong, Pakatan Rakyat telah mengagihkan RM4 juta untuk kegunaan infrastruktur dan pembelajaran serta pengajaran Pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Anonymous said...
on 

OH ITU TIDAK DIKIRA MEMBANTU RAKYAT...KALAU SETAKAT BERI BANTUAN KEPADA SEKOLAH RAKYAT.

DIMASA KAWAN SAJA MB DULU, DUIT DIBAHAGI BEBAS MERATA, YANG TERSANGKUT DI AUSTRALIA SEBANYAK 17 KG TU, YANG KENA TAHAN. YANG DAH LEPAS MEMANG DAH BANYAK.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com